KOTA BHARU: Aktiviti mengemis membabitkan pendatang asing dan warga tempatan di bandar ini semakin aktif apabila mereka mengambil kesempatan dengan menjadikan bulan mulia ini sebagai ‘lubuk rezeki’.
Dengan hanya bermodalkan sebiji mangkuk plastik, golongan terbabit mampu meraih pendapatan lumayan hingga mencecah RM1,000 sehari.
Malah, sikap mudah simpati masyarakat tempatan selain amalan bersedekah yang digalakkan ketika Ramadan menyebabkan lokasi tumpuan orang ramai termasuk pusat beli-belah menjadi markas peminta sedekah.
Sikap pemurah masyarakat menderma memberi peluang kepada pengemis asing dan tempatan mengaut keuntungan berlipat ganda berbanding hari biasa sekitar antara RM50 hingga RM200 sehari.
Tinjauan Harian Metro di bandar ini, semalam mendapati kebanyakan pengemis asing dan tempatan sanggup menjadikan lokasi tumpuan ramai termasuk Pasar Siti Khadijah, Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk mengemis.
Golongan terbabit terutama ‘pengemis cilik’ warga asing tidak segan silu meminta sumbangan orang ramai termasuk menunggu dengan sabar di bawah tangga dan laluan pejalan kaki.
Kebanyakan pengemis tempatan membabitkan golongan dewasa dan warga emas manakala pengemis asing pula terdiri kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.
Mengulas perkembangan itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu, Norizawati Mamat, berkata pihaknya memantau kegiatan pengemis asing dan tempatan di sekitar bandar ini.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan dilakukan, pihaknya mendapati kegiatan mengemis terutama pada Ramadan dimonopoli golongan dewasa berusia lebih 50 tahun dan warga emas tempatan.
Katanya, soal selidik dijalankan, kebanyakan pengemis mengakui menjalankan kegiatan terbabit sejak sekian lama kerana menjadi punca pencarian utama dengan meminta sedekah di bandar ini.
“Saya dapati ada pengemis tempatan mampu memperoleh pendapatan besar hingga RM1,000 sehari terutama Ramadan berbanding hari biasa antara RM50 hingga RM200,” katanya.