BATU RAKIT -Seminggu selepas Syawal sering dilihat sebagai bulan perta�mbahan rezeki dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjalankan perniagaan hasil makanan laut sepanjang jalan utama, di sini.
Bagi pengusaha hasil makanan laut, Hasnah Abu Bakar, 49, dari Mengabang Lekar di sini, selepas tempoh berkenaan menyebabkan dia dan keluarga serta dibantu pekerjanya sibuk meningkatkan pengeluaran keropok lekor dihasilkan.
Menurutnya, sebagaimana tahun sebelumnya, seminggu selepas kedata�ngan Syawal, keropok lekor mereka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, sekali gus menghasilkan keuntungan berlipat ganda berbanding hari biasa.
“Jika hari biasa, saya hanya menggunakan 50 kilogram (kg) isi ikan untuk membuat keropok lekor tetapi apabila memasuki Syawal, lebih 400 kg isi ikan perlu disediakan setiap hari untuk menghasilkan makanan kegemaran ramai itu.
“Sepanjang seminggu selepas hari raya ini, kami tak menang tangan kerana perlu menghasilkan antara 5,000 hingga 10,000 batang keropok lekor sehari,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian :di kedai Keropok Lekor Rasa Sayang, di sini, semalam.
Hasnah berkata, dia agak beruntung kerana tidak perlu bersusah-payah membuat promosi kerana pelanggan datang sendiri ke kedainya yang terletak di tempat strategik di tepi jalan utama Mengabang Lekar, di sini.
Disebabkan dalam tempoh itu keropok lekornya laris, Hasnah terus meningkatkan pengeluaran dengan dibantu beberapa pekerja sambilan, selain ahli keluarga.
“Melalui penambahan tenaga kerja, kami mampu menampung permintaan pelanggan selain bantuan mesin pengisar, Alhamdulillah sepanjang tempoh ini kami mampu memperoleh RM5,000 sehari berbanding RM1,000 pada hari biasa,” katanya.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
September
(90)
- Raih untung RM5,000 sehari jual keropok lekor
- Syirik percaya bomoh, dukun
- Pendapatan haram
- Pameran mega raja sehari
- Kisah hidup individu fobia
- jangan terperangkap akibat kejahilan
- Islam dipandang serong
- Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita war...
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Isteri pemain bola sepak lakar nama sebagai usahawan
- Tiga jenis musuh Allah
- Larangan lantik munafik sebagai pembantu
- Umaimah mendapat suami yang syahid
- 3 Tahun Kahwin, 2 Kali Suami Jatuh Talak
- Pasangan kekasih dihukum sebat
- Buruh cedera ditikam anak teman wanita
- Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab
- Tiga jenis musuh Allah
- 'Selamat Hari Raya’, waspada terhadap H1N1
- Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' dalam catatan...
- Bekas tahanan sanggup rompak untuk kahwin
- Cemburu Kerana Isteri Lebihkan Anak
- Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan
- Wanita, remaja perempuan kematian terbaru H1N1
- Kerajaan Terengganu biayai imam tunai haji ke Mekah
- Perginya Ibrahim Pendek di Syawal yang pilu
- Mesin jahit punca rezeki
- Pertandingan fotografi, berita
- ‘Mana boleh kahwin lain’
- Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu...
- Waktu membayar zakat fitrah
- Umpan adik, cabul 2 kakak
- Usahawan muda baju-T
- Lihat sejadah berdiri 8 jam
- Pensyarah cemar Ramadan
- Sumpah yang membahayakan
- Anak ugut cederakan bapa kandung
- Ancaman siber kian berbahaya - Rais
- Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
- Semangat tidak luntur walaupun pernah ditembak, Dr...
- Khalwat pada Ramadan
- Kahwin selepas Aidilfitri
- Elak jadi mangsa lelaki
- Anelka dan agama Islam
- Gadai maruah ibu
- Menggapai malam al-Qadar dengan usaha
- Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
- 'Cinta sejati hanya sekali'
- Ingin ambil anak angkat
- Sempat azan sebelum lemas
- Pertandingan fotografi dilanjutkan
- Hukum bersanding
- Medium interaksi atau raih populariti
- Foto peribadi dieksploitasi
- Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkan
- Rezeki orang bujang bersahur di masjid
- Punca Wanita Sering Diperlekehkan
- Rampasan mercun terbesar Kuala Terengganu
- Peluang jadi usahawan borong
- Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren
- Trend pelajar menagih meningkat
- 12 jahitan dipukul biras
- Muhammad pelapis ulama
- Bertengkar untuk kekal bahagia
- Hanyut dibelai VIP
- Bahana dadah
- 'Penyelamat' HIV, Aids
- Janda mengandung seludup mercun
- Selepas 125 laman web jadi sasaran penceroboh maya...
- Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
- Perkara asas dalam bernikah
- Wajib bayar zakat
- 10 tip menjadi pasangan yang baik
- Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia
- Masakan Ibu Vs Masakan Isteri
- Sedia terima 'takdir' baru
- Mengambil hati bakal mertua
- Ekstra Feminin: Peladang jaya
- Pendapatan pengemis cecah RM1,000 sehari
- Artis wanita ‘layan’ dadah
- Jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela
- Nazimah kini tonggak keluarga
- Hadiah bernilai RM300,000
- Tahan godaan berbelanja untuk sambut raya
- Pedih dikhianati rakan karib
- Kisah Rasul: Nabi Idris hidup semula selepas mati
- Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana
- Penyesalan budak paling jahat
- Alahai Gadis Melayu!
