Mungkin dialog di atas antara sebahagian masalah yang dihadapi oleh pasangan yang berumah tangga. Suami mungkin bebas membuat komen bahawa masakan isteri tidak menyamai apa yang selalu dimasak oleh maknya. Sekali pun hal ini dilihat sebagai satu teguran kepada pasangan tetapi ada isteri yang berkecil hati dengan tindakan suami. Bagi mereka, menyamakan masakan ibu dengan air tangan isteri adalah hal yang menyakitkan hati.Mana Lebih Sedap
“KENAPA BILA AWAK MASAK KARI NI TAK SAMA MACAM MAK SAYA MASAK...”
“SAYA INGAT BAIK AWAK BELAJAR MASAK DARI MAK SAYA, TAK SEDAP LANGSUNG...”.
Ikuti komen isteri mengenai hal ini. Juga pandangan dari pakar motivasi adakah isteri boleh mengalami kemurungan emosi jika suami kerap membuat perbandingan antara masakan mak dan isteri. Bagaimana cara menanganinya? Menurut Datin Aminah Zakaria, bekas Penolong Kanan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang bahawa semua orang perlu hidup dalam realiti. Isteri perlu memahami bahawa seorang anak memang sudah biasa dengan masakan emak mereka. Ibu sebagai orang berpengalaman dalam masakan sudah tentu sentuhannya membangkitkan selera. Oleh sebab itu isteri perlu faham dengan situasi ini.
“Pihak suami juga kena faham. Apabila sudah berkahwin, mereka perlu jaga hati pihak isteri juga. Sungguhpun isteri kurang pengalaman, si suami jangan pula marah atau simpan dalam hati. Cakaplah terus terang dengan isteri. Nasihatkan si isteri agar dapat belajar dengan emaknya. Jangan juga cemuh si isteri sehingga membuatkan si isteri kecil hati.” Tambah Datin Aminah lagi, isteri pula jangan jadikan perkara itu satu isu dalam rumah tangga.
“Ini semuanya takdir Allah. Jangan jadikan benda kecil menjadi remeh dan mengeruhkan hidup. Perkara kecil perlu dikecilkan dan perkara besar juga perlu dikecilkan. Dalam hidup berumah tangga, suamiisteri perlu berterus-terang dan berlaku jujur antara satu sama lain. Itu adalah rempah-ratus dalam perkahwinan. Jangan kerana hal-hal kecil boleh mendatangkan kemurungan emosi dalam membina rumah tangga yang bahagia.
“Apa yang paling penting dalam rumah tangga adalah mencari kedamaian. Kebahagiaan dan kasih sayang tidak ada komprominya dalam kehidupan rumah tangga. Kalau itulah matlamat akhir apabila kita berumah tangga, sudah pasti Allah akan restui rumah tangga tersebut.” Dalam pada itu Datin Aminah sempat berpesan kepada wanita agar perlu belajar jika mereka kurang ilmu termasuklah dalam masakan dan berterus-terang jika mereka kurang mahir. “Cubalah sebaik mungkin setelah belajar. Dan jika tidak juga berhasil maka suami perlulah terima keadaan isteri seadanya.”
Battery Reconditioning
6 years ago