Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan. Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.Oleh Rohaniza Idris
KENAIKAN harga gula mulai 1 Januari lalu, disambut rungutan orang ramai yang sudah menganggapnya sebahagian bahan keperluan utama kehidupan. Seperti dijangkakan, berlakulah masalah kekurangan bekalan gula di pasaran selain pembelian panik oleh pengguna yang selama ini sudah sebati dengan bahan pemanis itu.
Berikutan itu, pelbagai langkah diambil kerajaan untuk mengatasinya dan pada masa sama menyarankan orang ramai mengurangkan jumlah pengambilan gula berikutan peningkatan jumlah pesakit diabetes dan darah tinggi setiap tahun.
Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.
Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.
“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.
“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.
“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya
Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.
Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.
“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak. Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.
“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Potensi stevia di Malaysia
APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gulai?
Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.
Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.
“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.
“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. “Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.
Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.
Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.
Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.
Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini.
Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.
“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.
“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.
“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
Tuntutan fasakh oleh isteri kini selesai lebih cepat. MASTURA BAKAR, 24, sah bergelar janda pada 28 Januari lalu setelah tuntutan fasakh terhadap suaminya, seorang ahli politik yang juga tokoh perniagaan berusia 54 tahun, diluluskan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Ibu kepada tiga puteri yang berumur antara dua hingga lima tahun itu sekadar tersenyum hambar ketika keputusan itu dibacakan Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin. Mastura memfailkan tuntutan fasakh pada April tahun lalu. Kes Mastura mendapat perhatian ramai kerana bekas madu penyanyi Noraniza Idris itu mendakwa suaminya seorang yang gila seks dan tidak bertanggungjawab. Mengikut fakta kes, Mastura mendakwa beliau hanya mengetahui dirinya isteri keempat kepada suaminya itu hanya selepas melahirkan anak sulung. Suaminya itu kemudian mengaku bahawa dia telah berkahwin dengan Noraniza dan dua wanita lain. Lelaki itu juga didakwa gemar berfoya-foya dan pernah memiliki lebih 10 orang teman wanita yang ditiduri dalam satu-satu masa walaupun telah beristeri empat. Kahwin muda Bertubuh kecil dan berkulit putih gebu, Mastura mengakui beliau tidak dapat menjangka bagaimana rasanya hidup sebagai seorang ibu tunggal. “Saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya rasa. Saya berasa amat penat. Lagipun sekarang saya sudah kembali bekerja,” balasnya yang kini bertugas di bahagian pentadbiran sebuah firma seni bina di Cheras, Kuala Lumpur. Anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu kelihatan lesu ketika ditemui di sebuah restoran di Kuala Lumpur Jumaat lalu. Menatap wajahnya, terasa ada kecamuk dalam fikirannya. “Sekarang fikiran saya ialah tentang meneruskan hidup bersama anak-anak. Tetapi disebabkan pengalaman daripada perkahwinan itu, saya berasa keadaan masih tidak selamat untuk kami. “Dia pernah melarikan anak kami satu ketika dulu dalam satu pergaduhan besar, melanggar saya dengan kereta dan saya ada menerima pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan susulan daripada tuntutan fasakh ini. Saya masih belum berani hendak membawa anak-anak bermain di taman permainan,” luah Mastura. Jika ada yang berpendapat Mastura menerima padah atas silapnya sendiri menikahi lelaki berusia yang berpangkat dan berharta, nampaknya pemikiran itu jauh tersasar. “Kami berkahwin bukan atas dasar cinta. Ia lebih kepada pilihan ibu dan ayah saya. Kami berkenalan tidak lama, iaitu kira-kira enam bulan. “Itu pun melalui teman-teman. Kali pertama ibu melihatnya bersolat dan mengaji al-Quran di rumah di kampung, ibu menangis kegembiraan. “Setelah dia berjumpa ibu dan ayah buat kali kedua, dia terus masuk meminang dan lamaran itu diterima. Kami bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak. “Pada waktu