- Aishah difitnah
-
▼
September
(90)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
KUALA TERENGGANU - Sebahagian besar masyarakat Terengganu masih lagi percaya dan menggunakan khidmat bomoh atau dukun bagi merawat penyakit terutama membabitkan ilmu sihir serta syaitan.
Iman Besar negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, mempercayai dukun yang menggunakan najis dan benda haram adalah syirik kerana mereka bersekongkol bersama syaitan untuk membantu manusia.
Menurutnya, bagi mengubati penyakit akibat sihir ataupun ilmu hitam, masyarakat Islam digalakkan memilih bomoh yang mengaplikasikan ayat suci al-Quran, selain menepati ajaran Islam sebagai ikhtiar.
“Kita jangan mudah tertipu kerana ada dukun yang mencampurkan ajaran Islam iaitu ayat al-Quran dengan ilmu syaitan, ia salah kerana dua perkara bertentangan tidak boleh ada dalam satu tempat,” katanya.
Menurutnya, bomoh yang benar-benar amanah dan jujur adalah mereka yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada Islam, selain sentiasa menjaga adab serta batas pergaulan dengan pesakit.
“Dukun yang mensyaratkan supaya pesakit hanya berdua-duaan dengannya tanpa ditemani muhrim ketika sesi rawatan di dalam bilik adalah tidak betul dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Mempercayai dukun seumpama inilah yang menyebabkan berlakunya kes rogol, cabul dan dilarikan bomoh ketika dirawat, bagaimana�pun akibat terlalu taksub, mereka tidak serik dan masih lagi menggunakannya,” katanya.
Aizi Saidi berkata, antara punca yang menyebabkan masyarakat masih lagi mempercayai amalan bomoh kerana kekurangan ilmu agama dalam diri, selain kerapuhan iman dalam dada masing-masing.
“Kerajaan harus mengambil pendekatan serius terhadap perkara ini, termasuk mewajibkan bomoh mendaftarkan diri masing-masing bagi memudahkan pemantauan dibuat kerana mereka sebenarnya berniaga.
“Selain dapat diawasi, kita juga mudah mengesan sekiranya ada amalan dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...” Riwayat Ahmad Huraian: 1. Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram. 2. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya. 3. Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang tertentu seperti: Islam, pemilikan sempurna, pendapatan/hasil,cukup nisab dan haul. Kadar zakatnya adalah 2.5% iaitu berpandukan kepada kadar zakat emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang. 4. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Melangsungkan perkahwinan merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkasih. Ia bagai memateri satu riwayat cinta dan bermulanya gerbang rumah tangga. Namun untuk melakar impian perkahwinan yang meriah dan membahagiakan dalam minda cukup mudah. Proses persiapan untuk menjadikannya satu realiti amat rumit dan memerlukan perancangan rapi. Justeru, bagi meringankan beban dan menyuntik idea menarik kepada pasangan berkasih yang bakal mendirikan rumah tangga, Hotel Nikko Kuala Lumpur mengambil inisiatif tersendiri. Bermula pada 3 dan 4 Oktober ini, hotel yang terletak berhampiran pusat beli-belah Suria KLCC dan gedung Ampang Park itu menganjurkan pameran perkahwinan besar-besaran. Pameran yang berkonsepkan segala-galanya di bawah satu bumbung mempamerkan seleksi perkhidmatan dan busana perkahwinan yang diperlukan oleh pasangan yang akan melangkah ke jinjang pelamin. Ironinya, sebut sahaja mengenai perkahwinan kebanyakan pasangan akan memikirkan tentang bajet yang diperlukan dan tema perkahwinan yang bersesuaian. Enggan membiarkan bakal mempelai menemui jalan buntu, pihak Hotel Nikko akan mendirikan beberapa set pelamin dan mencipta atmosfera perkahwinan bermula daripada tradisi masyarakat Melayu, Cina, India sehinggalah perkahwinan konsep Barat dan moden. Pada masa yang sama pameran perkahwinan gilang-gemilang itu juga menawarkan perkhidmatan gubahan bunga, hantaran dan pertunjukan fesyen gaun malam oleh pereka berbakat besar, Carven Ong dan gaun romantik daripada pereka tempatan, Kartini Illias. Menariknya pengunjung juga berpeluang melihat contoh-contoh rakaman video gerai Dave Lab yang menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus. Sementara itu, tapak pameran The Profesional Gallery dan Bonnie Yap Photography pula menyediakan khidmat jurugambar perkahwinan. Lebih istimewa lagi, pasangan yang memilih Hotel Nikko sebagai lokasi melangsungkan perkahwinan berpeluang mendapat rawatan spa pada harga promosi RM488 di Sompoton Spa. Pakej itu juga termasuk rawatan kuku dan set rawatan spa di rumah yang bernilai RM252. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pameran itu, datanglah ke pameran perkahwinan Hotel Nikko.
