Dalam rompakan di kedai emas itu pada 20 Julai lalu, penjenayah berusia 27 tahun itu bersama seorang rakannya melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM180,000. Dengan wang yang mencukupi, akhirnya impian mengahwini buah hatinya berjaya direalisasikan. Kebahagiaan yang dikecapi pengantin baru itu bagaimanapun hanya bertahan sebulan apabila dia diberkas polis di rumahnya di Taman Dato Senu, Sentul pada Jumaat lalu. Rakannya turut ditahan pada hari yang sama di Pandan Indah, Ampang. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis menerima laporan polis yang dibuat mangsa, lelaki berusia 40 tahun pada hari kejadian. Menurut beliau, siasatan pihaknya mendapati suspek yang dibebaskan dari tahanan EO pada Jun lalu itu memiliki tujuh rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan samun. "Rakannya tiada rekod jenayah. Penahanan dua suspek terbabit juga berjaya membawa polis kepada penahanan dua lagi lelaki dipercayai pembeli barangan kemas yang dirompak, sehari selepas itu. "Polis turut menemui semula kereta Proton Iswara kemas bernilai RM20,000," kata beliau.KUALA LUMPUR 18 Sept. - Gara-gara tidak cukup wang untuk berkahwin, seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang baru dibebaskan sanggup merompak kedai emas di Jalan Pantai Dalam untuk memenuhi hasratnya itu.
Battery Reconditioning
6 years ago