itu saya baru berumur 18 tahun. Ketika kami berkahwin, dia masih belum bergelar Datuk,” kongsinya. Segalanya, kata Mastura, berlaku terlalu pantas. Perasaan sayang kepada suaminya hanya wujud selepas mereka berkahwin. “Pada awalnya dia sering mengajak saya solat berjemaah, mengaji al-Quran dan melakukan kerja rumah bersama. Dia juga baik terhadap saya. “Tetapi semua itu sekejap saja. Lama-kelamaan dia lebih banyak membiarkan saya solat dan melakukan segala-galanya bersendirian,” dedahnya. Mastura mengakui bekas suaminya itu mempunyai ilmu agama yang baik. “Pengetahuan agamanya agak tinggi. Mungkin kerana latar belakang dan kerjaya keluarganya yang sememangnya menjurus ke arah keagamaan. “Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang lelaki yang gemar berfoya-foya,” kata Mastura. Sebenarnya, ujar Mastura, beliau dan suami tidak banyak masalah. Cuma lelaki itu dikatakan banyak helah. Kes Aida Melly “Sebelum ini saya sudah dua kali hendak membuat tuntutan fasakh. Kali pertama saya batalkan kerana sedang hamil anak kedua. Kali kedua, Noraniza sendiri memujuk saya dan meminta saya memikirkan masa depan anak-anak. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, kami tidak ada masalah. “Tentang dakwaan bahawa dia mahu menyaman saya, saya percaya ia tidak akan berlaku kerana saya percaya dia membuat kenyataan itu kerana tertekan,” ujarnya. Selepas melalui kehidupan berumah tangga yang banyak onarnya, justeru perceraian menerusi kaedah fasakh itu umpama satu titik perubahan yang besar dalam hidup Mastura. “Saya mendapat sokongan yang kukuh daripada madu dan bekas madu yang lain selain memiliki bahan-bahan rakaman yang berkaitan dengan kecurangan dan aktiviti berfoya-foyanya. “Mungkin itu banyak membantu mempercepatkan kes ini. Lagipun bekas suami tidak pernah datang ke mahkamah untuk membuat sebarang bantahan,” jelas Mastura tentang kesnya yang dapat diselesaikan agak cepat. Kes tuntutan perceraian oleh isteri seperti fasakh yang berlarutan lama pernah menjadi polemik pada awal abad ini. Pasti ramai yang masih ingat kes Aida Melly Tan Mutalib pada tahun 2002 yang terpaksa menderita selama tujuh tahun untuk bebas daripada ‘gantungan yang tak bertali’: Sudah berpisah atau masih isteri yang sah? Meraih liputan meluas media seiring hujanan kritikan, kes itu juga bagai menjadi titik tolak kepada perubahan landskap pentadbiran mahkamah syariah berhubung isu perceraian khasnya. Jika sebelum itu banyak rungutan oleh para isteri mengenai kes permohonan cerai atau fasakh mereka yang lambat diputuskan, namun tahun demi tahun kemudian, rungutan dan keluhan seumpamanya makin kurang kedengaran. Kes terbaru Mastura itu, misalnya, dapat diselesaikan dalam tempoh tidak sampai setahun. “Dahulu memang ketara kelewatannya. Secara umumnya, boleh dikatakan, kes-kes permohonan cerai oleh isteri seperti fasakh dan rayuan kini telah dapat diselesaikan dengan cepat. “Berdasarkan pengalaman saya, kes fasakh lazim dapat diselesaikan antara enam bulan hingga setahun. Paling cepat, hanya dalam tempoh sebulan. “Proses yang mengambil masa dua tahun pun sudah dianggap sebagai tempoh yang lama,” kata peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain ketika ditemu bual Jurnal baru-baru ini. Katanya, ini banyak disumbangkan oleh beberapa pindaan pada enakmen-enakmen undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri bermula pada tahun 2003. “Antaranya ialah penyeragaman peruntukan mengenai fasakh antara negeri-negeri dan membenarkan memulakan tuntutan fasakh di mahkamah yang lebih tinggi bagi mengurangkan tempoh penangguhan sekiranya pihak menentang, lazimnya suami, mahu melakukan rayuan dan sebagainya,” katanya. Tertangguh Tidak dinafikan memang masih kedapatan kes tuntutan fasakh yang berlarutan lama selepas tahun 2002, tetapi ia hanyalah kes terpencil. Zaidi menerangkan, sesuatu proses permohonan fasakh itu dapat dipercepatkan jika plaintif atau isteri yang mengemukakan tuntutan itu mempunyai persediaan yang lengkap. “Dalam kes fasakh, beban pembuktian adalah terletak pada pihak plaintif iaitu isteri yang memohon. Kukuhnya bukti yang dikemukakan akan mempercepatkan pihak mahkamah membuat keputusan. Air mata sahaja tidak boleh menjadi bukti,” katanya. Jika dahulu, kelewatan atau penangguhan banyak disumbangkan kerana suami yang tidak muncul-muncul ke mahkamah, kini, mahkamah syariah mengambil sikap meneruskan prosiding dan boleh mengeluarkan arahan cerai walaupun tanpa kehadiran suami seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Kes Mastura ialah salah satu kes yang menunjukkan prosiding tanpa kehadiran suami atau prosiding sebelah pihak sudah boleh diterima. “Jika mahkamah berpuas hati bahawa saman telah disampaikan dengan sempurna kepada pihak suami, namun mereka masih tidak muncul, mahkamah boleh meneruskannya dan mengeluarkan arahan cerai walaupun tanpa persetujuan suami. “Lagipun fasakh itu sendiri ialah tuntutan cerai tanpa lafaz talak diperlukan. Kuasa fasakh ialah kuasa hakim. “Prosiding sebelah pihak biasanya lebih cepat berbanding suami hadir dan mengemukakan pembelaannya,” katanya sambil menjelaskan perbicaraan akan diteruskan setelah dua kali sebutan kes.Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN dan ADHAM SHADAN
