ADA sebab anak bujang berusia 33 tahun ini tidak betah duduk di kampung lama-lama untuk berehat mahupun berhari raya. Tiga hari sudah cukup buatnya. Lebih daripada itu, 'kutu-kutu' resah mula merayapi dirinya. Bukan tidak mahu tinggal lama di desa tercinta di Terengganu, tapi pemikiran sudah merewang ke kota. Maka hanya jasad yang berada di kampung. "Ayah dan ibu saya sering ke Kuala Lumpur, jadi selalu saya bertemu dengan mereka," ujar personaliti TV3, Ally Iskandar. Dia merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik. "Bukan tidak mahu lama-lama. Pertama sekali, saya fikirkan kerja. Kedua, saya sangat dimanjakan di rumah hingga tidak tahu apa mahu dibuat dan ketiga, adalah pertanyaan berulang yang kerap ditanya kepada saya, bila nak kahwin? "Itulah soalan wajib setiap tahun," ujarnya ketawa mengingatkan sambutan Aidilfitrinya saban tahun. Bicara Ally lagi, suatu ketika, pernah dia ada jawapan wajib untuk soalan keramat itu. Dulu katanya, dia menunggu Datuk Siti Nurhaliza namun selepas penyanyi terkenal itu sudah pun bersuami, dia hilang akal. Paling senang jawapan 'selepas raya' diberikan tetapi dia sendiri tidak tahu raya tahun bilakah statusnya akan bertukar. Akui Ally, jarang-jarang sekali kakinya menjejak Gong Badak, Kuala Terengganu. Kalau bukan kerana menyambut Syawal, sekali dua sahaja dalam setahun dia menjengah negeri Pantai Timur tersebut. "Tiap kali saya melangkah ke rumah, ibu saya akan tanya dua soalan. Pertama bertanyakan perjalanan saya dan kedua soalan wajibnya adalah 'Dah jumpa dah?' merujuk kepada menantu yang dinantikannya," tutur Ally yang kini sudah biasa dengan situasi tersebut. Tunggu dipikat wanita Mengaku sedikit tertekan dengan soalan yang berulang-ulang itu, malah melihatkan rakan-rakan dan sanak saudara sebaya yang sudah berkeluarga, dia mula terfikirkan hala tuju hidupnya. Faktor lambat bertemu jodoh ini dirungkaikan. Katanya, mungkin kerana masa dan kerjaya. "Orang bercakap tentang harapan dan cerewet. Bagi saya memang kita kena betul-betul bila membuat pilihan. Takut juga tersalah pilih," ujarnya yang juga gusar memikirkan takut nanti ada polemik peruntukan masa dan fokus terhadap teman wanita dengan kerjanya yang sibuk sekarang. Maka, Ally berterus-terang dia masih solo dan sedang mencari lagi. Ditanya soal kriteria wanita yang akan didampinginya, adakah ia berubah seiring usia, dia mengangguk. Kata Ally, kriteria gadis itu sentiasa berubah dan hingga satu puncak iaitu sekarang ia sudah menjadi tidak ada langsung kriteria untuk menjadi pasangannya. "Saya menunggu si gadis yang berjaya mencuit hati ini dan jika berjaya saya akan berusaha mendapatkannya," ujarnya yang rela jika tiba-tiba si Hawa yang memulakan perkenalan. "Kenapa perlu ada diskrimasi dalam bab dating atau mengajak keluar. Saya rasa itu adalah keberanian seseorang, jadi saya tidak kisah. Malah, jika ada wanita yang mahu memulakan dulu, itu terserah," senyum Ally. Ada waktu sunyi yang menjentik seorang Ally Iskandar saat dia sendiri. Lihat di kaca televisyen, dia adalah antara jejaka yang sibuk mencari pendapatan ke sana sini malah semakin murah rezeki yang dilimpahkan kepadanya. Namun, kesibukan itu mengundang sunyi malah menusuk dalam hati ketika dia seorang diri di rumah. "Bila saya tidak keluar rumah dan bosan, mulalah saya rasa sunyi. Kawan-kawan juga tidak ada untuk keluar. "Ditambah pula kalau saya keluar rumah seorang diri dan membeli barangan yang merepek-repek. Itu tandanya memang saya sedang dalam kesunyian," gelaknya yang membayangkan membeli figura aksi dan kemudian pulang hanya merenungnya di rumah. Bagaimanapun, kesibukan kini adalah limpahan kerja kerasnya selama 10 tahun dalam bidang kewartawanan. Menurut Ally lagi, hanya pada tahun kelapan dia menyedari bahawa banyak tawaran datang dan khalayak semakin sedar akan kelibatnya di kaca televisyen. Dia adalah selebriti yang menjadi pujaan hati mak cik-mak cik yang tidak pernah terlepas menonton Ally baik di konsert Jom Heboh mahupun program Malaysia Hari Ini di TV3. Melihat dia disapa dengan senyuman dan gelak tawa kaum veteran, jelas dia adalah menantu pilihan ibu. Singgah Sahur "Walaupun sudah lapan tahun di MHI tetapi saya masih rasa perjalanan jauh yang harus saya tempuhi untuk pembelajaran. Dan saya pergi sejauh mana yang saya boleh dalam bidang ini. "Bagi saya, seseorang itu boleh dijadikan idola atau ikon hanya apabila dia menjadi rujukan banyak pihak serta menjadi nama sebutan ramai seperti Siti Nurhaliza," ujarnya yang turut menamakan Aznil Haji Nawawi dan Suhaimi Sulaiman sebagai contoh. "Untuk bulan Ramadan pula saya sibuk dengan program Singgah Sahur yang sudah saya kendalikan selama lima tahun. Bulan puasa, bebanan kerja saya akan berganda kerana bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain untuk program ini. "Cabarannya memang hebat," ujarnya yang sudah membuat penggambaran program tersebut di Johor, Kelantan, Pahang dan Sabah di bawah penerbit Fadzli Ramli dengan krew seramai 13 orang. Mendekati produksi ini di Mentakab, Pahang dengan diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin, saya tahu sebab Ally selesa dan gembira dengan program wajib Ramadan ini. Cara mereka mendekati khalayak yang kurang berkemampuan sekali gus membuatkan kita sedar bahawa ada cerita malang dan sedih yang terselit di luar sana. Jujur Ally bersuara: "Melalui program ini saya dapat menyelami perasaan orang yang dilanda malang seperti tsunami atau kehilangan orang tersayang akibat kemalangan. Juga dapat mendekati orang yang tidak berkemampuan. "Kita hanya mendengar tetapi mereka berdepan dengan keadaan itu setiap hari. Cerita-cerita itu tersendiri dan sangat bermakna." Jelas selain melayan kekosongan hatinya yang masih mencari, dia juga meneliti kesepian dan sedihnya hidup insan lain untuk dijadikan rujukan.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-