MENERIMA anak angkatnya, Nur Aishah Aminah dalam dirinya banyak mengubah cara kehidupan aktres dan pengacara popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy). Walaupun Ogy kini perlu banyak berkorban terutama dari segi masa, dia melihat semua itu amat berbaloi kerana baginya kehadiran si kecil itu merupakan satu anugerah yang terindah. Mungkin dulu Ogy pernah menyatakan dirinya belum bersedia untuk bergelar ibu tetapi apabila wanita berusia 46 tahun itu mula memeluk dan menjaga Aminah sejak dia berusia 2 hari, Ogy tidak mahu berpatah balik. Ditambah dengan Aminah yang semakin seiras dengan wajahnya, Ogy mengaku dirinya dalam atmosfera amat bahagia. Cuma dia berharap Aminah tidak akan mengikut perangai dan telatahnya. Katanya dengan senyuman pada rakaman program Kecoh Petang Raya...Lagi!!!, "Muka Aminah sekarang sudah mula mengikut muka saya. "Memang benar apa yang dikatakan orang. Apabila kita menjaga seseorang anak angkat itu, muka dia akan mengikut muka kita. Sekarang, bukan sahaja muka tetapi perangai dia pun hampir sama. Saya cuma berharap di tidak 'laser' seperti saya kerana Aminah sekarang rajin bercakap," gurau Ogy. Namun, kebahagiaan yang dikecapi Ogy kini bukannya bermaksud dia tidak lagi berfikir mengenai suami. Sebagai seorang wanita solo, Ogy ada kalanya juga memerlukan sokongan dan bimbingan daripada lelaki bergelar suami. "Biarlah Allah yang menentukan soal itu. Apa yang penting jika lelaki itu ingin menjadi teman hidup saya, dia perlu memiliki sifat bertanggungjawab dan menerima saya serta Aminah seadanya. "Ini kerana hidup saya dengan Aminah amat bahagia sekarang. Jadi saya tidak mahu ada benda-benda yang tidak diperlukan untuk merenggang hubungan kami. Saya faham bukan semua lelaki boleh menerima wanita yang mempunyai anak," jelas Ogy lagi. Tidak kisah jika lelaki itu tua atau muda, Ogy cuma tidak mahu menidakkan perkahwinan sambil memberitahu bahawa dia tidak pernah mengelakkan diri daripada pernikahan walaupun selepas bercerai dengan aktor, Eman Manan. "Takdir perkahwinan tidak terletak di tangan saya. Dulu memang ada lelaki yang ingin mendekati saya tetapi waktu itu hati saya belum terbuka. Sekarang ini pun ada yang masih mencuba. Walaupun ada kalanya saya hendak berkahwin, hati saya sebenarnya belum terbuka sepenuhnya. Hati saya masih was-was, 50-50," tutur Ogy. Mahu anak jadi doktor Cerita Ogy lagi, Aminah yang kini berusia 1 tahun 8 bulan gemar berlakon dan menari apabila menonton filem P.Ramlee. Malah apabila dia menyaksikan lakonan ibu Ogy, Allahyarham Datin Saadiah, Aminah akan menyebut 'nenek'. Namun, Ogy tidak berapa gembira melihat gelagat anaknya yang semakin meminati dunia seni. "Saya jarang membawa dia ke lokasi penggambaran seperti apa yang dilakukan oleh ibu saya sewaktu saya kecil. Saya tak mahu dia jadi artis dan saya takut dia akan mengharungi apa yang saya lalui. "Tapi kalau dia berminat juga, dia perlu menghabiskan pengajiannya dahulu sekurang-kurangnya mendapatkan ijazah sarjana. "Bagi saya ilmu itu penting jika dia mahu menjadi artis sekalipun. Buat masa ini saya memang menaruh harapan supaya dia dapat menjadi seorang doktor," ujar Ogy yang akan menghantar Aminah ke sekolah Sri Garden International tahun depan. Mahu berehat sepanjang bulan Ramadan, Ogy hanya terlibat dalam muzikal istimewa Aidilfitri terbitan TV3, Kecoh Petang Raya... Lagi!!!tahun ini. Namun, dia sebelum itu sibuk dengan tele-filem terbitan syarikat produksinya, Tersungkur Di Pintu Syurga yang bakal disiarkan pada 9 Oktober nanti, penggambaran