NAZRUL AZAT JAMIL, 30, ada masalah dengan lori. Apabila mendengar sahaja bunyi lori dan bas bergerak, hatinya menjadi tidak tenang. Jantungnya mulai berdegup pantas. Ketakutannya terhadap kenderaan-kenderaan berat bukan main-main. Segala-galanya bermula ketika dia mengambil ujian memandu buat kali pertamanya empat tahun lalu. Menaruh harapan untuk lulus, Nazrul bagaimanapun gagal dalam ujian tersebut. Semuanya gara-gara dia terserempak dengan sebuah lori ketika memandu. "Waktu itu, kereta saya nyaris-nyaris bergesel dengan lori. Jarak lori itu pun sangat dekat... kira-kira sejengkal sahaja. Saya jadi takut dan memandu pun tak betul. "Lagipun, saya pandu kereta Kancil. Jadi, lori di tepi rasa macam nak hempap saya. Terus instruktor suruh saya berhenti tepi jalan dan dia ambil alih," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara baru-baru ini. Dicengkam perasaan takut yang berlebihan, Nazrul hanya berani mengambil semula ujian memandu enam bulan kemudian. Malah, sehingga ke hari ini, perasaan takut itu belum lenyap. Rasa takut Pantang nampak kelibat kenderaan besar dan tinggi di lebuh raya, dia pasti akan memperlahankan keretanya. Alasannya cukup mudah. Semoga lori dan bas itu boleh meluncur pergi, membawa bersama-sama perasaan takutnya. Setiap kali memandu, anak kedua daripada enam beradik itu akan menggenggam erat dan merapatkan dadanya di stereng. Bagi pustakawan itu, tindakan tersebut disifatkan selamat andainya berlaku apa-apa kecelakaan. Sebelum memiliki kereta, Nazrul gemar menumpang kereta kawannya untuk pergi balik ke pejabat. Lima bulan kemudian, dia membeli sebuah kereta Proton Gen-2. Malangnya, saiz kereta sedan itu tidak sedikit pun membantu menyingkirkan perasaan takutnya. Lebih teruk lagi, jadualnya ke tempat kerja kini sudah berubah. "Sepatutnya saya masuk kerja pukul 9 pagi. Tetapi, 6.30 pagi saya sudah keluar rumah. Balik pun lewat. Semata-mata nak guna jalan raya yang lengang. Tak nak bertembung dengan lori," tambahnya sambil tersipu-sipu. Sedangkan jarak dari rumah Nazrul ke pejabat hanya memakan masa 10 minit! Lelaki bertubuh gempal itu rupa-rupanya mempunyai lebih daripada satu jenis fobia. Dengar, sebut, tengok dan terbau darah, tubuhnya akan menggeletar, selain berpeluh meskipun dalam bilik berhawa dingin. Penglihatannya boleh jadi kabur dan dia seperti hendak pengsan. Ironinya, ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dia terpaksa mengharungi satu sesi pendidikan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang memeritkan. Duduk di depan kelas, sepanjang tempoh penjelasan bab pendarahan berlangsung, perasaan Nazrul bagaikan air yang berkocak tidak menentu. "Saya tak sabar-sabar nak keluar dari kelas. Nasib baik hanya satu kelas PBSM," ujar penghidap hemofobia yang juga mempunyai fobia terhadap ketinggian. Seingatnya, pernah sekali Nazrul cuba menderma darah. Atas niat untuk beramal, dia tidak sama sekali menyangka diri terpaksa mengalah kepada fobia hanya setelah satu suku pin darah diambil. Berkongsi fobia yang sama dengan Nazrul ialah Nor Zaileen Kamar, 27. Penganalisis di sebuah syarikat pembekal gas dan minyak gergasi itu menyedari diri mempunyai hemofobia sejak di sekolah menengah lagi. Menggelikan Bercita-cita menjadi doktor tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Nor Zaileen. Bagaimana hendak membedah pesakit kalau mendengar tentang fungsi jantung mengepam darah pun sudah cukup menggelikannya. Klimaks fobianya berlaku ketika dia dan keluarga bercuti di Amerika Syarikat (AS) tidak lama dahulu. Tiba-tiba ayahnya diserang sakit jantung. "Di hospital, hanya ada saya dan emak. Kami perlu memberi kebenaran untuk ayah menjalani pemindahan darah. Saya diberi risalah untuk dibaca. "Malangnya, saya tidak mampu membacanya. Pihak hospital terpaksa menghubungi adik perempuan saya untuk dibacakan isi kandungan risalah itu dan membuat keputusan," tambahnya. Zaileen juga takut kepada kotoran dan kuman (misofobia). Ingin memastikan diri sentiasa bersih, sebotol sanitizer pasti menemaninya ke mana sahaja dia pergi. Menurut Persatuan Psikiatri Amerika, fobia boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan takut yang melampau dan tidak rasional terhadap sesuatu situasi mahupun objek. Dalam kebanyakan kes, fobia berlaku kerana rasa takut jika diri dicederakan. Ambil contoh agorafobia. Penghidapnya besar kemungkinan takut terperangkap di dalam tempat yang sukar untuk melepaskan diri. Rasa loya, pening-pening, takut untuk mati dan sukar bernafas merupakan antara simptom umum fobia. Bantuan psikologi Sementara itu, pakar psikiatri dan psikoterapi, Dr. Stephen Jambunathan ketika dihubungi Kosmo! berkata, tiada salahnya seseorang itu mempunyai fobia. Lagipun, ia bukan satu penyakit. Masalah perilaku itu boleh diatasi dengan mudah