PERANCIS yang terkenal sebagai sebuah negara pejuang hak asasi manusia dan kebebasan beragama kini berhadapan dengan kritikan dunia Islam apabila mengambil langkah untuk mengenakan sekatan ke atas wanita Islam yang memakai purdah. Mengikut undang-undang baru itu, wanita Islam tidak dibenarkan menutup muka mereka apabila berhadapan di tempat-tempat awam. Langkah Perancis itu atas apa alasan pun dilihat sebahagian daripada kebimbangan di kalangan negara-negara Eropah kini berikutan peningkatan umat Islam di benua tersebut sama ada mereka ini terdiri daripada penduduk asal negara itu atau imigran. Hakikatnya, perasaan tegangan di kalangan penduduk di Eropah mengenai kehadiran Islam sudah wujud tetapi ia semakin ketara apabila lambang-lambang umat Islam semakin terserlah di benua itu termasuklah penambahan jumlah masjid. Seorang Ahli Parlimen Perancis, Andre Gerin yang baru sahaja menamatkan sesi selama enam bulan peringkat suruhanjaya Parlimen Perancis bagi menangani kontroversi pemakaian burqa (pakaian tradisional wanita Afghanistan yang menutup seluruh tubuh termasuk muka) berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa agenda menentang kehadiran lebih lima juta umat Islam di negara itu. Tetapi katanya pemakaian burqa boleh mewujudkan tafsiran mengenai kewujudan gerakan Islam bawah tanah yang boleh mengugat cara kehidupan rakyat Perancis. purdah Beliau berkata, walaupun jumlah mereka yang memakai purdah adalah terhad dan tidak mencapai ribuan orang berbanding jumlah penduduk Perancis seramai 64 juta, namun di belakang mengikut tafsiran Gerin terdapat 'guru' yang berusaha yang berusaha untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam masyarakat Perancis. Sebagai contoh kata Gerin, ada doktor di Hospital Ibu dan Kanak-kanak di Lyon memberitahunya bahawa mereka diancam beberapa kali oleh lelaki Islam yang menolak isteri atau anak mereka yang mengandung dirawat oleh doktor lelaki, malah untuk kes-kes kelahiran kecemasan pun berlaku perkara yang sama, biarpun ketika itu tiada doktor wanita. Gerin berkata, wakil daripada beberapa negara Eropah termasuklah Kanada berminat untuk mendengar pandangan daripada beberapa peguam wanita terkemuka, pemimpin Islam dan pakar sosiologi. ''Selepas semua keterangan didengar, suruhanjaya peringkat Parlimen ini akan mengemukakan pandangan kepada Parlimen Perancis, pada peringkat awal kita mungkin akan mengeluarkan resolusi bagi menentang pakaian yang menutup muka dan kemudiannya disusuli dengan peraturan atau undang-undang melarang pemakaiannya di tempat-tempat awam," kata Gerin. Sebagai tambahan kepada pengharaman itu, Gerin berkata, suruhanjaya Parlimen yang dipengerusikannya juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan satu garis panduan kepada doktor, guru dan datuk bandar yang terpaksa berhadapan dengan apa yang dipanggil 'ancaman dan keganasan' daripada orang Islam. Apa yang menarik, langkah kerajaan Perancis untuk mengharamkan pemakaian burqa itu turut mendapat sokongan daripada tokoh terkemuka Islam, Yusuf Qaradawi yang menegaskan, mereka berhak berbuat demikian. Selain itu beberapa peguam wanita Islam terkemuka di Perancis juga menyokong tindakan berkenaan kerana menganggap pemakaian burqa hanyalah sesuatu yang menjatuhkan maruha kaum wanita dan melambangkan sikap penindasan oleh lelaki Islam. Bagaimanapun pandangan itu ditentang oleh beberapa wanita Islam yang memakai burqa. Mereka menegaskan, langkah berbuat demikian adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya atas desakan atau tekanan mana-mana pihak. Perdebatan mengenai larang memakai burqa atau purdah ini turut menyeret Majlis Agama Islam Perancis untuk campur tangan. Ini kerana majlis itu tidak mahu sebarang tindakan yang dilakukan boleh mengwujudkan hubungan tegang antara penduduk Islam dengan bukan Islam. Justeru Pengerusinya, Mohammed Mousasaoui mengisytiharkan bahawa Islam tidak pernah meminta wanitanya memakai burqa atau purdah, namuan Mohammed tidak mahu mengkritik wanita yang berbuat demikian dan melahirkan kebimbangan larangan yang bakal dikuatkuasakan adalah satu stigma seperti mana berlaku kepada isu pemakaian tudung di khalayak ramai pada tahun 2004. Apa pun keadaannya, tindakan Perancis sudah pastilah akan menimbulkan kontroversi di kalangan kelompok-kelompok Islam terutamanya daripada puak fanatik. Kelompok ini mungkin akan melakukan tindakan yang bertujuan membantah keputusan kerajaan Perancis itu. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan dari satu segi, kerajaan Perancis berhak berbuat demikian apatah lagi memakai burqa atau purdah bukanlah sesuatu yang wajib di dalam Islam. Wanita Islam hanya diwajibkan menutup kepala dan tubuh mereka tetapi harus membiarkan wajah dan tapak tangan dibuka. Ini ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Oleh itu adalah sesuatu yang malang jika ada sesetengah umat Islam ingin membantah sesuatu yang dalam Islam sendiripun tidak mewajibkannya.Oleh Zulkiflee Bakar
