MEMILIH untuk berniaga bagi menambah pendapatan adalah satu tindakan bijak. Keberanian dan keazaman menjadi tonggak utama bagi mereka yang ingin bergelar usahawan. Bagi Amierul Azraie Mustadza, 23, yang masih menuntut dalam bidang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tenaga Petronas (UTP), berkat kegigihan dan kesabarannya dia kini boleh berbangga apabila perniagaan yang diusahakan semakin berkembang. Bermula secara kecil-kecilan dengan modal RM2,000 bersama dua rakan, mereka mencetak 100 helai baju pertama dan menjualnya dalam kalangan rakan-rakan di kampus. "Pada mulanya memang menghadapi masalah. Misalnya untuk menjual 100 helai baju yang telah dicetak. "Maklumlah kami masih belajar dan pasaran hanya terhad di kampus sahaja. Sebab itu ia mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan. Rakan-rakan saya semuanya berputus asa. Bagaimanapun, kami dapat balik modal yang dikeluarkan," ceritanya ketika ditemui baru-baru ini. Tidak putus asa Amierul bagaimanapun tidak putus asa. Dia yakin bahawa perniagaan tersebut mampu memberi pendapatan dan dikembangkan. Antara masalah awal yang terpaksa dilalui ialah kekurangan corak untuk dicetak. Ini kerana untuk mendapatkan hasil yang menarik perlu ada seorang yang pakar dalam menggunakan perisian grafik komputer dan kreatif. Berbekalkan dua corak, Amierul mendapat bantuan kewangan daripada bapanya untuk membuat cetakan kedua. Dia bukan sahaja menjual baju-T menggunakan jenama Art Syndrome kepada rakan-rakan terdekat, Amierul juga menggunakan laman sembang sosial untuk mengembangkan perniagaannya dan mencari pembeli. "Saya menggunakan Internet untuk memasarkan produk, selain membuka gerai pada acara-acara tertentu misalnya pesta konvokesyen. "Pada pesta konvo tahun lepas, saya berjaya menjual 300 helai baju-T. Sejak itu saya bertambah yakin untuk meluaskan perniagaan," katanya. Kini dia sudah mempunyai 21 corak baju dan cuba menambahnya dari semasa ke semasa. Dia juga mempunyai tiga orang pereka grafik. Harga baju-T dijual pada harga antara RM26 hingga RM36 sehelai bergantung kepada kualiti kain dan corak. Setiap cetakan corak dan motif pada baju-T keluarannya menyampaikan mesej-mesej tertentu seperti isu alam sekitar, bahasa dan banyak lagi. Pengedar Bagi mengembangkan perniagaannya, Amierul kini mencari pengedar yang berminat. Secara purata, dia mencetak 100 helai baju -T sebulan. Amierul juga menyasarkan untuk membuka sebuah kedai pakaian dan aksesori dalam tempoh lima tahun akan datang. "Walaupun saya mengambil jurusan kejuruteraan tidak salah rasanya kalau ingin menceburi bidang peniagaan. Saya tidak kisah jika ditakdirkan perniagaan ini menjadi punca utama rezeki dan bukannya sebagai jurutera. "Saya juga mendapat sokongan daripada keluarga. Mereka tahu inilah yang saya ingin lakukan. Jadi saya perlu lakukannya dengan baik," katanya sambil memberi nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan, mereka harus berani dan tidak takut kegagalan.Oleh JULIA ISMAIL
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-