Pakar hipnosis, Sheila Menon membantu menyelesaikan masalah fobia dan berat badan hanya dengan kawalan minda! SEJURUS daun pintu dibuka, seorang wanita yang tampak elegan dalam persalinan berwarna merah jambu tersenyum manis. “Saya Sheila. Teh atau kopi?” beliau menyapa krew Jurnal. Santunnya seperti memukau. Dan sememangnya pemilik nama Sheila Menon, 50, ini ialah seorang pakar hipnosis. Hipnosis? Mungkin ramai yang kurang arif mengenai kerjaya wanita berwajah manis ini. Sebenarnya ia bukan ilmu hitam atau pukau, sebaliknya hipnosis merupakan sejenis rawatan terapi. Untuk itu, kata Sheila, setiap tetamu mesti dilayan dengan baik bagi memastikan mereka selesa dengan rawatan yang akan dilalui. “Intonasi suara dan cara berkomunikasi sangat penting dalam rawatan hipnosis. “Biasanya itulah yang akan saya lakukan sebelum memulakan proses rawatan iaitu menyediakan minuman terlebih dahulu supaya mereka berasa lega,” katanya yang merupakan Pengarah Urusan, Hipnosis Klinikal Kolej London (LCCH). Beliau menjelaskan, hipnosis adalah satu proses terapi yang berguna dari segi perubatan, psikologi dan juga motivasi. Dalam kata lain, ia merupakan sejenis rawatan yang boleh membantu individu bermasalah sama ada dari segi kesihatan mental ataupun fizikal. “Terapi ini dapat membantu individu menangani masalah seperti merokok, stres, fobia, gemuruh, gagal dalam perhubungan malah masalah berat badan. “Minda kita akan menggunakan sebanyak 90 peratus semasa proses hipnosis. Selebihnya pesakit itu akan berada dalam keadaan sedar kerana proses tersebut akan memanfaatkan kuasa minda yang banyak. “Dengan kaedah ini, seseorang itu akan dapat pergi lebih jauh ke alam minda dan melihat perkara yang mereka inginkan,” kata Sheila yang sejak kecil lagi mengikut keluarga berpindah ke London dan mendapat pendidikan awal di situ. Sheila melanjutkan pelajaran di Universiti Kirklees dalam bidang psikologi sebelum bertugas dalam banyak sektor perkhidmatan setelah tamat pengajian. “Bapa saya pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Saya amat bertuah kerana didedahkan dengan dua budaya dan sistem pembelajaran iaitu Malaysia dan United Kingdom. “Dulu ibu saya langsung tidak membenarkan saya menjadi ahli psikologi. Dia mahu saya jadi akauntan. Mujurlah bapa saya seorang yang sangat memahami dan banyak menyokong kerana yakin dengan bakat saya dalam bidang ini,” kenang wanita yang berasal dari Kelantan ini. Mulut berbau Ketika ditanya tentang pengalaman beliau mengendalikan pesakit, Sheila menjawab: “Banyak kes yang sudah saya kendalikan. “Ada wanita yang datang kepada saya mengadu tentang kakinya yang patah dan berat badan berlebihan telah memberi kesan kepada kesihatannya. “Jadi apa yang saya buat ialah membawanya ke dalam proses hipnosis dan mengaitkan fikirannya ke dalam minda positif. “Ia membantu dia membayangkan dirinya ketika mempunyai saiz badan yang ideal dahulu.” Tambahnya: “Saya minta dia fikirkan tentang corak pemakanan, senaman dan gaya hidup ketika dihipnosis. “Tidak lama kemudian dia datang semula kepada saya dengan wajah gembira kerana dia berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 12 kilogram.” Satu lagi pengalaman yang meninggalkan kesan buat beliau ialah semasa merawat seorang pesakit wanita yang berasa rendah diri. “Ada juga kes kurang keyakinan diri. Wanita itu mengaku dia mempunyai masalah mulut berbau. Disebabkan itu, dia tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. “Bila saya bawa dia pergi ke klinik untuk pemeriksaan, doktor memberitahu dia tiada masalah. “Selepas itu, saya minta dia hembuskan nafas di depan muka saya. “Saya kata kalau saya pengsan, memang betul mulutnya busuk. Kalau tidak, dia kena terima yang mulut dia tak berbau,” jelasnya. Tekad dan semangat keyakinan yang cuba ditiup Sheila kepada diri pesakit tersebut berbaloi. “Akhirnya, baru dia yakin terhadap dirinya. Malah dia sangat yakin bila bertemu orang ramai sekarang. “Selain itu ada juga kes seperti takutkan lipas dan labah-labah, masalah hubungan dan tekanan akibat perceraian ibu bapa,” katanya. Mengulas lanjut mengenai prospek kerjaya sebagai seorang pakar hipnosis di Malaysia, Sheila berkata, ia adalah satu kerjaya yang sangat bagus dan semakin diterima di seluruh dunia. “Ramai graduan yang telah tamat pengajian dalam bidang ini kini menjadi pakar hipnosis dan psikologi yang berjaya di kebanyakan sektor. “Kami juga melihat peningkatan yang cukup memberangsangkan dalam kerjaya ini. Ia juga banyak membantu dalam sektor perubatan dan kesihatan. “Malah pusat klinikal hipnosis yang telah banyak dibuka di seluruh negara menunjukkan penerimaan yang baik daripada masyarakat luar. “Kami juga akan mengadakan sesi percubaan hipnosis secara percuma di LCCH Damansara pada 4 Januari ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri, hubungi kami untuk sebarang pertanyaan,” ujarnya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang ini. Bagi yang berminat untuk menyertai kursus yang ditawarkan sila hubungi LCCH di talian 03-7960 6439 atau layari laman web www.hypnosis-malaysia.com.Oleh DEWI ABDUL RAHMAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-