HIDUP membujang mungkin mencabar bagi sesetengah orang. Tiada lagi belaian manja ibu di sisi apatah lagi pemberian wang daripada ayah tersayang. Segalanya perlu dilakukan sendiri. Duit poket juga ada kalanya perlu dicatu bagi memastikan cukup makan di penghujung bulan. Tidaklah nanti mee segera menjadi santapan ruji. Masa juga penting kerana kain baju juga perlu dibasuh sendiri. Setidak-tidaknya perlukan masa untuk dihantar ke dobi dan tanggungjawab juga sudah semakin besar. Ada yang membujang kerana mendambakan ilmu dan ada juga kerana merantau mencari rezeki. Melihat hakikat ini, barangkali ada antara pembaca kecil yang membayangkan betapa sukar hidup membujang. Namun bagi mereka yang telah melepasi fasa itu, ia mungkin menjadi kenangan paling indah. Sebabnya mudah, sebagai orang bujang, perbuatan anda tiada yang melarang. Lakukanlah apa sahaja, siapa yang peduli? Bukankah aku sudah dewasa dan tahu berfikir? Ibu dan ayah di kampung bukan tahu apa yang kita dilakukan. Bebasnya si orang bujang sudah lama diakui orang. Buktinya, lirik lagu klasik Indonesia terkenal berjudul Jali Jali, turut menceritakan betapa orang bujang tidak ada yang mengongkong. "Paling enak si mangga udang Hei sayang di sayang Pohonnya tinggi, pohonnya tinggi buahnya jarang, Palinglah enak si orang bujang Sayang, Ke mana pergi, ke mana pergi Tiada yang larang" Namun kebebasan itu perlu diakui sebagai antara punca kepada tewasnya ramai anak muda kepada cabaran hidup. Mereka ada kalanya gagal membuat pilihan terbaik dalam menentukan masa depan hingga akhirnya terperosok di balik jeriji besi. Seperkara menarik hidup membujang pastinya hadir di bulan Ramadan. Kala itu, masing-masing mula perlu merencana, di mana mahu mendapatkan juadah berbuka dan bagaimana pula mahu memastikan juadah yang ada tidak basi sebelum sahur? Mahu atau tidak, semua itu perlu diambil kira. Jika di rumah, sudah tentu masakan ibu menjadi pujaan. Tetapi adat hidup membujang, masakan ibu hanya menjadi sesuatu untuk dirindui. Menyediakan juadah berbuka, ada yang mengambil mudah. Bagi mereka, bazar-bazar Ramadan pastinya sesuatu yang wajib dikunjungi tiap hari. Sebutlah apa sahaja, semuanya tersedia. Cuma menanti duit dihulur. Bagi segelintir lain, memasak sendiri mungkin menjadi pilihan. Biarlah hanya berlaukkan sardin, sambal ikan bilis hatta cuma telur goreng dan kicap sekali pun. Asalkan kenyang dan dapat berjimat menempuh hari esok sudah memadai. Itu baru cerita berbuka. Di waktu sahur pula tentunya orang bujang lebih tidak banyak ragam. Cabaran terbesar mungkin bukan apa hendak dimakan, tetapi bagaimana mahu memastikan terjaga pada waktu yang tepat sebelum imsak. Menyelami kehidupan orang bujang di bulan Ramadhan, MEGA baru-baru ini berkunjung ke Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk merasai pengalaman bersahur beramai-ramai. Tentunya, deretan yang hadir terdiri daripada orang bujang dengan usia lingkungan 20-an. Seawal jam 3.45 pagi (15 minit sebelum pintu pagar masjid dibuka), sudah berduyun-duyun motosikal dan kereta menunggu untuk masuk ke perkarangan masjid. Sebaik ke tempat juadah disediakan, kedinginan pagi tidak lagi terasa. Masing-masing sudah mula beratur mengambil pinggan untuk diisi dengan juadah disediakan hari itu (kari daging dan tempe goreng serta buah tembikai). Seronok melihat anak muda berduyun ke masjid. Terdetik juga di hati mengetahui bagaimana mereka menghadapi Ramadan. Sedang enak mereka menjamu selera, seorang demi seorangMEGA dekati. Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Wan Irsyad Wan Ishak, 22, tidak menafikan hidup membujang membawa cabaran tersendiri untuk dihadapi. Baginya, perkara pertama perlu dipertimbangkan dalam pemilihan juadah berbuka adalah soal kos selain suasana tempat untuk berbuka. "Memanglah di bulan puasa ini dapat berjimat kerana kita tidak makan di waktu siang. Tetapi, penjimatan tetap perlu dibuat bagi memastikan persiapan menghadapi Aidilfitri lengkap. "Sebagai pelajar, aspek kewangan perlu dititik beratkan kerana kami tidak mempunyai pendapatan tetap. Takkanlah hendak minta pada keluarga selalu," katanya. Justeru, bagi memastikan beliau dapat lebih berjimat, Irsyad bersama rakan-rakannya lebih gemar berbuka dan bersahur di Masjid Sultan Salahuddin yang menyediakan makanan percuma. Menurutnya, beliau sudah mengetahui mengenai program sebegitu sejak dua atau tiga tahun lepas dan peluang keemasan untuk menikmati makanan percuma dan menyelerakan di masjid tidak dilepaskan. "Saya selalu ke sini. Selain berjimat, saya terkenang kembali kehidupan di asrama ketika bersekolah dahulu bersama rakan-rakan beratur beramai-ramai mengambil makanan," katanya. Tenaga pengajar di sebuah kolej swasta, Mohd. Auzan Abd. Aziz, 24, pula menyifatkan kedatangan Ramadan sebagai ruang baginya untuk terus mengukuhkan silaturrahim di antara rakan-rakan. Beliau berkata, hubungannya dengan rakan-rakan bertambah erat apabila mereka saling sering bekerjasama untuk menyediakan makanan bagi berbuka puasa dan bersahur. "Contohnya, saya bersama rakan-rakan akan membeli satu jenis lauk setiap seorang. Bila dikumpulkan, maka ia akan menjadi banyak dan dapat dinikmati semua," katanya. Bagaimanapun beliau tidak menafikan suasana berpuasa di kampung bersama keluarga adalah sesuatu yang dirindui setiap kali Ramadan. "Ia adalah sesuatu yang manis. Saya sendiri akan pulang ke kampung pagi ini bagi menikmati saat itu," katanya, Seorang pekerja kilang, Mohd. Faizal Najib, 23, berkata, golongan bujang sepertinya sentiasa menghargai setiap pemberian daripada pihak-pihak tertentu untuk mereka menjalani ibadah puasa. Beliau yang kali pertama bersahur di masjid memberitahu, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan di samping menggalakkan anak muda sepertinya datang beribadat di masjid. Beliau berpendapat, aktiviti seperti itu seharusnya digunakan anak muda untuk datang ke masjid dan melakukan amal ibadat seperti qiamullail atau solat sunat sebelum bersahur. "Anak-anak muda juga boleh menunggu untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah sebelum pulang. Pastinya aktiviti yang sihat bagi melahirkan modal insan," katanya. Tidak hanya rakyat tempatan, beberapa warga asing turut dilihat menikmati juadah sahur disediakan. Penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Asghar Khan, 36, berkata, bagi perantau bujang sepertinya, persiapan bersahur dan berbuka seringkali dilakukan secara ala kadar sahaja. Namun katanya, beliau berbesar hati kerana dapat sama menumpang rezeki di negeri orang apabila turut diberi peluang bersahur dan berbuka di masjid itu secara percuma. "Syukur saya dapat sama-sama menikmati makanan di sini. Kebiasaannya saya akan hanya ke kedai mamak berdekatan untuk bersahur. "Tetapi di sini saya lebih yakin terhadap kebersihan dan status halal makanan itu. Apa yang membuatkannya lebih baik, saya dapat mempelajari secara lebih mendalam mengenai agama Islam melalui kuliah subuh dan tafsir al-Quran yang diadakan selepas solat subuh," ujarnya. Sementara itu, Imam Besar masjid tersebut, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin memberitahu, amalan berbuka puasa, bersahur serta moreh beramai-ramai di masjid itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi. Menurutnya, sebanyak RM360,000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi menampung pembelian makanan setiap hari di sepanjang Ramadan. Daripada jumlah itu katanya, RM43,500 dibelanjakan hanya untuk bekalan makanan sahur bagi 300 orang pada setiap malam. "Bagaimanapun ia bukanlah jumlah yang tetap. Kami akan menambah peruntukkan itu bergantung kepada jumlah pengunjung," jelasnya. Beliau menambah, pihak masjid akan memulakan ibadat qiamullail setiap hari pada 10 malam terakhir Ramadan. "Kita harapkan sambutan lebih baik dari orang ramai untuk memenuhi ruang masjid bagi mencari keberkatan pada 10 malam terakhir Ramadan bermula jam tiga pagi," katanya.Oleh MOHD. RAFIE AZIMI rafie.azimi@utusan.com.my
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-