BOLEH ceritakan tentang keluarga puan? Suami saya meninggal kira-kira empat tahun lalu. Beliau dipanggil Allah tidak lama, sakitnya hanya 15 hari. Lima hari di rumah dan dibawa ke hospital, 10 hari kemudian beliau pun pulang ke sisi Allah SWT. Beliau mengidap Hepatitis B. Memang gelap rasanya perasaan saya kala itu. Hampir tak mampu memikul beban amanah yang ditinggalkan. Bayangan wajah empat anak datang bertandang silih berganti, juga nasib diri yang terkontang-kanting keseorangan di rantau orang. Mahu rebah saya dibuatnya. Apa pusaka yang ditinggalkan? Tiada harta buat saya dan anak-anak. Rumah yang kami diami ini pun adalah rumah sewa. Alhamdulillah, sewanya RM350 dibayarkan oleh pihak zakat. Ada tak ada pun, itulah di luar sana, sebuah motosikal lama menjadi kenangan beliau. Dengan motosikal itulah saya bergerak ke sana ke mari, menghantar anak dan mencari rezeki. Mujurlah arwah suami saya, orang yang kuat dengan jemaah. Semasa dalam kesusahan dahulu, ramai sahabatnya yang datang menghulurkan bantuan. Juga jiran-jiran yang tidak lokek memberi sokongan. Dengan bantuan merekalah, saya mampu meneruskan kehidupan anak-beranak. Di mana kaum keluarga dan sanak-saudara? Saya orang seberang. Mak dan ayah pula, bukanlah orang senang untuk datang ke sini. Sementara itu, keluarga sebelah suami saya juga bukanlah kaya. Mereka memang ada membantu setakat termampu. Lagi pun, yang tinggal hanyalah ipar duai, emak dan bapa mertua saya sudah lama meninggal. Alhamdulillah, nazir di tempat saya tinggal ini memang aktif orangnya. Setelah mengesan kesusahan kami sekeluarga, mereka memberikan nama dan akhirnya saya didaftarkan sebagai penerima zakat. Maka, sejak tahun 2005 kami sudah dibantu. Di ruang tengah rumah ibu muda ini, terdapat tiga mesin jahit. Juga peralatan-peralatan yang sesuai. Saya dahulu tidak reti menjahit. Namun, setelah kematian suami saya cuba menjahit. Alhamdulillah, bakat yang terpendam itu pun akhirnya menjadi kenyataan. Bahkan, seorang sahabat saya meminjamkan sebuah mesin jahit lama buat saya mencari rezeki. Setelah mendaftar sebagai asnaf di LZS, saya mengikuti kursus-kursus keusahawanan dan kemahiran. Dari sanalah, terbit rasa keyakinan untuk menjadi seorang usahawan. Berbekalkan bakat menjahit yang sudah diasah, saya mencuba memohon bantuan modal perniagaan. Alhamdulillah, LZS memberi sokongan. Saya diberi modal permulaan RM5,000 dan juga modal pusingan bagi membeli mesin jahit dan mengambil tempahan. Saya bermula dari kecil, hingga kini saya sudah memiliki mesin jahit lurus, jahit tepi dan juga jahit sulam. Mesin jahit lama milik kawan saya masih simpan sebagai bukti kesungguhan. Bagaimanakah perasaan kini? Maklumlah, puan berasal dari seberang, tidakkah wujud sedikit perbandingan di antara negaranya dan negara Malaysia, khususnya Negeri Selangor. Sebenarnya, saya amat bersyukur kerana diberi pelbagai jenis bantuan ini. Saya mengaku, semua ini sebenarnya tidak akan saya perolehi di negara saya. Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur. Inilah bukti keberkesanan zakat apabila diuruskan secara baik dan telus. Ia bukan sahaja mampu membantu sesama umat Islam; bahkan lebih utama mengangkat maruah umat Islam daripada diinjak dan direndah-rendahkan oleh orang lain. Kami ralit mendengar kisah ibu tunggal beranak empat ini. Juga kagum dengan suasana rumahnya yang kemas dan rapi. Anak-anaknya sudah siap berpakaian sekolah, menanti waktu untuk pergi. Bertuah mereka memiliki ibu setabah Munawaroh. Sehingga saat ini, keluarga ini bukan sahaja diberi bantuan modal perniagaan kira-kira RM10,000, bahkan mereka turut mendapat bantuan bulanan RM350 untuk sewa rumah, bantuan pelajaran anak-anak bernilai RM1,500 dan bantuan persiapan menyambut Ramadan berjumlah lebih RM700. Kini, ditambah dengan pendapatan bulanan yang puratanya mencecah RM400, maka Munawaroh sudah mampu tersenyum menguruskan hal ehwal keluarganya. Beliau kini ditemani adiknya yang datang dari Indonesia bagi membantu keperluannya. Beliau turut berangan-angan, akan mempunyai premis perniagaan sendiri bagi membesarkan kedai jahitannya. Saya tahu, bahawa 'tangan yang di atas itu adalah lebih mulia daripada tangan yang di bawah'. Bahkan saya berazam, jika suatu hari nanti saya sudah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan ini, maka saya akan menjadi 'tangan yang di atas' sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi SAW.Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-