jika bantuan psikologi diperoleh seawal mungkin. Malah, sepanjang kerjayanya dalam bidang psikologi sejak lebih sedekad lalu, kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan telah sembuh seratus-peratus. "Fobia sebenarnya satu bentuk kebimbangan. Lazimnya, dalam situasi yang umum tidak akan ada sebarang kesan serius. "Kalau ada paling serius pun, pesakit cenderung untuk mengurung diri di dalam rumah sepenuhnya. Pada tahap ini, pesakit perlu dirawat menggunakan Terapi Perilaku Kognitif (CBT)," katanya. Kadar kelaziman fobia biasanya sama tanpa mengira gender, bangsa dan negara. Walaupun begitu, fobia boleh berlaku atas pengaruh pelbagai faktor - sistem kepercayaan, pengaruh budaya, didikan, tradisi dan evolusi. Misalnya, penduduk luar bandar yang biasa 'bekerja' dengan binatang liar tidak mempunyai rasa takut terhadap ular. Tetapi, situasinya mungkin berbeza dengan penduduk bandar. Biar apa pun puncanya, fobia adalah satu kondisi yang boleh dirawat. Namun, tempoh pemulihan pesakit banyak bergantung kepada tahap keseriusan dan kestabilan psikologi mereka. Jambunathan menambah, kadangkala preskripsi perubatan sementara diperlukan oleh pesakit dan pengambilan ubat-ubatan ini adalah efektif dan selamat. Apa yang lebih mustahak ialah pesakit tidak patut menghiraukannya. Sebaliknya belajar mengatasinya. Selepas itu fobia bukan lagi satu isu besar.Oleh YEO LI SHIAN
Hadis tersebut memperingatkan umat Islam supaya jangan mudah terpedaya dengan bidaah yang menyimpang daripada ajaran agama Islam. Tetapi malangnya sehingga ke hari ini masih ada umat Islam terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Anehnya, ada amalan dalam ajaran itu yang sah-sah tidak masuk akal, termasuklah solat boleh ditunaikan dengan niat sahaja atau tidak perlu ke Mekah untuk menunaikan haji. Walaupun ia tidak logik tetapi disebabkan pelaksanaannya mudah, maka ramailah umat Islam yang terpengaruh. Mereka sudah tidak mahu lagi memikirkan sama ada ajaran atau suruhan yang diperkenalkan itu betul atau tidak. Akibat daripada kejahilan ini, maka muncullah individu yang boleh dianggap sebagai 'makhluk perosak' kepada kesejahteraan umat Islam, apabila mengaku dirinya nabi dan sebagainya. Walaupun dakwaan seumpama itu boleh dianggap dilakukan oleh orang yang tidak waras sahaja tetapi masih ada juga umat Islam yang terpengaruh. Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan kehairanan kepada kita apatah lagi kalau yang terpengaruh tersebut terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Mungkin ia berlaku kerana ilmu agama mereka terlalu tipis atau mungkin juga dalam keghairahan untuk mencari ilmu itu mereka tidak mengkaji terlebih dahulu kebenaran. Apa pun mereka tidak seharusnya menjadi orang yang bodoh kerana di dalam Islam sudah terdapat tunjuk ajar dan pedoman agar bagi mengelakkan kita terjerumus dalam ajaran yang menyeleweng daripada Islam. Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk iaitu petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara (ibadat) iaitu yang diada-adakan dan setiap bidaah (perkara baru yang menyalahi al-Quran dan sunnah Nabi) adalah sesat.DALAM sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mengada-adakan yakni mebuat-buat sesuatu dalam urusan agama kita yang tidak terdapat ajarannya dalam agama, maka hal itu wajiblah ditolak (yakni tidak boleh diterima atau ditiru).
PADA 11 September lalu, dunia mengingati serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Walaupun ia sekadar memperingati mereka yang terkorban dalam serangan berkenaan, namun di Britain ia berlaku sebaliknya. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Liga Pertahanan Inggeris telah mengatur tunjuk perasaan bagi menggugat kehidupan Islam di negara itu. Akibatnya, hampir tercetus pertempuran antara puak Islam dan anti Islam di Harrow, London. Pertelingkahan berkenaan berlanjutan di beberapa buah bandar lain termasuk di Luton. Ternyata sekali kumpulan anti Islam berkenaan cuba mencetuskan perasaan membenci umat Islam dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah Britain. Seorang menteri menegaskan tindakan kumpulan itu boleh mengulangi sejarah pergaduhan kaum yang berlaku pada tahun 1930-an. Dalam satu wawancara, Menteri Komuniti Britain, John Denham secara langsung menuduh penunjuk perasaan anti Islam sengaja mencetuskan masalah. ''Taktik melakukan provokasi demi mencetuskan kekerasan dan kemusnahan yang lebih besar sudah lama dirancang oleh kumpulan berkenaan, mereka adalah kelompok ultra kanan dan ekstremis. Imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1930-an, apakah kita inginkan berulangnya peristiwa Cable Street?" katanya. Denham berkata demikian bagi merujuk konfrontasi yang berlaku pada tahun 1936 apabila seorang pemimpin puak Inggeris, Oswarld