SEPATUTNYA dalam bulan puasa duit boleh dijimatkan kerana kita tidak memperuntukkannya untuk makan tengah hari dan sarapan. Sebaliknya perkara lain yang terjadi apabila ramai yang tidak berjaya menahan nafsu sekali gus menguruskan kewangan mereka dengan baik terutama untuk sambutan hari raya yang bakal tiba. Tidak dinafikan memang banyak godaan yang datang ketika berbuka kerana juadah yang dijual di bazar Ramadan memang banyak dan menyelerakan manakala menjelang raya pula; pusat-pusat membeli belah menawarkan diskaun yang hebat belaka; dan tidak kurang juga pinjaman untuk raya daripada institusi berkaitan. Itu belum lagi dengan persiapan rumah dan juga kereta, semuanya mesti serba baru. Memang lebih banyak wang diperlukan menjelang raya, namun jika salah pengurusan, kita juga yang menanggung padahnya terutama jika gaji bulan seterusnya lambat lagi diterima. Pengerusi Eksekutif Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., Rohani Datuk Mohd. Shahir berkata, setiap individu mesti pandai mengatur perbelanjaan dengan betul. Contoh ringkas, jika sehari dalam bulan lain kita memperuntukkan RM30 untuk makanan; RM10 (sarapan), RM10 (makan tengah hari) dan RM10 (makan malam), maka dalam bulan puasa RM10 untuk makan tengah hari boleh dikumpul untuk kegunaan menjelang raya. "Jangan terlalu cepat mencairkan wang anda apabila berbelanja. Tetapkan bajet untuk setiap perbelanjaan yang perlu sahaja,'' jelas beliau ketika ditemui di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Rohani, individu perlu mengenalpasti mana satu keperluan atau kemahuan mereka. "Mempunyai baju baru ketika berhari raya memang satu sunah, tapi bila ada pilihan untuk membeli baju yang berharga RM50 atau RM160, mana satu yang menjadi pilihan. Sebab itu kita perlu kenalpasti mana satu perbelanjaan penting dan apa pula yang tidak perlu dibelanjakan. "Mengawal nafsu adalah satu jihad bagi umat Islam. Jika ke bazar Ramadan, kita boleh mengawal pembelian, sebagai contoh, dari membeli tiga jenis kuih, beli satu jenis sahaja. "Memang saya pernah berjumpa dengan satu keluarga yang mempunyai 10 anak, masing-masing mempunyai kuih kegemaran mereka, tetapi si ibu pandai menguruskan kehendak anak-anak dengan menghasilkan satu hari untuk satu jenis kuih kegemaran anak mengikut giliran. Dengan cara itu bukan sahaja dapat berjimat malah melatih anak-anak agar bersabar dan bertolak ansur. "Untuk air pula sebaiknya dibuat sendiri, pelbagaikan hidangan air yang dibuat di rumah dari membeli dan jika buat kuih, beri sedikit kepada jiran. Jangan sampai hidangan penuh sesak di meja sewaktu berbuka," ujar Rohani. Rohani turut menasihati ibu yang mempunyai anak-anak kecil agar tidak menyediakan makanan yang terlalu berat ketika bersahur. "Bersahurlah dengan makanan ringkas dan jimat seperti bijirin, roti, telur atau nasi goreng. Menu seperti ini bukan saja tidak memperuntukkan belanja yang tinggi malah menyelerakan anak-anak juga," jelasnya. Tip berbelanja untuk raya Menurutnya, ibu atau bapa perlu menetapkan bajet untuk diri mereka sendiri dan setiap anak. "Sebagai contoh seorang mendapat RM300, jadi dari bajet itu mereka boleh membeli pakaian baru untuk raya. Jika ada yang sukakan yang berjenama dia mungkin akan dapat sehelai pakaian berbanding dengan yang tidak berjenama, tepuk dada tanya selera. Ketetapan ini memang mengajar anak-anak agar lebih memahami dan memanfaatkan bajet masing-masing. "Menjelang raya, ramai wanita membeli barang kemas. Kita tahu harga emas memang mahal, apa kata jika digantikan dengan aksesori seperti gelang kristal yang jauh lebih menjimatkan namun tetap kelihatan cantik. "Untuk rumah pula, memang perlu dicat untuk keceriaan menyambut raya, sebaiknya jadikan aktiviti mengecat rumah bersama anak-anak, agar waktu berpuasa sepanjang hari tidak dirasakan begitu panjang bagi mereka. Tidak perlu membeli langsir baru, cukuplah sekadar membasuh dan boleh juga menambah jahitan manik atau renda mengikut kreativiti masing-masing agar langsir lama tampak berseri. "Jambangan lama juga boleh dibasuh dan digubah semula dan ditambah sedikit kuntuman bunga, pasti nampak lebih menarik dan segar," jelasnya. Rohani turut berkongsi tentang senario di Barat. Katanya, pembelian barang terpakai memang menjadi bualan ramai, malah mereka mempunyai pasaran yang besar untuk itu. "Kita di Malaysia juga boleh berjinak dengan budaya tersebut kerana lebih menjimatkan,'' katanya. Balik kampung Rohani berkata, perbelanjaan pengangkutan ke kampung merupakan salah satu perbelanjaan terbesar menjelang raya. "Bayangkan jika salah seorang dari anda berasal dari Sabah atau Sarawak, pasti perbelanjaan tiket saja sudah beratus. Jika di Semenanjung sahaja kenderaan paling sesuai ialah menaiki kereta, paling utama pastikan ia diselenggara dengan baik, tak perlulah hingga membeli kereta baru. Jangan terpedaya dengan promosi tiga bulan tanpa ansuran kerana ia hanya akan menambah komitmen anda dan jangan lupa sediakan bajet petrol dan tol juga," ujarnya. Rohani menasihatkan supaya hidangan raya dan kuih muih tidak berlebihan. "Ambil iktibar dari tahun lalu, jika dulu ada beberapa jenis kuih tidak habis, jadi tahun ini jangan beli terlalu banyak, pilih yang disukai ahli keluarga sahaja. Budaya rumah terbuka pula sebaiknya tunggu sehingga gaji akan datang masuk. 'Untuk duit raya pula, janganlah terlalu berkira, niatlah untuk bersedekah terutama untuk ibu dan bapa. Paling penting ialah jangan meninggalkan bayaran ansuran bulanan,"pesan Rohani.Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-