KEHIDUPAN Nazimah Mohd. Yunus, 39, dan suami, Mohd. Ali Mohd. Nordin, 40, di awal perkahwinan mereka cukup bahagia. Makan minum dan pakaian, serba serbinya ada. Namun, ujian Allah ke atas suaminya dengan lima jenis penyakit pada tahun 1999 mengubah episod ceria hidup Nazimah lapan beranak. Kata beliau, suaminya yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Shah Alam terpaksa berhenti kerja berikutan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan. "Suami saya menghidap darah tinggi, gout, kencing manis, reflux (masalah dalam perut) dan asma. Lebih malang, beliau tidak boleh makan. "Bila makan saja akan muntah. Ada sejenis alat untuk mengesan refluxtetapi saya tak mampu beli sebab harganya RM950. "Buat masa ini hanya bertahan dengan ubat yang berharga RM40 sekotak. Biasanya suami saya perlukan dua kotak sebulan," katanya dalam pertemuan dengan MEGA di rumahnya di Bukit Sentosa, Selangor, baru-baru ini. Program ziarah itu turut disertai oleh Pegawai Pena Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Hamizul Abdul Hamid. Semasa ditemu bual petang itu, dua daripada enam anaknya iaitu Emmy Eizlin, 11, dan Mohd. Idham, 9, sedang mengulang kaji pelajaran. Empat lagi anaknya berusia antara lapan ke-15 tahun. Anak sulungnya, Emmilia kini belajar di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Emylina, 14, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu manakala Mohd. Izlan, 13, di SMK Bukit Sentosa. Anak bongsu, Emmy Aina, 8, bersama Idham dan Eizlin belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beruntung 2. Keadaan kewangannya semakin meruncing apabila Nazimah yang berasal dari Kelang, Selangor terpaksa berhenti kerja sebagai Eksekutif Pentadbiran pada tahun 2000 untuk menjaga suaminya yang sakit. Sejak itu, kehidupannya semakin sempit. Mana hendak mencari wang untuk membesarkan enam anak, mana lagi hendak mencari sumber rawatan penyakit suami. Namun, dia tidak berputus asa. Pelbagai usaha dilakukan bagi mencari rezeki halal. Ini termasuklah berniaga pisang goreng. Bagaimanapun, serangan asma suaminya yang tidak menentu menyebabkan perniagaan itu juga tidak mampu bertahan. "Saya masih ingat semasa anak sulung berumur tujuh tahun, hidup kami amat susah. Duit memang langsung tidak ada. "Nak beli beras, saya pun kutip duit syiling dapatlah RM1.50. Dengan itulah saya beli setengah kilogram beras dan buat bubur," katanya sambil mengekang air mata mengalir. Waktu hendak sambut Hari Raya, kata Nazimah, adalah satu lagi yang paling menyukarkan. "Masa tu, kami pinjam duit kawan sebanyak RM200. Terpaksa tunggu hingga malam raya baru dapat. Baru boleh belikan baju untuk anak-anak di pasar malam. "Masa tu kami duduk di Kelang dan suami pun beli la sebungkus dua kuih raya untuk dibawa balik ke kampungnya di Kuala Kubu Bharu," katanya lagi. Menurut Nazimah, mereka berpindah dari Kelang ke Bukit Sentosa pada tahun 2002 kerana tidak mampu membayar sewa. Tambahan pula, dia perlu membayar ansuran rumah di Bukit Sentosa yang dibeli semasa bekerja dulu. Katanya, dia perlu membayar ansuran rumah RM500 sebulan yang mana sudah tertunggak selama 18 bulan. Bagaimanapun, berkat kesabaran dan usaha serta ikhtiar yang berterusan, sinar ceria kepada keluarga Nazimah kini mula kelihatan. Demikianlah sebagai mana dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya dalam setiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan. (al-Insyiraah: 6) "Rumah kami ini sebenarnya sudah dalam proses dilelong oleh bank. Alhamdulillah, selepas saya mendapat bantuan LZS sebanyak RM10,000 untuk membayar pendahuluan membeli bas sekolah terpakai, dapatlah saya membayarnya sedikit demi sedikit. "Kami bernasib baik kerana di kawasan ini masih banyak rumah yang tidak terjual. Jadi bank kata, selagi saya boleh bayar, mereka akan benarkan saya tinggal di sini," jelasnya. Kini, dengan bas berusia 16 tahun itu, Nazimah mencari rezeki membawa murid-murid ke sekolah setiap hari. Jika, suaminya sihat, dia juga akan membantu memandu bas sekolah. Katanya, pendapatan hasil bas sekolah adalah sekitar RM1,800 sebulan. Cukup untuk tampung bayar sewa rumah, ansuran bas RM350 sebulan, minyak bas, perbelanjaan perubatan asma suami di klinik dan untuk makan mereka anak beranak. Selain itu, dia juga mengirim RM100 kepada Emmilia untuk perbelanjaan bulanan di sekolah asrama tetapi jumlah itu selalu tidak mencukupi. "Memang suami saya dapat rawatan percuma di Hospital KKB tetapi apabila diserang asma kami terpaksa pergi ke klinik. Biasanya sekali rawatan dikenakan caj RM60," katanya. Nazimah memberitahu, pendapatan daripada bas sekolah itu pun tidak tetap. Kalau cuti sekolah, maka susutlah pendapatannya. "Sebab itu, dulu anak kedua saya belajar di asrama tetapi disebabkan tidak mampu untuk bayar yuran, dia kini belajar di sekolah biasa," jelasnya. Dalam pada itu Nazimah sedih kerana ada orang tertentu yang menganiaya dengan memasukkan pasir ke dalam tangki minyak bas sekolahnya. Katanya, mereka memecahkan mangga kunci tangki minyak menyebabkan enjin bas rosak. "Kos membaikinya lebih RM6,000. Saya dah ambil balik bas tetapi masih belum mampu nak bayar kepada mekanik itu," katanya. Bantuan LZS yang diterima sejak tahun 2006, kata Nazimah banyak meringankan beban dia sekeluarga. Menurutnya, dia kini menerima bantuan bulanan RM250 selain beras, tepung dan gula, bantuan pendidikan RM1,700 setahun dan bantuan Hari Raya RM750. "Saya berterima kasih kepada para pembayar zakat di LZS atas bantuan mereka kepada golongan seperti saya," tambahnya. Petang itu, Nazimah ceria menunjukkan surat kelulusan Lembaga Perlesenan dan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk menukar bas sekolahnya dengan yang baru. Cuma, persoalan kini, di mana hendak mencari biaya menyediakan deposit RM40,000 untuk membeli bas terpakai berharga RM90,000. "Tawaran permit baru itu akan tamat pada Disember ini. Kalau sampai tarikh itu saya masih gagal mencari wang depositnya, terpaksalah saya serahkan semula tawaran ini kepada LPKP," katanya senyum penuh harapan.Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-