Mosley mengatur satu perbarisan sehingga melepasi kawasan penduduk Yahudi di East End, London. Para pengikut pro-Nazi yang dipimpin Oswald bertemu dengan kumpulan pendemo Yahudi dan komunis di Cable Street. Akibatnya berlakulah pertempuran antara kedua-dua kumpulan. Bagaimanapun dalam kejadian terbaru di Britain, Liga Pertahanan Inggeris menafikan mereka bersifat fasis, sebaliknya menegaskan mereka hanya menentang kelompok militan Islam. Namun andaian itu tidak dapat diterima oleh penduduk Islam, bagi mereka tindakan liga berkenaan adalah satu perbuatan yang sengaja dilakukan bagi mencemarkan nama baik agama Islam. Mungkin benar beberapa keganasan ke atas negara barat dilakukan oleh sesetengah Islam tetapi mereka adalah daripada kumpulan militan, justeru adalah tidak wajar jika liga tersebut cuba melakukan protes seolah-olah mengkategorikan semua orang Islam bersikap ganas. Berikutan kebiadapan Liga Pertahanan Inggeris itu, maka penduduk Islam terutama golongan pemuda turun ke jalanan untuk bertempur dengan kumpulan itu. Tindakan tersebut diambil kesempatan oleh liga berkenaan untuk menuding jari menuduh bahawa kekecohan yang berlaku disebabkan provokasi kumpulan Islam. Misi Jurucakap Dewan Muslim Britain, Inayat Bunglawala berkata, kenyataan Liga Pertahanan Inggeris bahawa mereka hanya menentang militan Islam hanyalah satu helah bagi menyembunyikan misi anti Islam. Inayat berkata, Dewan Muslim telah melihat sejumlah insiden anti Islam yang berulang, termasuklah serangan bom api di beberapa buah masjid beberapa bulan lalu. ''Semua ini adalah perkembangan yang cukup membimbangkan kita,'' katanya. Beberapa media Britain berusaha untuk menjejaki kewujudan sebenar liga berkenaan sehingga ke Luton - kota yang mempunyai pelbagai penduduk etnik di utara London. Pada Mac lalu, di kota tersebut pernah berlaku demonstrasi menentang tentera Britain. Sekelompok umat Islam melakukan aksi menyambut kepulangan tentera berkenaan dengan menuduh mereka sebagai 'pembunuh kanak-kanak'. Ketegangan semakin memuncak pada Mei lalu, apabila kumpula yang menamakan diri merekaUnited People of Luton berarak sehingga ke kawasan perniagaan masyarakat Asia selatan. Mereka menyerang kawasan itu dan merosakkan beberapa buah kereta. Pada bulan Ogos, Liga Pertahanan Inggeris muncul dan cuba melakukan demonstrasi besar-besaran. Dalam tunjuk perasaan itu mereka bertempur dengan kumpulan anti fasis dan pada bulan ini mereka melancarkan protes kedua di Birmingham. Akibatnya, lebih 200 orang yang kebanyakan berketurunan Asia bergaduh dan melempar objek kepada polis anti rusuhan. Dalam kejadian itu polis menahan 90 orang. Pada 11 September pula, kumpulan yang mengaku Islamofobia, Stop Islamification of Europe, melakukan protes di sebuah masjid di barat laut London. Bagaimanapun tindakan mereka tidak berterusan kerana mereka ternyata bimbang berikutan kehadiran sejumlah penduduk Islam yang datang bagi mempertahankan masjid itu. Kemelut yang berlaku dijangka berterusan memandang puak anti Islam berjanji akan terus melancarkan protes di London, Luton, Manchester dan Leeds dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Apa yang berlaku sudah jelas membuktikan bahawa perasaan anti Islam masih menebal di kalangan sesetengah penduduk di barat. Mereka masih mengaitkan Islam dengan keganasan. Serangan demi serangan serta keganasan yang berterusan di Afghanistan, Iraq dan beberapa buah negara yang dicetuskan oleh puak militan Islam ternyata meletakkan umat Islam di negara-negara barat berada dalam keadaan bahaya. Walaupun puak anti Islam mengetahui bahawa sebahagian besar umat Islam amat menentang keganasan, namun mereka tidak peduli. Apa yang mereka inginkan ialah melunaskan misi mereka supaya perasaan anti Islam terus merebak. Mereka ingin melihat umat Islam sentiasa dilihat sebagai kelompok militan.Oleh Zulkiflee Bakar
KUALA LUMPUR 23 Sept. — Seorang lelaki berumur 59 tahun dihukum penjara sebulan hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini kerana cuba melacurkan seorang wanita warga China kepada seorang anggota polis. Lee Choo Chye yang mengaku bersalah terhadap tuduhan itu diperintah menjalani hukuman mulai 18 September, tarikh dia ditangkap. Lee didakwa menawarkan wanita itu Kpl V. Jagavnathan untuk RM200 sejam di depan Hotel Federal di Jalan Bukit Bintang di sini pukul 11.30 malam pada 18 September.-Bernama
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja nekad menyerang seorang buruh dengan topi keledar dan menikam paha lelaki terbabit menggunakan sebilah pisau sehingga cedera dalam satu kejadian di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, kelmarin.
Suspek yang baru berusia 18 tahun dikatakan bertindak demikian kerana tidak merestui hubungan cinta yang terjalin antara mangsa dengan ibunya.
