Satu lagi masalah, suami tidak rapat dengan anak kerana ada saja hal yang membuatkan suami menjadi marah dan menengking anak tanpa sebab. Bayangkan, apa akan jadi pada anak kami, jika perkahwinan ini runtuh sekali lagi? Kalaulah ia terjadi, sudah tentu, kami tidak boleh bersatu kembali sebagai suami isteri kerana sudah tiga kali dilafazkan, nauzubillah. Bila pulang dari kerja, mukanya tidak pernah hendak senyum. Dia selalu mempamerkan wajah yang serius seolah-olah saya dan anak menjadi beban kepada dirinya. Dia tak pernah memanjakan anak. Malah dia akan marahkan saya sekiranya saya memanjakan anak. Sewaktu anak berusia setahun, suami telah menampar anak gara-gara anak menangis di waktu pagi.
Tidak hairanlah, talak perkara paling ditakuti kerana implikasinya sangat besar dalam sebuah perhubungan, bukan saja jiwa dan emosi isteri parah tetapi anak-anak juga akan menerima risikonya. Minggu ini, kita berkongsi luahan hati seorang isteri mengenai sikap panas baran suaminya. Dalam tempoh tiga tahun berkahwin, sudah dua kali talak dijatuhkan.
Hal-hal ini, membuatkan dia risau tambahan pula suaminya panas baran. Bukan saja panas baran tetapi suami juga tidak mesra dengan anak walaupun anak masih lagi kecil. Sebagai isteri, dia inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga tetapi dia tidak menikmatinya kerana suami yang begitu dingin.
Sebenarnya sudah lama saya memendamkan isi hati tetapi kali ini saya ingin berkongsi kisah hidup di dalam ruangan yang paling saya sukai ini, Ya Tuhan. Biarlah saya perkenalkan diri sebelum bercerita tentang masalah dihadapi. Saya berasal dari Pantai Timur, berusia 20-an dan mempunyai seorang anak yang masih kecil. Apa yang ingin diluahkan ini bukanlah ingin mengaibkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi satu perasaan yang sudah lama disimpan dan kini ia sudah semakin menekan emosi dan tidak tertanggung lagi.
Saya berkahwin dalam usia yang cukup muda. Saya dan suami sama baya. Kini sudah tiga tahun kami berkahwin tetapi sudah dua kali bercerai. Kalau di fikir, usia perkahwinan kami masih muda tetapi dalam tempoh itu, sudah dua kali talak dijatuhkan. Untuk makluman, saya amat menyayangi suami yang mana kami berkenalan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Suami seorang lelaki yang baik, cuma kadang-kala sikap panas barannya membuatkan hubungan ini bergetar.
Dahulu sewaktu pertama kali kami bercerai, saya tidak boleh melupakan dirinya. Setiap malam saya asyik teringat kepadanya tetapi setelah kami rujuk kembali, saya seolah-olah benci dan tawar hati kepadanya. Saya cuba untuk memahami keadaan suami tapi caranya membuatkan seolah-olah seperti kami tidak pernah ada masalah. Suami juga seperti tidak ikhlas untuk rujuk kembali.
Saya tidak tahu kenapa suami jadi begitu. Suami pernah berkata, dia akan membahagiakan
saya dan anak tapi sampai sekarang saya masih belum merasai kebahagiaan seperti yang dia janjikan. Kadang-kadang saya terfikir, kehidupan ini tidak pernah adil kepada saya. Saya selalu diuji dengan ujian yang berat sehingga kadang-kadang saya berputus asa untuk meneruskan hidup.
Tolonglah puan, saya sudah buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Hari-hari saya menangis mengenangkan nasib diri dan anak yang malang.
Battery Reconditioning
6 years ago