PENGENDALI laman web perlu mengekang penggodam bukan sahaja demi menjaga kredibiliti mereka tetapi juga kepentingan pengguna Internet. - Gambar hiasan



KERATAN Kosmo! 28 Ogos.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemas kini dan melindungi laman web mereka daripada risiko serangan penggodam.

Nasihat itu diberikan susulan laporan media tentang insiden banyak laman web Malaysia diserang oleh penggodam.

"Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan server laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

SKMM berkata, insiden pencerobohan kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web.

Ada pihak mendakwa perbuatan itu sudah dimulakan beberapa hari lebih awal dengan dilakukan oleh sekumpulan penggodam dari negara jiran.