Berikutan kejadian itu, mangsa berasal daripada Baling, Kedah dan menetap di Kemaman dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk dirawat sebagai pesakit luar selain menerima tiga jahitan pada bahagian dahi serta dua jahitan di paha kanan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa berada di kawasan perumahan Akasia bersembang bersama rakannya.
“Tiba-tiba suspek datang terus menarik tangan mangsa dan memukulnya dengan tangan serta topi keledar sehingga dahi mangsa cedera.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengeluarkan sebilah pisau dan menikam paha kanan mangsa sebelum melarikan diri, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui semalam.
Manoharan berkata, suspek yang tinggal di Kampung Bukit Kuang dilaporkan tidak suka mangsa menjalinkan hubungan mesra dengan ibunya berusia 46 tahun sehingga remaja terbabit bertindak sedemikian rupa.
Malah katanya, suspek sebelum ini pernah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak berhubung dengan ibunya.
“Mangsa berusia 40 tahun membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 8.55 malam dan kita sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Oleh SHUHAIDA MOHD SAID ALOR SETAR: Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan berkonsepkan 'car boot sale', suri rumah Shahira Mohd Tajudin, 25, kini boleh berbangga kerana pada usia yang begitu muda beliau sudah bergelar usahawan dan memiliki butik sendiri. Shahira, yang berkelulusan bidang hiasan dalaman daripada universiti swasta tempatan berkata, cita-citanya menjadi usahawan telah mendorongnya memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah empat tahun lalu dengan menggunakan modal daripada simpanan sendiri. Lebih mesra dengan panggilan Shira, ibu beranak tiga ini, tidak mudah mengalah walaupun terpaksa berhadapan dengan kesukaran mencari pelanggan kerana tidak mempunyai tapak yang tetap untuk menjalankan perniagaannya sebelum ini. "Apa juga bidang yang kita ceburi, perlu ada kesungguhan dan terpaksa menghadapi rintangan serta halangan untuk mematangkan diri, bukannya melemahkan semangat untuk berjaya. "Jadi tidak ada sebab kenapa seorang suri rumah atau golongan muda seperti saya harus menganggur tanpa berusaha melakukan sesuatu yang menguntungkan," katanya ketika ditemui. Shahira bermula dengan menghasilkan sendiri aksesori wanita seperti gelang, rantai, subang, perhiasan di beg tangan selain menerima tempahan kuih muih untuk hari raya atau majlis jamuan. Shahira berkata bidang usahawan menjanjikan pendapatan lumayan jika seseorang itu bersungguh-sungguh mengusahakannya. Berbekalkan keazaman dan pada masa yang sama percaya dengan ungkapan "usaha tangga kejayaan", beliau sanggup menanggung apa juga risiko dalam bidang usahawan. Wanita berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, beliau mengambil keputusan membuka butik sendiri setelah suaminya yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, mendapat tawaran untuk bermain dengan pasukan Kuala Muda Naza tahun lepas. Ini bermakna mereka akan menetap di Kedah dan peluang itulah yang mendorong beliau memberanikan diri menyewa sebuah premis di Bandar Darul Aman dekat sini untuk dijadikan premis perniagaannya. "Oleh kerana suami berasal dari sini, saya bertekad untuk menggunakan simpanan dan memohon sedikit pinjaman daripada Mara untuk membuka butik sendiri kerana ia akan memudahkan saya untuk berurusan dengan pelanggan yang semakin bertambah," katanya Kini selepas berjaya membuka butik sendiri yang diberi nama Shakriss empat bulan lalu, Shahira menjual pelbagai jenis pakaian seperti kemejaT, blaus, seluar, jeans, skirt dan kasut. Shahira, yang mempunyai kemahiran menjahit, menyolek dan memasak pelbagai jenis menu berkata, butiknya juga menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, solekan untuk majlis rasmi serta mengambil upah menjahit manik pada baju kurung atau blaus. Untuk menampilkan kelainan, beliau memilih konsep moden dan terkini untuk menjanjikan keselesaan kepada pelanggan yang berkunjung ke butiknya. Shahira turut menyediakan menu seperti pasta, sandwic serta makanan ringan dan minuman untuk pelanggan yang ingin menjamu selera sambil membelibelah di butiknya. Kepada graduan muda yang belum bekerja, beliau menasihatkan mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan tidak menjadikan kekurangan modal sebagai penghalang. "Seperti yang saya buat, saya tidak bermula dengan modal yang besar, sebaliknya bergantung kepada kesungguhan dan kerja keras," katanya. BERNAMA |
Fari Abu Hurairah r.a, dari nabi saw., sabdanya:”Allah berfirman:”Ada tiga jenis, Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat: i)Orang yang memberi kerana-Ku, kemudian tidak diakuinya. ii)Orang yang menjual orang yang merdeka, kemudian dimakannya wang hasil jualan tersebut. iii)Orang yang mengupah kepada pekerja lalu disuruh sempurnakan kerja itu tapi tidak dibayarnya upah itu.” (Bukhari)
