TIDAK semua orang mampu melakukan perkara ini. Berdiri pada ketinggian 828 meter di atas struktur bangunan yang belum siap dan melakukan kerja-kerja pemasangan struktur besi di atasnya. Tanpa sebarang dinding dan hanya berpijak pada tapak yang semakin mengecil, sesekali tubuh dibuai angin kencang musim panas dengan suhu minimum 39 darjah Celcius. Membayangkan keadaan itu sahaja sudah mampu membuat sesiapa saja kecut perut, apatah lagi jika ia menjadi rutin harian. Biarpun terdedah dengan pelbagai risiko, demi menjaga nama baik dan reputasi elit yang disegani, Datuk A.K Nathan tidak berkompromi dengan perasaannya sendiri. "Saya bukan jenis orang yang takut pada ketinggian. Tetapi di Burj Khalifa, melihat pemandangan luar dari cermin lif sudah cukup menjadikan saya gayat, lebih-lebih lagi jika terpaksa naik ke aras tertinggi dan keluar untuk memantau kerja-kerja pemasangan besi. "Saya memang kecut perut lebih-lebih lagi apabila pandang ke bawah. Semua nampak kecil, ada juga yang tak nampak langsung. "Bila bangunan itu siap, saya tersenyum sendiri bila teringat semula pengalaman ketika berada di puncaknya. "Rasa macam tak percaya pula," seloroh Pengarah Urusan dan Pengerusi Kumpulan Eversendai, syarikat Malaysia yang diberi tanggungjawab menyiapkan pemasangan struktur besi pada bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. Ujarnya, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang dibina oleh Eversendai. Selain itu, apa yang lebih membanggakan, Eversendai juga menjadi syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada ketinggian lebih 700 meter. "Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini. Ia satu cabaran besar kerana tiada kesilapan boleh dilakukan apatah lagi kemalangan. Semua aspek gerak kerja perlu diperhalusi kerana risiko memasang besi yang telah difabrikasi lebih pada aras 700 meter bukan mudah. Menurutnya, pemasangan struktur keluli dalam bangunan sangat kompleks kerana ia memainkan peranan penting sebagai rangka bangunan seperti yang dimahukan di dalam pelan rekaan. Selain itu, gabungan besi yang telah difabrikasi juga digunakan sebagai rasak yang mengukuhkan lagi bangunan sebelum ditampal dengan simen mahupun kemasan lain. "Bayangkan jika sudah berada di atas, ukuran besi yang mahu disambungkan beralih 1 sentimeter daripada struktur sedia ada. "Ia tidak hanya soal kos dan keselamatan pekerja tetapi apa yang lebih penting, ketidaktepatan itu boleh memberi kesan kepada keseluruhan struktur bangunan dan kualiti kerja secara keseluruhannya," ujar lelaki berusia 53 tahun ini. Kualiti Sungguhpun Eversendai diberi kepercayaan penuh oleh beberapa pihak untuk memberi sentuhan inovatif di pelbagai bangunan berprofil tinggi, Nathan tidak sekali-kali mendabik dada. "Saya tidak berkompromi dengan kualiti kerja. Bagi saya, semuanya perlu disiapkan lebih bagus daripada apa yang pelanggan mahukan mengikut spesifikasi yang tepat dan masa yang ditetapkan. "Merangka di atas kertas memang lebih senang daripada melaksanakannya. Sebab itu, saya sangat menjaga kualiti kerja. "Untuk membina nama dan menjaga reputasi bukan mudah. Perlu bekerja keras, bijak serta berfikiran kreatif. Sebab itu saya selalu berpesan kepada pekerja supaya keluarkan seberapa banyak idea. "Tidak perlu meniru kerja orang sebaliknya buat lain daripada yang lain tetapi dengan kualiti yang sempurna. "Ia ternyata berhasil malah belum ada satu pun projek Eversendai yang pernah tertangguh. Sama ada ia siap awal ataupun diserahkan kepada pelanggan mengikut masa yang ditetapkan. "Dengan kerja yang teliti, siap pada