TUJUAN saya menulis ke ruangan ini bukan untuk menghina atau menyalahkan sesiapa, terutama merendahkan martabat serta maruah kaum wanita, tetapi sekadar pesan berpesan supaya mereka terlibat tidak meneruskan perbuatan terkutuk dan berdosa itu. ‘‘Besar harapan saya sempena bulan ramadan yang mulia ini supaya tulisan saya ini dibaca oleh mereka terlibat juga kalangan mereka yang seangkatan dengannya agar insaflah bahawa perbuatan mereka itu semata-mata merosakkan diri sendiri, di samping menjadi mangsa kepada kekejaman kaum lelaki. ‘‘Ingatlah cinta yang anda lafazkan, simpati yang anda tagih tidak dipedulikan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka sentiasa berusaha mendapatkan apa yang mereka kehendaki secara percuma, selepas itu anda akan ditinggalkan,’’ demikian cerita Johari dalam e-mel yang dikirimkan kepada penulis. ‘‘Saya mempunyai ramai kenalan lelaki dan wanita yang berpelajaran dan berpangkat tinggi, yang bertugas di beberapa buah syarikat korporat terkemuka juga kakitangan kerajaan yang bertugas sama ada di JB mahupun di KL. Merekalah yang menceritakan pengalaman dan masalah mereka setelah apa yang dihajati tidak diperolehi sementara kaum lelaki riang gembira bercerita kejayaannya menghancurkan hati kaum wanita. ‘‘Dari perbualan saya dengan kaum adam, mereka dengan bangga menceritakan kejayaannya memperdaya wanita terutama isteri-isteri yang bermasalah kerana perbuatan suami masing-masing atau gadis-gadis yang terpedaya dengan pujukan kekasihnya. ‘‘Apa yang saya kesalkan kawan lelaki saya ini tanpa segan silu malah dengan bangga menceritakan pengalaman mereka memadu asmara dengan isteri-isteri orang dan gadis-gadis hingga ke ranjang dengan bangga tanpa menyedari bahawa mereka telah berzina dan telah melakukan dosa besar, kerana mereka orang Islam. menyedihkan ‘‘Lebih menyedihkan saya mereka melakukan dengan persetujuan kedua belah pihak, seolah-olah mereka lupa kepada dosa yang dilakukan dan pembalasan yang akan diterima baik di dunia mahupun diakhirat. Sebagai contoh ditempat saya bekerja kawan wanita saya ini isteri orang bercinta hingga berzina dengan majikannya sendiri. ‘‘Apa yang menyedihkan kedua-dua mereka adalah orang Melayu dan beragama Islam. Si wanita sudah berkeluarga dan ada tiga orang anak, sementara si majikan bukan sahaja sudah berkeluarga dan cucu malah umurnya sudah hampir pencen. ‘‘Dari apa yang saya tahu, kawan wanita saya ini bercinta kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suami. Matlamat utama perbuatannya adalah hendak membalas dendam selain mencari kepuasan nafsu sendiri. Sedihnya suaminya sampai sekarang tidak sedar akan perbuatan sumbang isterinya. ‘‘Saya rasa sedih sanggup kawan saya ini melakukan perbuatan terkutuk itu dan tergamak dia melakukan dosa besar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Kerana saya tahu dia seorang yang baik pekerti, dan mendapat pendidikan agama dari kecil lagi. Dan saya tak sangka wanita yang baik seperti ini boleh bertukar menjadi wanita yang amat kejam. ‘‘Setelah saya fikirkan bahawa wanita yang emosinya tidak stabil amatl mudah menjadi mangsa lelaki zalim. Lelaki jenis ini akan mengambil kesempatan berbaik-baik dengan wanita yang bermasalah rumahtangga untuk memuaskan nafsu mereka. ‘‘Kepada wanita yang dilanda masalah seolah-olah mendapat sokongan emosi bila ada pihak ketiga melayan perasaannya. Akhirnya wanita ini akan terparangkap dalam permainan cinta lelaki pemangsa tadi. ‘‘Lelaki mana yang tak mahu ‘barang free’ Tak perlu masuk