Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, mereka juga perlu berwaspada ketika menggunakan laman itu untuk mengeluarkan sebarang kritikan atau ulasan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. "Kita tidak kata jangan pakai Facebook, jangan pakai Twitter, namun apabila menggunakan laman ini sifat kemalaysiaan, sifat keislaman, sifat buddhisme, sifat kristian harus kuat. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia anjuran Jiran Sepakat Taman Paroi Jaya dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Medan Selera PJ Perdana, Paroi Jaya di sini, hari ini.SEREMBAN 16 Jan. - Rakyat negara ini perlu bertanggungjawab dan mempunyai benteng agama yang kuat sebelum terpengaruh dengan fenomena yang dicetuskan oleh laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Battery Reconditioning
6 years ago