JANGAN pandang remeh label Made in China (Diperbuat di China) yang berlambak di pasaran. Jika anda perhatikan betul-betul, label itu bukan sahaja didapati pada pakaian atau barangan dijual di pasar malam malah butik berjenama di pusat membeli-belah terkemuka dunia juga tidak dapat lari daripadanya. Ini kerana negara China cukup terkenal sebagai hab atau destinasi pemborong terbesar di dunia dengan persaingan harga yang cukup sengit di samping tahap kualiti barangan juga semakin meningkat. Tidak hairanlah ramai rakyat tempatan sendiri mula beralih ke Shenzen dan Guangzhou disebabkan kepelbagaian barangan jualan dengan harga jauh lebih murah berbanding Jakarta, Bandung atau Bangkok. Menurut Shahabudeen Jalil, terdapat keinginan yang tinggi di kalangan usahawan Islam khasnya untuk mengurangkan pergantungan kepada orang tengah sebaliknya menjadi pemborong secara terus. "Ramai yang ingin keluar untuk mencari harga lebih baik memandangkan keadaan ekonomi sekarang menuntut pengguna agar berhati-hati berbelanja. "Penyelesaiannya adalah menjadi pemborong secara terus dan mendapatkan produk berkualiti pada harga murah dari China, pada masa yang sama menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan," katanya yang merupakan Penasihat Anzac Consultancy. Syarikat perunding itu mengendalikan Kursus Memborong di China dengan usahasama akhbar sisipan MEGA - Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan lebih 120 peserta menghadirinya. Kursus itu turut melibatkan topik penting berkaitan urusan pasport dan visa, tambang penerbangan, hotel atau hostel penginapan, pengangkutan, persediaan memborong, contoh produk berpotensi, melakukan urusan kewangan dan menghantar balik barangan ke Malaysia. "Tidak semestinya orang Cina, Melayu juga boleh dikatakan bijak melakukan pemasaran tetapi masih kurang yakin untuk keluar negara bagi meneroka pasaran borong yang jauh lebih murah," ujarnya. Atas kesedaran itu, beliau mengambil inisiatif mereka modul 'Kursus Memborong di China' khas untuk umat Islam. Usaha itu mendapat sokongan menggalakkan terutama di kalangan para pemborong Melayu. Kini, Anzac Consultancy turut menganjurkan rombongan memborong ke China dan negara sumber lain seperti Vietnam, India, Korea dan banyak lagi. Sementara itu, Kursus Memborong Di China bersama Mega mendapat respons daripada para peserta yang terdiri daripada usahawan berpengalaman, peniaga kecil-kecilan mahupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri borong. Antaranya, Razaly Abdullah, 60, pemilik Syarikat Perkhidmatan Zainal lebih dikenali sebagai Zainal Canopy yang menjalankan perniagaan sewa peralatan, pengendali dan perunding cara majlis sekitar Lembah Klang, Seremban dan Melaka. "Tujuan saya menyertai kursus ini adalah untuk mendapatkan panduan yang tepat berbanding sebelum ini. Apatah lagi masalah bahasa dijadikan kesempatan oleh para peniaga di China untuk mengambil untung atas angin. "Sebagai syarikat menyewa khemah dan kanopi di samping menjalankan perniagaan katering, saya kerap ke China untuk mendapatkan kelengkapan dengan harga borong," katanya sambil menambah, pasaran sewa beli khemah juga semakin sengit disebabkan pengurangan harga kos. Bagi Mohd. Yunus Mohd. Shaarif, 50, kursus seumpama itu membuka peluang perniagaan baru kepada usahawan kecilnya dan isteri yang sebelum ini memperoleh bekalan barangan jualan aksesori wanita dan kain ela dari Jogjakarta dan Bandung, Indonesia. Tambahnya, kebanyakan suri rumah memilih perniagaan seumpama itu memandangkan permintaan tinggi oleh komuniti sekitar disebabkan harga yang kompetitif di samping tidak perlu menempuh kesesakan jika membeli-belah di ibu kota. "Ramai berpendapat bahawa barang di Indonesia murah tetapi di China, harganya jauh lebih rendah dan pelbagai produk berkualiti ditawarkan serta menepati selera rakyat tempatan," katanya yang memiliki butik di USJ1, Subang Jaya. Suri rumah, Yusni Idris, 46, pula ingin mendapatkan pandangan dan maklumat terperinci akibat tertarik setelah membaca buku mengenai perniagaan borong yang selama ini dimonopoli para peniaga Cina. "Buku itu mengenai bagaimana untuk menjadi jutawan dengan menjalankan perniagaan berpotensi besar, salah satunya memborong. "Sebelum ini saya pernah berniaga kain ela secara kecil-kecilan tetapi kurang mendapat sambutan. Inilah hasrat saya untuk menceburi bidang perniagaan demi masa depan anak-anak," kata ibu kepada enam orang anak ini. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan pemborong, lawati laman web www.kursusborongchina.com.Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-