KUNDUZ (Afghanistan): Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi kembar siam yang bercantum di bahagian dada dengan seorang daripadanya tanpa kepala.siam di Kunduz, Afghanistan semalam." title="KEMBAR SIAM...kakitangan hospital memeriksa pasangan kembar
siam di Kunduz, Afghanistan semalam." height="381" width="300" border="0">KEMBAR SIAM...kakitangan hospital memeriksa pasangan kembar
siam di Kunduz, Afghanistan semalam.
Seorang daripada bayi terbabit berada dalam keadaan sihat tetapi badan, kaki dan tangan kembarnya melekat padanya.
Doktor di Hospital Kunduz, Homayoun Khamoosh, berkata kembar tanpa kepala itu hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan Khamis lalu.
“Dia bergerak seketika, tetapi kini meninggal dunia,” katanya semalam.
“Ia perlu dilakukan sebelum tubuh kembar yang meninggal dunia itu mula mereput,” katanya.
Ibu bayi terbabit adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan sebelum ini melahirkan empat anak.
Bagaimanapun, wanita terbabit enggan membenarkan wajahnya dirakam jurugambar atau memberikan namanya untuk pengenalan identiti. - AFP
Battery Reconditioning
6 years ago