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka, dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan. (ali-‘Imran: 118-120) Sheikh Sya’rawi berkata : Selepas Allah menjelaskan betapa Dia tidak menzalimi seseorang tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri kerana menafkah pada tempat yang tidak diterima melainkan gugurlah segala amalan mereka. Itulah keadilan Allah seterusnya Allah berfirman. Sebab Nuzul ayat ke-118 Ibn Abbas dan Mujahid berkata: “Ayat ini diturunkan kepada kaum yang beriman, berbaik dengan munafik dan Yahudi keran hubungan kerabat, rakan, jiran, susuan, dan perjanjian. Lantas mereka dilarang daripada mengambil golongan tersebut sebagai penasihat”. Iktibar dan fiqh ayat i. Ibn Kathir berkata: “Allah dengan tegas melarang hamba-Nya yang beriman daripada menjadikan golongan munafik sebagai penasihat dan pembantu setia mereka. ii. Al-Qadhi Abu Ya’la berkata: “Ayat ini menjadi dalil tidak harus meminta tolong dengan ahli Zimmah dalam urusan orang Islam”. iii. Al-Maraghi berkata: “Kebiasaan ini diikuti pula oleh pemerintahan Abbasiah dan raja-raja Islam lain dari aspek pemakaian beberapa tenaga dalam menjalani urusan pemerintahan sama ada dilantik daripada kalangan Yahudi mahupun Nasrani. “Situasi ini berjalan sampai sekarang. Sebahagian besar duta besar kerajaan Uthmani dan konsul-konsulnya adalah terdiri daripada orang Nasrani”. Firman-Nya: Mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Kalimat ini bukanlah dapat memberi penjelasan yang konkrit. Kerana itu, ia mengandungi perintah untuk mencari bukti-bukti yang lebih nyata dan jelas pada sikap tingkah laku mereka. Itulah agaknya yang menjadi sebab sehingga ayat ini diakhiri dengan jika kamu berakal, bukan bila kamu mengetahui atau memahami. Dalam hal ini, kaum muslimin diperintahkan menggunakan akal dan fikiran untuk menimbang dan menganalisis sikap dan tingkah laku penentang-penentang Islam. iv. Hamka berkata: “Kalimat ini ialah bhitanah, bermaksud kawan rapat atau sahabat karib. Ayat ini melarang orang mukmin berteman dengan orang yang bukan dari golongan mereka sendiri. “Mereka sangka orang lain akan jujur sepertinya tetapi itulah musuh yang paling jahat dan kejam kerana mereka tidak pernah reda dengan umat Nabi Muhammad SAW”. Sebab Nuzul ayat ke-119 Ibn Abbas berkata: “Kebanyakan orang Ansar menjalin hubungan dengan orang Yahudi. Apabila mereka memeluk Islam, Yahudi begitu marah terhadap mereka lantas turunnya ayat ini”. Iktibar dan fiqh ayat i. Berkenaan kasih sayang orang beriman terhadap mereka mempunyai empat pandangan: – Cenderung kepada mereka secara tabiat seperti hubungan kerabat dan lain-lain. Inilah pendapat Ibn Abbas. – Dengan makna rahmat. Apa yang mereka lakukan maksiat akan dibalas dengan azab. Inilah pendapat al-Qatadah. – Orang munafikin menzahirkan iman kerana orang munafikin menzahirkan iman. Inilah riwayat Abu al-‘Aliyah. – Harapan supaya mereka memeluk Islam. Inilah pendapat al-Mufaddhal dan al-Zajjaj. ii. Al-Maraghi berkata: “Perasaan yang ditonjolkan oleh orang mukmin kepada golongan kafir dan begitulah perwatakan mereka merupakan bukti yang paling jelas bahawa Islam ini adalah agama rahmat dan bersikap toleransi, dan tidak mungkin lagi ada agama lain yang dapat memiliki sikap yang lebih baik daripada ini”. iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Penutup ayat ini sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati, dapat difahami sebagai bahagian yang diperintahkan untuk diucapkan sebagaimana dikemukakan di atas. “Ia juga dapat difahami dalam erti huraian yang tersendiri. Jika demikian, ia adalah informasi kepada mereka dan juga kepada umat Islam bahawa kebencian dan kedengkian mereka itu diketahui Allah. “Informasi ini penting, kerana mereka menyembunyikan daripada semua pihak termasuk kaum muslimin yang masih menjalin hubungan kasih sayang dengan lawan-lawan itu”. iv. Hamka berkata: “Kamu belas kasihan kepada mereka dan mengharap ia mendapat petunjuk agar dapat merasakan nikmat hidup beragama tetapi mereka tidak menyambut seruan dan kasih sayang kita”. Iktibar dan fiqh ayat ke-120 i. Al-Alusi berkata: “Sebahagian ahli tahqiq berpendapat lebih elok dan utama dikatakan ia menjadi dalil atas melampaunya mereka dalam kegembiraan dan dukacita”. ii. Al-Maraghi berkata: “Ayat ini memberikan pengajaran kepada kaum mukmin dari aspek pergaulan dengan pihak musuh. “Sesungguhnya Allah SWT telah menyuruh orang beriman agar bersabar menghadapi api permusuhan dengan golongan kafir yang dilitupi dengan perasaan benci kepada mereka dan sentiasa berhati-hati terhadap rancangan jahat mereka. “Dalam hal ini orang mukmin tidak disuruh membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama. Sudah menjadi kebiasaan bagi al-Quran menyuruh mereka melakukan perbuatan yang membawa ke arah kecintaan dan kebaikan dan melawan kejahatan dengan kebaikan. “Ayat ini masih melanjutkan huraian tentang orang-orang yang tidak wajar diangkat menjadi teman dan tempat untuk menyimpan rahsia atau diserahi urusan-urusan kaum muslimin yang menentukan masa depan Islam dan penganutnya. “Mereka itu di samping sifat-sifatnya yang disebutkan pada ayat-ayat yang lalu jika kamu disentuh, yakni mendapatkan walau sedikit kebaikan seperti nikmat kesihatan, keuntungan material, kemenangan nescaya mereka bersedih hati akibat sentuhan yang sedikit itu, tetapi jika kamu ditimpa bencana yang besar barulah mereka bergembira kerananya. iii. Hamka berkata: “Tidur mereka sudah tidak tenang lagi, makanpun tidak rasa nikmatnya lagi. Mereka sendiri yang meracuni jiwa mereka dengan rasa benci dan dendam itu. Mereka tidak senang dengan kesenangan orang lain. “Mereka mempunyai hati yang busuk kerana mendengki dan menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Perbuatan mereka sungguh aib dan dimurkai Allah SWT”. Semoga umat Islam sentiasa mendapat keredaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Amin.
