AIDILFITRI kian hampir. Tidak lama lagi beribu-ribu penghuni kota akan mengikuti arus 'balik kampung' untuk menyambut perayaan ini bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menasihati mereka yang balik kampung supaya berwaspada terhadap selesema A (H1N1) ketika negara sedang bersiap mendepani kemungkinan adanya 'gelombang kedua' penyakit itu. "Saya yakin dengan sistem pemantauan dan rawatan untuk orang ramai. Bagaimanapun saya nasihatkan mereka yang demam supaya jangan menyembunyikan masalah itu", kata beliau, sambil mengingatkan mereka yang demam teruk lebih daripada 48 jam hendaklah mendapatkan rawatan segera. Liow berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pandemik Influenza A (H1N1) Kebangsaan 2009 di sini baru-baru ini. Persidangan satu hari itu dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia. Liow melahirkan kebimbangan beliau kemungkinan meningkatnya jangkitan selesema itu semasa musim balik kampung ini. Influenza Influenza ialah penyakit respiratori yang senang berjangkit. Influenza biasanya terlibat dengan jangkitan setempat yang berlaku di institusi seperti sekolah berarama penuh, menurut Dr K.B.Chua. Semasa membicarakan topik 'Aspek Sejarah Virologi A (H1N1) Pandemik dan Semasa' pada seminar itu, Dr Chua berkata epidemik boleh berlaku bila-bila masa tetapi lebih ketara pada musim sejuk di negara iklim sederhana atau bulan yang mempunyai kelembapan tinggi di negara-negara lain. Menurut beliau, virus influenza A (H1N1), seperti virus selesema yang lain, ialah daripada genus Orthomysovirus dalam famili Orthomyxoviridae. Walaupan bagi orang dewasa yang sihat dan serangan selesema hanya sekejap sahaja, jika melibatkan ramai pesakit dalam epidemik boleh menyebabkan adanya kematian. Menurut beliau, pandemik selesema dalam kurun ke20 (1918/9, 1957, 1968) ialah disebabkan munculnya virus 'subtype' yang baru, apabila hos manusia tidak mempunyai perlindungan imuniti. Penjagaan pesakit luar Sementara itu, Dr Christopher K.C. Lee dari Hospital Sungai Buloh berkata rawatan jangkitan influenza A (H1N1) ialah sama dengan rawatan selesema dari segi beberapa aspek. Semasa membentangkan topik 'Manisfestasi Klinikal dan Penjagaan Pesakit Luar Influenza A (H1N1)' pada seminar yang sama, Dr Lee dari Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan, berkata manifestasi klinikal influenza A (H1N1) ialah sama dengan selesema bermusim tetapi wujudnya beberapa kelainan yang ketara. Antaranya ialah cirit-birit yang kerap serta muntah. Terdapat juga peningkatan risiko bagi mereka yang mempunyai obesiti dan wanita mengandung terutama dalam trimester ke2 dan ke3. Juga jumlah yang besar bagi mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana komplikasi berkaitan selesema. Jelas sekali pesakit yang mempunyai 'comorbidity' seperti mereka yang menghidapi penyakit respiratori kronik seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik, wanita mengandung, mereka yang obes serta penyakit kronik yang lain iaitu diabetis, kegagalan ginjal serta kegagalan jantung kongestif, menghadapi risiko tinggi berlakunya komplikasi jika dijangkiti influenza A (H1N1). Mereka yang mempunyai daya imuniti rendah juga mempunyai risiko komplikasi jika dijangkiti influenza A (H1N1).Kata Dr Lee, pesakitpesakit inilah yang perlu dirawat dengan antiviral selesema seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) sebaik sahaja menunjukkan gejala dan tanda penyakit yang menyerupai selesema. Syor WHO Menurut Dr Lee, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan langkah rawatan sokongan dan simptomatik yang lain. Antaranya rehat dan hidrasi yang cukup, ubat antipiretik untuk kelegaan simptomatik dan juga penggunaan antibiotik yang sesuai bagi mereka yang menghidapi jangkitan kuman. Penggunaan antibiotik secara profilaksis dan juga kortikosteroid tidak digalakkan, kata beliau."Apa yang penting, pesakit mestilah diajar memantau keadaan mereka sendiri", jelasnya. Kit H1N1 Dalam perkembangan yang lain, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata orang ramai yang balik kampung digalakkan membawa kit H1N1 yang mengandungi penutup muka, paket tisu dan botol kecil sanitizer tangan. Beliau menasihati mereka supaya turut berbuat sedemikian ketika keluar membeli belah atau melawat sanak saudara. Pihak berkuasa kesihatan juga menasihati orang ramai yang mempunyai tanda dan gejala demam selesema agar memakai penutup mulut dan hidung jika ke tempat awam. Antara nasihat yang lain ialah: Jika anda sakit dan perlu balik kampung, hindarkan daripada memeluk dan mencium ibu bapa yang sudah lanjut usia, mereka yang tua, kanak-kanak berumur di bawah dua tahun, dan mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi kerana mereka boleh dijangkiti dan mendapat komplikasi. Kalau anda tidak sihat, tangguhkan lawatan anda ke rumah sanak saudara dan rakan dan kalau boleh, tidak pergi menghadiri kenduri atau rumah terbuka. Selamat Hari Raya dan berwaspadalah terhadap virus influenza A (H1N1). BERNAMA
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-