RAWANG - Kementerian Dalam Negeri akan menggembleng tenaga anggota polis dan kakitangan agensi lain di bawah kementerian itu untuk menyerahkan lebih 400,000 kad pengenalan pintar (MyKad) yang masih belum dituntut terutama oleh pemilik di kawasan pedalaman. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan untuk membolehkan rakyat memiliki MyKad kerana menyedari kesulitan yang dialami penduduk khususnya di kawasan pedalaman. "Kalau dahulu ramai yang mempersoalkan kenapa kita yang perlu mencari mereka tetapi kita sedar memang susah untuk mereka, contohnya kaum Penan yang tinggal di pedalaman Sarawak. Memang sukar untuk mereka datang (ambil MyKad). "Jadi kita akan cari mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Motivasi Pendidikan sempena Program Juara Rakyat di tapak ekspo Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat sini semalam.
Battery Reconditioning
6 years ago