Raja kayu putih dicari artis dan ahli politik. BAGI sesetengah pengumpul barangan mistik, raja kayu putih adalah antara yang menjadi dambaan lantaran kesukaran untuk menemuinya apatah lagi memilikinya. Diberi gelaran ‘Raja Segala Kayu’ oleh orang tua-tua, nilai mistik kayu yang memiliki diameter sekitar 12 sentimeter (sm) ini dikatakan mujarab sebagai pendinding, penunduk, pelaris, pengasih dan berbagai lagi. Ironinya, walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang obses, wang bukanlah penghalang. “Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk. “Sehebat nama yang diberikan kepadanya, pemilik kayu ini akan dilihat sebagai seorang yang disegani dan berwibawa. Sebab itulah ia dikatakan mempunyai kuasa penunduk. “Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya,” ujar pengumpul koleksi barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39. Pokok raja kayu putih dikatakan hanya tumbuh di kawasan pergunungan seperti Gunung Ledang di Johor. Jelas Azman, ada pendapat mengatakan apabila pokok raja kayu putih hendak tumbuh, pokok di sekelilingnya akan mati. Bila pokok tersebut sebesar pokok getah, pokok di sekelilingnya akan tunduk kepadanya. Raja segala penawar “Tapi saya tidak berapa setuju dengan kenyataan tersebut kerana seorang sahabat saya ada menanam pokok itu tetapi pokok di sekelilingnya lebih subur malah kayu-kayu berkhasiat dalam simpanan saya akan bertambah auranya apabila sebatang raja kayu putih disimpan bersamanya,” kata Azman. Dek kerana khasiat dan kehebatannya, untuk mencari raja kayu putih tidak mudah. Bukan calang-calang orang boleh mengambilnya. “Daripada pengalaman seorang guru, dia memberitahu jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib. “Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api. “Menurut cerita orang yang ahli dalam bidang ini, kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya. “Sebab itu, ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam,” jelasnya. Memiliki daun yang tidak bertulang dan berurat, kayu yang mampu ditembusi cahaya lampu suluh pada ketebalan 2 sm itu lebih nyata khasiatnya dari sudut perubatan. Menurut Azman, kayu yang amat bermutu itu telah terbukti boleh mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah. Damar minyak Malah debu kayu itu, jika digosok pada kulit, ia juga mampu meresap ke dalam tubuh. Kepingan kayu yang telah dipotong-potong turut dapat membantu mengeringkan darah pada luka terbuka. Sementara itu, damar putih yang terhasil daripada kulit kayu itu berupaya mengubati bisa-bisa kecil seperti gigitan lipan. “Seorang guru pernah mengajar saya bahawa air rebusan teras raja kayu putih jika diberi minum kepada orang yang degil, insya-Allah hatinya akan lembut. “Jika seseorang itu ketagihan alkohol, perokok atau penghidap batuk berdarah, mereka juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan kayu itu,” ujarnya. Mahu menjelaskan kepada umum mengenai empunya status ‘Raja Kayu’, terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Kayu yang dikatakan lebih berkhasiat ialah raja kayu putih manakala raja kayu merah sering menjadi kekeliruan umum. “Raja kayu merah dan pokok damar minyak mempunyai banyak persamaan dari segi warna dan damar yang dihasilkan. “Namun, bagi kayu damar minyak, ia akan mengeluarkan minyak atau damar berwarna kehitaman dan keras disertai bau kemenyan. “Tetapi bagi ‘Raja Kayu’, damarnya tidak keras dan berbau lebih lembut seakan-akan minyak angin kayu putih tanpa perlu dibakar,” jelasnya.Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan. Individu yang gagal berkemungkinan tidak kenal dirinya sendiri. Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri . Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn. Bhd., Dr. Azizan Osman berkata, setiap individu perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta mengetengahnya secara positif. Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan seterusnya menerima diri seadanya. ''Untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan. "Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengenali potensi diri seperti melalui cap jari, senarai soalan, anak mata, tahi lalat dan tarikh lahir,'' katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru baru ini. Beliau yang mempraktikkan kaedah tarikh lahir menyatakan, apabila telah mengenali potensi diri sekali gus boleh membangunkan diri, kenal pasti rakan bisnes yang sesuai atau tidak, suami isteri, anak tidak mahu belajar, pekerjaan dan pelajaran. Lafazkan kata-kata seronok Sementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan. ''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' ujarnya. Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan. ''Selalunya, saya akan menasihatkan pasangan suami isteri untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan. Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya. ''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri. Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari. Lakukan selama 21 hari ''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,'' ujar penerima anugerah Platinum Awards 2004/2005 dari Cobra Group, England. Beliau yang fasih berbahasa Cina memberitahu, perkara ini boleh juga dibuat untuk anak-anak. Sebagai contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu, dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain. ''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul. Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap. ''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotoninini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataanbagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya. ''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara. ''Sebab itulah kita kena bertenang, selawat untuk lebih relaks,'' katanya yang telah mendalami ilmu metafizik iaitu mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga lagi. Bodoh, nakal jangan disebut Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal. ''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,'' katanya yang bermentor kepada seorang pakar bidang metafizik terkenal, T. Harve Eker dari Kanada. Menurut Dr. Azizan, pasangan juga harus saling puji memuji kerana ia boleh membuatkan getaran kebahagiaan dan kekayaan. Selain itu, sentiasa berterima kasih pada suami isteri selain berterima kasih kepada Tuhan. Sementara itu, mengenai program percuma bengkel Rahsia Tarikh Lahir- Kenali Potensi Diri yang akan diadakan di seluruh negara bermula 30 Januari ini di Shah Alam, bolehlah layari www.skpd2010.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi 013-2442244.Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Abdul Muiz Mokhtar, tujuh, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Tumpat 1 sempat dibawa naik ke darat oleh pengunjung yang berada di kawasan pantai itu selepas terkapai-kapai di laut pada kira-kira pukul 2.40 petang. “Selepas ditarik naik ke darat, Muiz terus dibawa ke Hospital Tumpat namun dia telah disahkan meninggal dunia,” kata ibu kanak-kanak itu, Miss Khoriah Deraman, 43, kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Khoriah, dia tidak menyangka anaknya itu sanggup mengayuh basikal kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Tanjung Kuala ke Pantai Sri Tujuh semata-mata untuk mandi laut bersama enam lagi rakannya. “Biasanya anak saya tidak pernah bermain jauh dari kawasan rumah, namun hari ini dia tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 10 pagi,” katanya. Khoriah berkata, beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya setelah dimaklumkan melalui telefon oleh kenalannya. “Muiz, anak yang periang dan aktif tetapi beberapa hari kebelakangan ini dia agak pendiam malah semalam arwah meminta saya beli kipas dan televisyen baru dan saya tunaikannya walau pun semalam dia tertidur sebelum kipas baru siap dipasang,” katanya kepada Bernama. Sementara itu di Kuala Kubu Bharu, Selangor, seorang pelajar Politeknik Shah Alam ditemui mati lemas ketika mandi bersama 10 rakannya di Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, Muhammad Affizan Talib, 20, dikatakan lemas ketika mandi di air terjun tingkat dua di taman rekreasi itu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa dan rakan-rakannya dipercayai mandi di kawasan larangan yang telah diletak tanda amaran oleh pihak berkuasa. “Ketika kejadian, rakan-rakannya berusaha untuk menyelamatkan mangsa namun gagal kerana terdapat pusaran air yang sangat kuat menarik mangsa. “Mereka kemudian segera menghubungi polis sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, mayat pelajar itu ditemui pukul 2.20 petang ini dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. “Bapa mangsa telah menuntut jenazah sebelum dibawa ke Alor Gajah, Melaka untuk dikebumikan,” katanya.TUMPAT 30 Jan – Kegembiraan sekumpulan kanak-kanak bermain di Pantai Sri Tujuh di sini, semalam bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.