masanya dan kualitinya tidak dipertikaikan, ia akan menarik sendiri pelanggan untuk datang kepada kita," ujar anak kelahiran Puchong, Selangor ini. Kebetulan Membina empayar Eversendai pada tahun 1984, Nathan yang pernah bekerja sebagai operator mesin menceritakan detik penglibatannya dalam industri besi dan pembinaan hanya satu kebetulan. "Saya sebenarnya terbabit dalam bidang ini secara kebetulan. "Pada tahun 1982, saya bekerja sebagai ejen insurans apabila abang saya meminta saya membantunya melaksanakan sementara projek pemasangan besi rancah di bangunan Dayabumi kerana pada waktu itu dia masih terikat dengan sebuah syarikat Jepun di Singapura. "Masa itu saya tak tahu apa-apa mengenai perniagaan keluli. Kerana masih setahun jagung, saya rujuk di Yellow Pages untuk mencari subkontraktor yang boleh menyiapkan projek itu. "Selepas itu, saya mula ditawarkan kontrak lain. Dari situlah bermulanya kerjaya saya. "Selepas itu pada tahun 1988, saya berpindah ke Singapura untuk memantau kerja-kerja keluli di Stadium Tertutup Singapura, Plaza Republic, Pusat Pemeriksaan Imigresen Tuas dan beberapa projek lain. "Pada tahun 1993, saya pulang ke Malaysia dan bekerja untuk projek Menara Berkembar Petronas di KLCC. "Saya sangat bertuah pada masa itu kerana mendapat faedah daripada polisi Pandang Ke Timur kerajaan kerana saya memang sudah memiliki hubungan baik dengan syarikat Jepun dan Korea," katanya. Masih jelas mengingati detik pertama kali bekerja dengan syarikat asing iaitu Nippon Steel Corporation pada tahun 1984, apabila beliau menyaksikan majlis penyerahan kunci kilang Proton di Shah Alam. "Dengan rekod yang masih samar, saya memberanikan diri mengetuk pintu Pengurus Projek Jepun pada masa itu. "Pada akhir perbincangan, saya terkejut apabila dia menawarkan saya projek. Selepas itu apabila saya terserempak dengannya di lapangan terbang, saya bertanya, mengapa saya diberikan projek itu. "Dia menjawab, Nathan, apabila saya bercakap dan merenung mata awak, awak tidak mengelak. Saya fikir itu petanda baik kejujuran dan integriti," katanya. Selain menyiapkan struktur tertinggi Burj Khalifa, sayap Eversendai juga telah lama melebar di rantau Asia terutama Singapura, Indonesia, Hong Kong, Thailand dan India selain Malaysia sendiri. Negara Arab Lewat 1990-an, Nathan turut menerima pelbagai projek pembinaan di negara-negara Arab seperti Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain dan Abu Dhabi. Antara projek yang mendapat sentuhan Eversendai ialah The Emirates Tower, Hotel Burj Al-Arab, Stadium Olimpik Khalifa, Ski Dome, Menara kedua Petronas (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Selepas projek berprofil tinggi Burj Khalifa, Eversendai kini sedang melaksanakan beberapa projek mega lain seperti Princess Tower, Emirates Park Tower, Capital Gate dan Tiara United Tower, semuanya di Dubai serta Dubai Tower di Doha. "Ini semua hasil titik peluh pekerja-pekerja saya. Mereka adalah kekuatan saya sehingga syarikat ini berupaya berada di tahap sekarang," tuturnya yang memiliki empat kilang fabrikasi keluli iaitu di Malaysia, Sharjah dan Dubai di UAE, Qatar dan sebuah lagi bakal siap di India.Rakyat Malaysia, Datuk A.K Nathan, sering diberi kepercayaan untuk menyiapkan struktur terakhir bangunan-bangunan pencakar langit termasuk Burj Khalifa dan Menara Berkembar Petronas.
Mengakui tidak memiliki bahagian pemasaran di Dubai, Nathan memberitahu semua pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya bertindak menjadi ejesn pemasaran tidak rasminya.">
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-