AMPANG: Tidak berpuasa dan hisap dadah. Itu pakej lengkap seorang bekas penyanyi wanita berkumpulan yang pernah popular pada sekitar pertengahan 90-an sebelum diberkas polis ketika masih berkeadaan khayal di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini, Ahad lalu.Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
Malah, ketika ditahan, artis terbabit berada dalam sebuah bilik bersama dua rakan lelaki dan dua wanita dalam keadaan ‘lalok’ termasuk sebahagian daripada mereka tertidur dan tidak menyedari kehadiran polis.
Menurut sumber polis, serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang memaklumkan sebuah rumah di kawasan terbabit dijadikan markas kumpulan terbabit menghisap dadah.
“Ketika serbuan, rumah terbabit dalam keadaan berkunci dan hasil intipan melalui tingkap polis ternampak tiga wanita dan dua lelaki berada dalam sebuah bilik.
“Mereka dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka positif dadah jenis syabu.
“Semua suspek terbabit yang berusia 17 hingga 30 tahun termasuk artis wanita itu yang berumur 28 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Artis terbabit sebelum ini pernah menganggotai sebuah kumpulan yang terdiri tiga gadis jelita pada 1997 dengan membawa konsep irama dangdut.
Dia mengundurkan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang kakitangan syarikat rakaman selain disebabkan menghadapi beberapa masalah peribadi.
Dengan kecantikan wajah yang dimilikinya, artis terbabit beralih arah dan aktif sebagai pelakon dan model sambilan.
Dia sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penahan artis wanita terbabit bersama empat rakannya.
Battery Reconditioning
6 years ago