KUALA TERENGGANU - Seramai 656 pelajar sekolah menengah dan rendah di asrama anak yatim seluruh negeri ini berentap dalam 12 acara sukan bagi merebut tempat mewakili negeri ke temasya Sukan Anak-anak Yatim Kebangsaan pada 14 hingga 18 Mac depan di sini.
Daripada jumlah itu, seramai 350 pelajar terdiri daripada anak-anak yatim Perkaya Marang, 126 pelajar anak-anak yatim Perkaya Besut dan 180 anak yatim Darul Falah.
Pengerusi Sukan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu, Ahmad Suhaimi Abu Bakar berkata, bagi kesemua acara, peserta yang dilihat menonjol dan berjaya meraih tempat pertama dalam acara sukan yang disertai, peserta berkenaan akan disenaraikan sebagai peserta yang akan mewakili negeri peringkat kebangsaan.
“Setelah peserta itu bersaing di peringkat negeri yang sedang berlangsung ini dan berjaya menduduki tempat terbaik dalam sukan disertai, mereka akan dipilih ke peringkat seterusnya.
“Bagi acara berpasukan pula, pasukan yang johan peringkat negeri akan dipilih dan pasukan johan juga dibenarkan untuk memilih pemain daripada pasukan lain yang lebih menyerlah untuk diserap masuk ke pasukan mereka bagi menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Bagi acara tarik tali dan bola sepak pantai yang berlangsung di pantai Primula Beach Hotel di sini semalam, peserta yang terpilih pada kejohanan kebangsaan telah dikenal pasti.
Antaranya, acara bola sepak pantai rendah dan me�nengah, pasukan asrama anak yatim Darul Falah telah dipilih apabila kedua-dua pasukan itu dinobatkan juara pada kejohanan Prasukria 2010.
Manakala bagi acara tarik tali pantai pula, pasukan Perkaya Marang telah menyapu bersih kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki rendah dan menengah serta kategori wanita rendah dan menengah untuk menempah tempat ke peringkat kebangsaan.
Penyelaras Kokurikulum Perkaya Marang, Muhamad Awang berkata, ini adalah kali kedua pasukannya terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dan berharap penyertaan kali ini mampu memberi keputusan yang membanggakan.
“Jika tahun lalu pasukan kami hanya sekadar menduduki tempat kesembilan, hasrat pasukan kami pada tahun ini pula adalah menang dan mencipta kejayaan lebih baik.
“Bagi mencapai sasaran itu, persedian yang cukup akan dilakukan, namun jika sukar untuk menang, sekurang-kurangnya kami layak menduduki tempat ketiga,” katanya.
Seramai 100 peserta bagi acara tarik tali pantai dan bola sepak pantai telah mendapat sumbangan makanan dan kegunaan gelanggang daripada pihak Primula Beach Hotel, Batu Burok di sini.
SEBERANG MARANG - Gara-gara bermain dengan mancis, sebuah keluarga di Jalan Pantai, Seberang Marang kerugian kira-kira RM100,000 dan tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.
Malah, kediaman yang didiami enam beranak itu juga hangus sama sekali dan semua barangan tidak dapat diselamatkan, kecuali barang kemas.
Mangsa, Juliana Abd Aziz, 33, yang adalah seorang suri rumah, berkata, ketika kejadian, dia dan ibunya, Andah Bubu, 53, sedang tidur berhampiran pintu depan di kediaman itu manakala anak dan anak saudaranya sedang bermain di dalam rumah.
Bagaimanapun katanya, dia terjaga setelah mendengar anaknya menyebut asap, namun menyangka ia datang dari arah luar rumah.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi sesuatu dari arah bilik dan didapati tilam sudah terbakar.
“Panik melihat keadaan itu, saya ke bilik air dan mengambil sebaldi air bagi memadamkan kebakaran,” katanya.
Namun katanya, sebaik naik kembali ke ruang hadapan, dia melihat api sudah marak.
“Bimbang jika berlaku kejadian yang tidak diingini, saya menarik keluar ibu dan mengarahkan dua orang anak serta tiga anak saudara keluar dari rumah.
“Saya agak terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa, kecuali barang kemas kerana api marak terlalu cepat,” katanya kepada Sinar Harian.
Antara barangan yang turut musnah dalam kebakaran itu ialah dua buah peti ais, televisyen, dua buah mesin basuh dan mesin jahit serta kelengkapan rumah seperti set kerusi, set katil dan almari.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba Zakaria Ismail ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 12.40 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Sekumpulan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Daerah Marang kemudiannya terlibat dalam operasi ini. Namun apabila sampai di lokasi, 80 peratus daripada kediaman ini telah musnah akibat struktur kediaman yang diperbuat daripada kayu dan tinggal berhampiran pantai.