Diva-Diva Pencen dan drama Benci Tapi Rindu. Mengakui dirinya masih berlakon tetapi lebih selektif, Ogy mahu melihat bagaimana satu-satu watak itu mencabar dirinya sebelum menerimanya. Namun, mencabar baginya tidak bermaksud perlu melakukan aksi terlampau atau menjalani transisi penampilan secara drastik. Baginya, watak yang ringkas seperti Bridget Jones's Diary lakonan Renee Zellweger juga mencabar. "Sejarah dan latar belakang watak itu amat penting tetapi bagi saya semuanya amat mencabar. Contohnya seperti watak Renee dalamBridget Jones's Diary, watak itu kelihatan ringkas tetapi Renee telah memberi nyawa kepada peranannya. Jika tidak filem itu akan menjadi mendatar. Saya juga berharap saya mampu memainkan watak-watak sedemikian," ujar Ogy. Selain mahukan watak mencabar, Ogy juga berharap dirinya diberi watak lebih matang. Bukannya apa, sejak kebelakangan ini, Ogy sering digandingkan aktor muda seperti Ady Putra, Eizlan Yusof dan Arash Mohd. Disebabkan terlalu ramai hero muda di sekelilingnya, Ogy risau akan pandangan orang luar yang mungkin berpendapat dia sukakan lelaki muda. "Mana semua aktor matang? Jangan salah faham, saya bukannya ada masalah berlakon dengan aktor muda. Cuma jika dilihat dari segi fizikal, kami mempunyai terlalu banyak perbezaan. "Tapi dari segi lakonan, kami amat serasi dan kami saling menghormati. Cuma ada kalanya saya mahukan hero lebih matang supaya lebih bersesuaian dengan usia saya," kata Ogy yang ingin berlakon dengan Rosyam Nor. Ogy bukan Diva Menjadi antara artis yang sering kali dikaitkan dengan cerita negatif, Ogy baru-baru ini dikatakan berlagak diva semasa menjayakan pementasan Intan Yang Tercanai, karya Datuk Nordin Hassan yang dipersembahkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 8 hingga 12 Julai lalu. Ogy yang tidak pasti bagaimana cerita itu timbul lebih suka mendiamkan diri. Tetapi apabila ditanya wartawan, dia menafikan bahawa dirinya berlagak diva dan tidak faham mengapa namanya dikaitkan atas tuduh sebegitu. "Sebenarnya saya juga mahu masuk ke bilik bersolek yang biasa seperti pelakon lain. Tapi sebelum saya sempat masuk, saya telah dibawa ke bilik VIP oleh pihak DBP tanpa saya minta. "Pelakon lain seperti Juhara Ayub dan Norzizi Zulkifli juga ditawarkan ke bilik VIP untuk menyiapkan diri tetapi mereka menolak. Lagipun bilik solek yang ada itu amat kecil dan bayangkan lebih kurang 60 orang sedang menyiapkan diri. "Jadi tanpa berfikir panjang, saya terus menyiapkan diri dan membuat persembahan. Justeru itu, saya amat terkejut apabila mendengar cerita itu. Tapi saya tidak marah malah berasa kelakar kerana tiba-tiba nama saya menjadi popular," tambah Ogy. Selain daripada cerita diva Ogy, aktres itu juga dikatakan mempunyai masalah dengan Jamal Abdillah apabila membatalkan penyertaannya sebagai Pengarah Artistik untuk konsert Jamal....Kembara Senimanpada 5 hingga 9 Ogos lalu di Istana Budaya (IB). Ogy yang menolak tawaran itu mengundang pelbagai persepsi daripada umum apabila aktres itu tidak tampil menjelaskan perkara sebenar sebelum ini. "Macam mana saya hendak menjelaskan perkara itu apabila tidak ada orang yang tampil untuk bertanya? Jadi saya hanya berdiam diri sahaja. Sebenarnya saya terpaksa menolak tawaran itu kerana terbabit dengan penggambaran tele-filem, Tersungkur Di Pintu Syurga. "Bukannya sebab saya mempunyai masalah dengan Jamal. Jika saya berpeluang pada masa akan datang, saya pasti akan bekerjasama dengannya," katanya.Oleh JESSABELL SOO
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-