Dunia digemparkan dengan undian 57 peratus rakyat Switzerland menyokong referendum mengharamkan pembinaan menara masjid, awal Disember lalu. Profesor Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengajian Islam di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, John Espositoparti berkata, yang menganjurkan referendum itu sebenarnya enggan menerima realiti abad 21 bahawa masyarakat Muslim telah melalui proses integrasi dalam masyarakat Eropah dan Islam sekarang adalah agama bagi negara Eropah bahkan agama kedua terbesar di kebanyakan negara Eropah. Menurut beliau yang juga Pengarah Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding di universiti yang sama, kebanyakan pemimpin Islam dan Kristian di seluruh dunia, majoriti pimpinan politik Eropah dan pakar hak asasi manusia mengutuk pengharaman tersebut. Malah, Vatican juga mengecam perbuatan tersebut atas dasar melanggar kebebasan beragama. Isu ini menguatkan lagi naluri saya menziarahi bumi Switzerland bagi mendapat gambaran lebih jelas tentang isu ini. Di samping itu, bertanya khabar dan membina jaringan persahabatan Islam bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) khususnya. "Sebenarnya isu menara tidak memberikan kesan pun kepada masjid dan umat Islam", kata salah seorang umat Islam di Geneva kepada saya. "Umat Islam akan terus beramal di masjid kerana menara tak penting, yang penting pengisian dalam masjid. Masjid zaman Nabi SAW pun hanya beratapkan pelepah tamar dan berlantaikan tanah", tambah beliau lagi. "Betul tu! Walaupun begitu keadaan masjid zaman Nabi SAW, tetapi ia telah mengeluarkan gergasi-gergasi yang telah berjaya merubah dunia!" tambah saya pula bagi merancakkan perbualan. Bagi saya, pengharaman menara ini amat memalukan imej Switzerland sebagai sebahagian negara yang digelar Enlightened Liberal Europe yang juga menempatkan ratusan pejabat pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan lain-lain. Dengan penggunaan tiga bahasa di Switzerland iaitu Perancis, Jerman dan Itali menggambarkan keliberalan negara tersebut. Ia sepatutnya menjadikan negara itu lebih terbuka dalam menerima Islam sebagai sebahagian agama penting untuk Switzerland dan yang paling penting membenarkan kebebasan beragama untuk umat Islam. Isu pengharaman menara tidak penting tetapi yang penting maksud tersirat di sebalik pengharaman tersebut. Sebab itulah Profesor Dr. Tariq Ramadhan yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini, mempersoalkan bahawa di Switzerland hanya ada empat menara masjid. Jadi mengapa inisiatif referendum ini harus dilancarkan? Beliau menjelaskan isu menara ini dijadikan alasan permulaan menggerakkan kempen Islamofobia. Katanya, pihak yang menggerakkan referendum tersebut gagal menyedari Islam sekarang sebagai agama untuk orang Eropah dan umat Islam sudah berjaya diintegrasikan dalam komuniti Eropah. Namun dalam masa yang sama, Tariq turut menyalahkan umat Islam kerana gagal memainkan peranan proaktif dalam memperjuangkan isu hak asasi umat Islam Switzerland melalui pendekatan dialog, kerjasama dan tindakan berhemah dengan sebahagian masyarakat bukan Islam Switzerland. Selain mendapatkan gambaran sebenarnya isu menara ini, saya turut mengunjungi masjid terbesar di Geneva di bawah kendalian Yayasan Kebudayaan Islam Geneva (www.mosque.ch). Yayasan ini ditubuhkan pada tahun 1978 dan masjid boleh menampung seramai 1,500 jemaah dalam satu masa. Selepas solat Jumaat bersama sebahagian umat Islam Geneva yang berjumlah hampir 40,000 dan 500,000 di seluruh Switzerland saya bertemu imam masjid iaitu Sheikh Rashid Farhat untuk memulakan perkenalan, membina jaringan dan bertukar-tukar kad. Saya tidak sempat berbual lama dengan beliau kerana terlalu ramai jemaah yang berhajat berurusan dengan beliau. Apa yang mengagumkan saya ialah apabila masjid penuh sesak dengan jemaah yang berpusu-pusu ingin mendirikan solat Jumaat dan mendengar khutbah. Saya sendiri terpaksa solat dalam keadaan rapat ketika solat Jumaat namun saya rasa seronok kerana sentuhan ukhuwah mengalir dalam tubuh saya sebagai tanda indahnya jalinan persaudaraan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Misi seterusnya di bumi yang terkenal dengan produk jam berjenama seperti Swatch, Tag Heuer, IWC, Raymond Weil dan Rolex adalah menjejaki Pusat Islam Geneva (www.cige.org) kendalian Dr. Hani Ramadhan iaitu abang Tariq. Pusat Islam ini antara yang tertua di Switzerland dan diasaskan sekitar 1950-an oleh Sheikh Said Ramadhan yang juga bapa Hani dan Tariq. Sheikh Said Ramadan juga merupakan anak kepada pengasas dan pemimpin gerakan Islam terkenal di Mesir Ikhwanul Muslim iaitu Imam Hasan al Banna. Setelah puas berjalan dan mencari akhirnya saya menemuinya di 104, rue des Eaux-Vives 1207. Sebuah bangunan lama diapit oleh bangunan-bangunan besar. Namun ia tidak menenggelamkan fungsi sebenarnya untuk menyebarkan mesej ajaran Islam kepada masyarakat Switzerland. Sekali lagi saya sempat bersolat jemaah di situ dan berbual dengan imam mudanya iaitu Sheikh Said. Apa yang menggembirakan saya ialah sebahagian besar jemaah solat di situ terdiri daripada generasi muda. Ini satu petanda baik untuk perkembangan umat Islam di sini. Generasi muda inilah yang akan dan sedang menjadi sandaran untuk meneruskan perjuangan umat Islam di tengah-tengah bandar Geneva yang dianggap bandar paling tinggi kos sara hidup selain Moscow, London dan Tokyo. Sesungguhnya perjuangan umat Islam Switzerland masih lagi jauh dan berliku. Mereka harus tabah dan berani kehadapan mempertahankan hak mereka secara konsisten. Namun peranan kita selaku saudara seakidah adalah mengiringi perjuangan mereka dengan doa dalam setiap munajat kita seperti yang diajar oleh para alim ulama. "Ya Allah ampunkan dosa umat Nabi Muhammad, ya Allah selamatkanlah umat Nabi Muhammad dan jadikanlah aku sebahagian daripada umat Muhammad SAW". Amin.Oleh Jufitri Joha
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-