MEMASAK pada sesetengah orang sungguh menyusahkan. Mereka tidak suka terperuk lama di dapur dalam keadaan yang panas dan berasap. Ada juga yang merasakan untuk memasak satu-satu masakan itu, memerlukan bahan-bahan yang banyak dan sukar dicari. Ada juga menyatakan tidak ada masa untuk memasak kerana bekerja. Inilah yang menyebabkan ada antaranya yang lebih suka makan di luar atau membeli sahaja. Namun dalam keadaan ekonomi yang gawat serta harga makanan yang melambung naik, maka adalah lebih baik untuk mengamalkan jimat cermat iaitu memasak sendiri daripada membelinya. Bagaimanapun memasak ini sebenarnya tidak ada paksaan kerana tepuk dada tanya selera. Sekiranya seseorang itu benar-benar ingin berjimat dan memberi peluang kepada anak-anak dan suami merasa air tangan sendiri, maka ia harus dimulakan dengan memasak kerana banyak dihabiskan untuk membeli masakan. Memang tidak dinafikan sempena bulan puasa ini, tarikan bazar-bazar Ramadan begitu menggamit-gamit kedatangan pengunjung dengan pelbagai juadah, namun apa kata pada tahun ini, kita memasak sendiri. Jika kena dengan caranya, ia cukup mudah malah bahan-bahannya tidak banyak dan senang dicari, yang pasti boleh memberi satu kejutan kepada orang tersayang. Buku masakan nukilan chef, penulis buku masakan dan penulis tamu, Noorliza Kamarudin, 51, Senangnya Memasak boleh membantu golongan yang baru belajar memasak atau yang ingin mempelbagaikan juadah untuk keluarga. Selain resipi, dimuatkan juga gambar langkah demi langkah memasak. Lagi istimewa turut disertakan tip, khasiat dan petua setiap masakan yang dimasak. Ini pasti membuat aktiviti memasak menjadi lebih mudah dan santai serta tidak ada alasan lagi bagi mengelak daripada berada di dapur. Bahkan, mereka yang pertama kali memasak pun boleh menghidangkan masakan yang lazat. Menurut Noorliza yang mahu dikenali sebagai Chef Hanieliza, koleksi buku Senangnya Memasak ini mengandungi 15 tajuk iaitu ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan Barat, makanan laut, bihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan pencuci mulut, ikan, kuih kukus dan kuih muih minum petang. 23 resipi pilihan ‘‘Tetapi buat masa ini hanya sembilan buah buku berada di pasaran, manakala enam lagi akan menyusul kemudian. Dijangka selebihnya akan diterbitkan sebelum hari raya. Setiap set buku resipi Senangnya Memasak ini mengandungi 23 resipi pilihan seisi keluarga dengan harga RM5.50 setiap naskhah,’’ katanya. Menurut Hanieliza yang banyak menghabiskan waktu remajanya di dapur bagi membantu neneknya yang membuat bisnes katering, cabaran untuk menyiapkan buku ini memang banyak. ‘‘Ini kerana ia dilakukan oleh saya seorang. Dari mula membeli barang di pasar, memasak hinggalah mengambil gambar, semua dilakukan sendiri. ‘‘Kadangkala itu ada bahan yang terlupa nak beli, kena pergi ke pasar semula, sayur dah layu dan macam-macam lagi,’’ ceritanya yang berasal dari Kampung Nakhoda, Batu Caves tetapi telah menetap di Terengganu hampir 27 tahun kerana mengikut suami bertugas di sana. Katanya, satu buku boleh disiapkan empat hingga lima hari dan yang paling lama disiapkan ialah dua minggu. Dalam menyiapkan buku ini, saya selalu sasarkan satu hari, enam masakan dimasak. Sebab itulah sembilan buah buku itu boleh siap hanya dalam masa beberapa bulan sahaja. Ditanya bagaimana mendapat idea mereka resipi-resipi tersebut, Hanieliza yang sememangnya peramah memberitahu, ini kerana suaminya tidak suka makan di luar dan mahukan makanan yang cepat dimasak. ‘‘Oleh itu saya harus memasak beberapa jenis masakan dalam jumlah yang sedikit setiap hari dengan kadar yang cepat. Inilah yang menyebabkan kebanyakan resipi saya telah diolah dengan hanya mengandungi bahan-bahan yang mudah dicari dan cepat dimasak. Kebanyakan masakan itu juga tidak memerlukan waktu yang lama terperuk di dapur,’’ kata ibu kepada lima orang anak yang turut mengadakan kelas masakan di sekitar Terengganu. Beliau yang juga pengajar untuk kelas bakeri, kuih tradisional dan masakan di sekitar Terengganu menjelaskan, empat buku pertama diterbitkan telah pun habis di pasaran kerana permintaan sungguh memberangsangkan. ‘‘Ada yang datang ke rumah atau e-mel kepada saya untuk mendapatkan buku-buku itu yang sudah tiada di kedai-kedai buku seperti MPH, Borders, Times, Kinokuniya. Oleh itu dinasihatkan bagi yang ingin mendapatkannya bolehlah memesannya di www.pts.com.my,’’ katanya turut mempunyai laman web: hanieliza.blogspot.com bagi yang ingin bertukar-tukar pandangan mengenai masakan.Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-