Janda mengandung seludup mercun

Beri alasan kumpul duit untuk tanggung kos bersalin


ANGGOTA polis menahan seorang janda yang sarat
mengandung atas tuduhan menyeludup mercun
di Dungun semalam.


DUNGUN - Sekali pandang tidak ada sesiapa yang menjangka seorang wanita yang juga janda mengandung tujuh bulan rupa-rupanya terbabit dalam kegiatan menyeludup mercun dari Thailand ke negeri ini.

Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa dia hilang tempat bergantung selepas diceraikan suami empat bulan lalu dan sejak itu, dia terpaksa mencari pendapatan sendiri.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Golok itu sengaja memilih pekerjaan yang haram untuk mengaut keuntungan segera.