Renjis-renjis dipilis, Di tepungi tawar, Hai beras kunyit ditabur, Disiram si air mawar. BAGAI pinang di belah dua, sama cocok, sama padan. Ungkapan itu mungkin cukup tepat untuk pasangan raja sehari, Rizai Ali dan Ainul Farha Md. Ramli tatkala melihat mereka berpimpinan melangkah ke gerbang pelamin. Pasangan yang merupakan pemenang tempat ketiga Peraduan Gerbang Cinta Mega - Utusan Malaysia itu, sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz yang diucapkan Rizai pada majlis akad nikah Sabtu lalu. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Md. Ramli Achil, 55, tepat pukul 5.45 petang Jumaat lalu di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Mukim Sungai Nipah, Mohd Hairuddin Rajikin di Masjid Ma'muniah di Sungai Besar, Selangor. Sedondon mengenakan persalinan berwarna hijau kekuningan, Rizai, 26, menghadiahkan isteri tercinta wang hantaran sebanyak RM9,000 bersama set barang kemas iaitu gelang dan cincin, di samping 11 dulang hantaran bertemakan warna emas. Pihak perempuan pula membalas dengan 12 dulang hantaran bertemakan warna hijau muda yang antaranya mengandungi jam tangan, al-Quran Digital, buku agama dan buah-buahan. Kemuncak acara sudah tentunya majlis persandingan yang berlangsung pada keesokan harinya. Seawal 10 pagi tetamu mula bertali-arus membanjiri perkarangan rumah pengantin perempuan dan bertambah sesak sejurus ketibaan rombongan pengantin lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Pada majlis persandingan pula, pasangan mempelai kelihatan manis mengenakan busana gabungan songket dan renda bertemakan warna putih dan merah jambu. Pasangan pengantin kemudian diarak dengan paluan kompang sebelum disambut dengan persembahan pencak silat oleh sekumpulan anak muda . Sejurus selesai acara pencak silat, Rizai dan Ainul Farha diarak ke pelamin sebelum acara makan beradap. Apa pun perkahwinan pasangan ini mencipta sejarah tersendiri apabila hampir sebahagian besar persiapan perkahwinan ditaja oleh pihak penganjur Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia yang bernilai RM30,000 termasuk sajian makanan, pelamin, baju, andaman, fotografi, kad kahwin dan sistem pembesar suara. Majlis persandingan diuruskan oleh penaja-penaja yang terlibat seperti Orked Art & Decoration bagi rekaan pelamin dan Mastar Catering (sajian makanan). Turut menaja pemenang tempat ketiga ini adalah T&T Boutique (busana pengantin), Afidah Khamis (andaman), CJ Print (kad jemputan), DSayang Entertainment (sistem pembesar suara) dan Picture Element (fotografi). Mengimbas kembali mengenai perkenalannya dengan Rizai, Ainul Farha memberitahu, dia mengenali jejaka tersebut sejak di bangku sekolah lagi ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sungai Besar. Kata guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Pandamaran Jaya Klang, Selangor ini lagi, 'cinta monyet' mereka ketika di bangku sekolah terputus seketika selepas tamat sekolah apabila masing-masing mengikut haluan sendiri. "Tetapi jodoh tidak ke mana. Dua tahun lalu, kami bertemu semula di majlis perkahwinan rakan lama dan bibit-bibit percintaan yang tertinggal di tengah jalan dahulu kembali bertaut semula,'' ujar Ainul yang merupakan rakan sekelas Rizai . Katanya, sejak itu hubungan mereka kembali serius dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Sementara itu, apabila ditanya mengenai keistimewaan Ainul pada matanya, Rizai dengan tidak teragak-agak menceritakan isterinya itu seorang yang beriman. "Dia mempunyai pegangan agama yang kukuh, ini memberi jaminan kepada saya untuk menjadikan anak-anak kami nanti orang yang soleh dan solehah. "Saya cintakan Ainul bukan kerana rupa paras tetapi kerana hatinya," katanya. Ainul pula menambah, beliau jatuh cinta dengan suaminya kerana sikap Rizai yang bertanggungjawab . Sementara itu bapa pengantin perempuan, Md. Ramli ketika ditemui selepas majlis bersanding menyatakan kesyukuran kerana majlis yang dirancang itu dapat berjalan dengan lancar. "Syukur sangat segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar bermula majlis akad nikah hinggalah majlis persandingan. "Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana memberikan kerjasama dalam memeriahkan majlis perkahwinan anak saya,'' ujarnya. Tambah beliau, majlis yang meriah tersebut akan di kenang sampai bila -bila dan berharap agar peraduan itu dapat di teruskan pada masa akan datang. Ditanya mengenai perasaan dirinya semasa mendapat tahu majlis perkahwinan anak perempuannya akan di taja, beliau memberitahu , dia seolah-olah tidak percaya. ''Masa Ainul memberitahu dia menang peraduan ini, saya ingat hanya dapat hadiah-hadiah biasa dan tidak sangka sampai majlis pun dapat tajaan,'' ujarnya tergelak. Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana sebahagian majlis anak perempuannya mendapat tajaan termasuklah sajian makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. ''Pada awalnya terlalu sukar untuk percaya dapat tajaan kerana maklumlah sebelum ini tidak pernah dibuat oleh orang lain," katanya. "Namun tegasnya inilah yang dikatakan rezeki, tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah Ainul mendapat tajaan pada majlis hari perkahwinan,'' ujarnya berseloroh. Bagaimanapun katanya, dia sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama sajian makanan daripada Mastar Catering. Sajian yang disediakan sememangnya lain daripada yang lain terutama nasi minyak kukus dan kulit lembu masak cili padi selain rendang daging, ayam goreng berempah serta dalca. Sementara itu, mengenai destinasi bulan madu, Rizai dan Ainul Farha sepakat memilih Bali, Indonesia. ''InsyaAllah kami akan ke sana, tetapi memandangkan kedua-dua kami sibuk jadi kemungkinan besar akan ditangguh sehingga cuti sekolah akan datang depan,'' ujar Ainul Farha.Oleh Zuhayati yazid dan Mariatul Qatiah zakaria
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-