“Kita berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit daripada terus merebak ke kediaman berhampiran,” katanya.
Terkejut lihat rumah sendiri terbakar
“Ketika berada di Bandar Marang, saya ternampak ada jentera bomba yang lalu. Ketika itu, saya ingatkan ada kemalangan, lalu mengikut arah kenderaan bomba itu tanpa menyangka mereka menuju ke kediaman saya sendiri,” demikian kata Abd Aziz Mamat, 63, bapa kepada Juliana.
Menurut Abd Aziz, sebelum kejadian, dia ke Bandaraya Kuala Terengganu untuk mencari ubat-ubatan bagi tujuan mengurut sementelah dia adalah tukang urut.
Setelah selesai urusannya, dia singgah ke Bandar Marang sebelum pulang ke rumah.
“Saya tidak mampu berkata apa-apa setelah melihat jentera bomba itu ke rumah saya sendiri dan melihatkan kediaman saya yang hampir musnah, saya hanya mampu mengurut dada kerana terkejut.
“Tapi mujurlah semua ahli keluarga saya selamat, walaupun rasa sedih kerana tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan tiada di rumah ketika kejadian, saya redha dengan apa yang telah ditentukan-Nya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Abd Aziz berkata, dia agak lega kerana sebuah keretanya yang diletakkan di halaman rumah dapat diselamatkan daripada turut hangus dalam kejadian itu.
“Saya difahamkan orang ramai memecahkan cermin kereta di sebelah pemandu lalu menurunkan brek tangan sebelum ditolak ke tepi. Sekurang-kurangnya ada lagi harta yang telah diselamatkan,” katanya.
Terima bantuan Kerajaan Negeri
Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku berkata, pihaknya telah memaklumkan tentang kejadian berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan awal dan Kerajaan Negeri akan berusaha membantu keluarga Abd Aziz.
Menurutnya, bantuan awal yang diberikan oleh JKM itu meliputi kain selimut, barangan keperluan dan bantuan wang segera untuk perbelanjaan keluarga berkenaan.
“Kita juga akan membantu keluarga itu dengan membaik pulih kediamannya bagi membolehkan keluarga berkenaan dapat tinggal dengan lebih selesa.
“Kita juga akan lihat keperluan lain seperti bantuan am untuk keluarga berkenaan dan menyiapkan rumah anaknya yang tinggal berhampiran bagi membolehkan mereka sekeluarga tinggal di situ,” katanya.
KLANG – Bot mereka ditawan lanun tetapi ia bukan peristiwa yang paling menakutkan bagi seorang nelayan, Mohd. Saiful Mansur (gambar), 19, berbanding apa yang berlaku sepanjang 10 jam kemudian. Bersama rakan nelayan yang hidup sebatang kara, Ismail Jaafar, 57, kedua-dua penduduk Kampung Kelanang, Banting itu seperti biasa mengemudi bot ke perairan Pelabuhan Klang kelmarin. Ketika bot bernilai RM50,000 milik seorang penduduk kampung mereka itu yang sarat dengan ikan dalam perjalanan balik ke Jeti Kelanang pada kira-kira pukul 5 pagi semalam, mereka dipintas oleh dua bot lain yang dinaiki enam orang lanun. Mohd. Saiful yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam masih ingat bagaimana mereka dibelasah oleh kumpulan lanun dipercayai warga asing itu yang bersenjatakan pistol dan parang.
SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini. Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab, Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali, Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit. Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut dikategorikan sebagai ajaran sesat. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, selain 25 ajaran yang telah disahkan sebagai sesat itu, pihaknya juga sedang menyiasat 35 kes lagi yang dilaporkan sebagai sesat. "Ini termasuk kes perbomohan, ada juga kes seorang budak dapat melihat alam ghaib dan dapat mengubat orang sakit," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama mStar Online. Beliau menjelaskan, tidak sepertimana yang disangka ramai, pihak jabatan tidak terus menjatuhkan fatwa hanya berdasarkan aduan atau laporan awam melainkan setelah menjalankan siasatan terperinci mengenai kandungan ajaran sesuatu tarikat atau amalan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk diputuskan. "Memang kita memerlukan masa yang panjang kerana kita memerlukan bukti kukuh. Tetapi ada juga ajaran yang tidak dapat difatwakan kerana tidak cukup bukti. "Untuk memfatwakan seseorang itu salah dan sesat bukan mudah kerana ini soal akidah. Kalau kita silap kita bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat. Sebab itu kita mengambil masa yang lama untuk putuskan,” katanya. Beliau menambah, Jais tidak boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan yang sedang disiasat sehingga ia difatwakan. Ditanya sama ada 'freemason' dan 'illimunati' tergolong dalam ajaran sesat, Mohammed Khusrin berkata: "Pada pendapat saya ia bukan ajaran Islam maka ia tidak boleh dikira sebagai ajaran sesat. Menurut beliau yang ditafsirkan sebagai ajaran sesat ialah ajaran yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam. "Selalunya orang yang menyebarkan ajaran sesat ini mengaku dirinya Islam tetapi dia menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan akidah," katanya. Mengulas lanjut isu berkenaan, beliau berkata, tempoh masa yang agak lama diperlukan untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti mengenai sesuatu ajaran sebelum ia dikategorikan sebagai ajaran sesat. Mengenai garis panduan yang digunakan Jais, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ajaran yang didapati bertentangan dengan syarak dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Kita berpandukan ajaran al-Quran, hadis, Ijmak Ulamak dan fatwa. Contohnya kumpulan tarekat memang sukar untuk dipastikan mereka menyeleweng atau sebaliknya. "Ini kerana kita terpaksa ikut dan masuk dalam kumpulan itu dan kita lihat serta kaji zikir mereka," katanya. Tambah beliau, ajaran sesat bukan mudah untuk dikesan dan untuk mengesan ajaran sebegini pegawai-pegawai Jais akan menyamar dengan menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut bagi melihat sendiri ajaran yang dibawa oleh kumpulan berkenaan. Justeru, bagi membendung masalah tersebut, Mohammed Khusrin berkata, Jawatankuasa Panel Akidah yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Tamyes Abdul Wahid dan beberapa pakar dalam bidang syariah dan akidah akan menjalankan sesi kaunseling dengan mereka yang disyaki terlibat dalam menyampaikan ajaran sesat di negeri itu. "Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa. "Akan datang kita akan panggil Tarekat Nasabandiyah untuk dapat penjelasan dan cuba membetulkan akidah pemimpin kumpulan ini," katanya. Selain itu, katanya, Jais dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa mengadakan ceramah dan dialog dengan orang-ramai dari semasa ke semasa. "Kita akan pergi memberi ceramah dan dialog di daerah dan kawasan yang kita kenalpasti seperti di Gombak, Ampang kerana kawasan ini menjadi tumpuan. "Kita juga turut mengedarkan risalah dan menyampaikan khutbah Jumaat untuk sedarkan masyarakat tentang bahayanya ajaran sesat ini," kata beliau.
AMPANG: Hobi pelik seorang lelaki yang menjadikan senjata api tiruan pelbagai jenis sebagai koleksi membawa padah apabila dia diberkas di rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, semalam. “Berdasarkan siasatan awal, polis percaya senjata api itu diseludup dari negara jiran iaitu Thailand dan Singapura,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pandan Indah, semalam. “Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.
Penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya selepas menerima maklumat awam.
Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun turut menjual senjata api yang dimilikinya itu kepada rakan baiknya pada harga antara RM2,000 hingga RM4,000 sepucuk.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata penahanan itu dilakukan kira-kira jam 12.05 malam ketika lelaki terbabit sedang berehat di rumahnya.
“Dalam serbuan itu, polis merampas 12 rifel pelbagai jenis antaranya Styer, HK5, MP4, CBQ, Shotgun selain tiga pucuk pistol termasuk dua kotak peluru.
Menurutnya, senjata api berkenaan sememangnya sama dengan senjata api sebenar.
“Ia sama dari segi bentuk dan berat namun peluru yang digunakan adalah berbeza.
“Peluru digunakan adalah peluru getah tetapi ia mampu mendatangkan kecederaan selain berkemungkinan digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya.
Abdul Jalil berkata, lelaki terbabit bukan saja menjadikan senjata api berkenaan sebagai koleksi sebaliknya turut menjualkan barangan berbahaya itu kepada teman baiknya.
“Senjata api itu dijual antara RM2,000 hingga RM4,000 sepucuk manakala pelurunya pula dijual RM10 bagi setiap paket,” katanya.
Katanya, polis kini sedang mengesan semula senjata api yang sudah dijual kepada rakan baiknya itu dan lelaki terbabit akan direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai tidak menyimpan senjata api kerana ia adalah salah di sisi undang-undang.
Sementara itu dalam kes berasingan, Abdul Jalil berkata polis berjaya menahan tujuh lelaki dalam lapan serbuan di premis perjudian sekitar Ampang, kelmarin.
Difahamkan, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, kebanyakan premis yang diperiksa adalah kedai perjudian yang pernah diserbu sebelum ini.
“Sepanjang tahun ini saja, seramai 21 individu berusia 20-an hingga 40-an ditahan dalam 21 serbuan di beberapa premis,” katanya.