KUALA TERENGGANU - Selepas hampir sebulan dibuka kepada orang ramai, Klinik 1Malaysia Bukit Payong, di sini, mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai, khususnya penduduk setempat.
Pekerja pemasaran, Nurhidayah Mohd Zaki, 22, berkata, kewujudan Klinik 1Malaysia amat tepat pada masanya kerana ia memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan dengan lebih cepat.
“Walaupun ini kali pertama saya ke klinik ini, perkhidmatan dan kemudahan yang ada cukup baik serta setanding dengan klinik swasta lain.
“Keadaan klinik juga selesa dan ia memberi peluang kepada semua peringkat masyarakat mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan lebih cepat,” katanya.
Peniaga, Sazariah Mohd Zakaria, 50, berkata, pihaknya menyambut baik kewujudan klinik berkenaan.
Dia yang menetap di Binjai Rendah sanggup datang ke Pekan Bukit Payong bagi mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia itu selepas disyorkan rakannya yang pernah mengunjungi klinik berkenaan.
“Perkhidmatannya cukup baik. Kita hanya perlu membayar RM1 sebagai pendaftaran dan saya rasa perkhidmatannya sama sahaja dengan klinik swasta lain.
“Bagi saya, klinik ini banyak manfaatnya, terutama untuk golongan kurang berkemampuan kerana perkhidmatannya percuma,” katanya.
Battery Reconditioning
6 years ago