meminang ,keluar wang hantaran atau berbelanja untuk majlis pernikahan. Cari sahaja isteri yang bermasalah buat-buat simpati, hamburkan kata-kata cinta dan janji manis akhirnya tubuh badan dengan rela menjadi korban pemangsa tadi. ‘‘Jika termengandung hasil perzinaan, bayi tersebut akan dibin atau bintikan dengan nama suami si wanita tadi kerana wanita ini juga pandai melayan suaminya. Yang untung adalah di pemangsa tadi tidak perlu keluarkan duit ringgit, cukup kata-kata pujuk rayu, rupa paras yang tampan, rasa simpati yang berlebihan, akhirnya nafsunya terlaksana. ‘‘Sebenarnya bukan seorang dua wanita yang jadi mangsa seperti ini, dari pengakuan ramai kawan-kawan lelaki saya dia telah mengorbankan ramai isteri orang bermasalah. ‘‘Kepada kaum wanita nasihat saya jangan ikut nafsu, jangan emosi kalau bertengkar dengan suami, walau sejahat mana dia tetap suami anda. Bercinta dan berzina dengan lelaki lain untuk membalas dendam bukanlah jalan terbaik , sebaiknya hentikanlah perbuatan itu bertaubatlah. Kerana anda akan terima musibah bala dari Allah. rumah tangga ‘‘Dan lagi jangan luahkan masalah rumahtangga kepada orang lelaki. Kerana anda tidak tahu dia kawan atau pemangsa. Lelaki zalim tidak kenal isteri orang, tunang atau adik ipar, pada mereka dia perempuan yang akan menjadi mangsanya. ‘‘Seorang rakan lelaki saya menceritakan bagaimana dia mengadakan hubungan sulit dengan adik iparnya. Mula-mula buat aksi-aksi ringan lepas itu...! Sedihnya isterinya masih belum tahu hubungan jahat suaminya lagi. Si suami depan isterinya dialah suami penyayang, setia dan romantik. Belakang isterinya, adik ipar jadi isteri kedua. ‘‘Kepada gadis-gadis berumur 20an nasihat saya elakkan buat hubungan cinta dengan suami orang walau bagaimana hebat romantik, kaya, tampan, atau caring nya dia kerana lelaki pandai bermain kata-kata dan berjanji manis. Tapi niatnya tidak pernah ikhlas. ‘‘Wanita tetap akan rugi kerana lelaki jika dia meniduri 100 wanita, dia adalah lelaki jaguh, Jika seorang wanita ditiduri seorang lelaki, dia adalah pelacur. Ini hakikat yang perlu wanita sekarang faham. ‘‘Kepada suami-suami budiman, memang benar anda perlu membantu wanita yang di dalam kesusahan. Tetapi bantu setakat yang anda mampu sahaja. Utamakanlah isteri dan anak-anak anda dahulu. Hadkan batas anda sebelum anda terjebak. ‘‘Memang anak-anak dara sekarang tidak dinafikan sangat cantik, lawa dan menawan, malah ada yang meminati suami orang, tetapi jika anda berupaya mengelakkan dari membuat hubungan sulit walau hebat mana godaannya, anda adalah seorang ayah, suami yang “muslim” yang sangat hebat. ‘‘ Sebaliknya kalau lelaki berzina, status anda seumpama bangkai. Anda berhak direjam. Jangan bangga sangat dengan pencapaian anda meniduri ramai isteri dan anak dara orang, ingat suatu hari nanti, isteri dan anak perempuan anda mungkin akan dianiaya orang. ‘‘Bila suami isteri tidak aman, anak terbiar rumahtangga porak peranda bangsa Melayu Islam ini akan hancur suatu hari nanti kerana mengutamakan nafsu diri. Siapa yang rugi? Pembaca budiman sekelian fikirkanlah.’’Demikian nasihat Johari kepada wanita yang bermasalah, lelaki pemangsa juga anak-anak gadis yang gilakan suami orang. Kepada anda yang dimaksudkan tidak ada bahagianya kalau hidup mengambil hak orang, kerana anda akan dihantui bayangan ketakutan. Lebih parah kalau ditimpa bala oleh Allah, kerana penderitaannya membawa ke akhir hayat.www.dcckmona.com
dcckmonaum@hotmail.com
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-