Pada suatu malam, suaminya mengalami satu mimpi yang aneh. Pada keesokan harinya, suaminya menceritakan mimpi itu kepadanya. Khalid berkata, "Malam tadi saya bermimpi. Saya lihat ada satu unggun api yang begitu besar. Nyalaan api itu begitu panas sehingga boleh membakar diri orang yang terkena api itu". Khalid menyambung lagi, "Kemudian, ayah saya datang menghampiri saya. Ayah meminta saya masuk ke dalam nyalaan api yang besar itu". Umaimah mendengar cerita mimpi suaminya dengan teliti. Kemudian, dia bertanya kepada suaminya, "Apakah yang berlaku selepas itu?" Khalid menjawab, "Saya hampir-hampir masuk ke dalam api yang besar itu. Tiba-tiba saya merasa diri saya ditarik dari belakang. Saya tidak dapat melangkah ke arah unggun api itu. Kemudian saya menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya saya apabila melihat Nabi Muhammad yang menarik baju saya". "Begitukah kesudahan cerita mimpi awak?" tanya Umaimah. Khalid menyambung lagi, "Saya melihat Nabi Muhammad terus menarik saya jauh dari unggun api itu. Saya tahu tindakan Nabi Muhammad adalah bagi menyelamatkan saya daripada terkena api yang besar". Selepas Umaimah mendengar cerita mimpi suaminya, dia pun berkata, "Abu Bakar as-Siddiq adalah orang yang pandai mentafsir mimpi. Awak berjumlah dengannya". "Betul juga kata awak," ujar suaminya. Khalid bergegas ke rumah Abu Bakar as-Siddiq. Sampai sahaja di sana, Khalid menceritakan mimpinya. Lalu, Abu Bakar menjawab, "Awak begitu bertuah kerana mengalami mimpi itu. Mimpi itu adalah petanda baik bagi awak. Nabi Muhammad menyelamatkan awak daripada terpengaruh dengan ajakan ayah awak. Masuklah Islam. Islam menyelamatkan awak daripada seksaan api neraka". Khalid memahami maksud Abu Bakar. Khalid berkata, "Terima kasih kerana membantu saya mentafsirkan mimpi itu. Saya akan berjumpa Nabi Muhammad". Khalid bergegas berjumpa Nabi Muhammad. Sampai di hadapan Nabi Muhammad, Khalid mengucapkan dua kalimah syahadah. Khalid sudah memeluk agama Islam. Khalid gembira kerana dia sudah memeluk Islam. Berita keislaman dirinya disampaikan kepada isteri tercinta. "Wahai isteriku, saya sudah tahu makna mimpi itu?" kata Khalid kepada Umaimah. "Apakah yang diberitahu oleh Abu Bakar tentang mimpi awak itu?," tanya Umaimah. "Jawapannya sekarang ialah saya sudah memeluk agama Islam. Saya akan terus mempelajari agama Islam daripada Nabi Muhammad," jawab Khalid. "Betulkah apa yang awak katakan ini?," tanya Umaimah tidak sabar-sabar mendapat pengesahan keislaman suaminya. "Ya, betul. Saya sudah menjadi orang Islam," kata Khalid. "Saya juga mahu menjadi orang Islam seperti awak. Saya mahu berjumpa Nabi Muhammad. Bawalah saya berjumpa Nabi Muhammad," kata Umaimah kepada suaminya. Akhirnya, Umaimah dan suaminya memeluk agama Islam. Kemudian, mereka berhijrah ke Habsyah selepas mendapat tentangan daripada kaum Quraisy Mekah. Semasa di Habsyah, mereka hidup dengan aman dan damai. Umaimah didapati hamil. Dia selamat melahirkan anaknya di Habsyah. Selama dia dan suaminya tinggal di Habsyah, mereka dikurniakan dua orang anak. Anak-anaknya bernama Said bin Khalid dan Amah binti Khalid. Pada suatu hari, tiba masanya pasukan tentera Islam pergi berperang di negeri Syam. Khalifah Abu bakar as-Siddiq mengarahkan Syurahbil bin Hasan menakluk negeri Syam. Khalid bergabung dengan pasukan tentera yang diketahui oleh Syaruhbil bin Hasan. Semasa dalam pertempuran itu, Khalid mati syahid. Berita kematiannya diketahui oleh isterinya. Isterinya menerima berita kematian suaminya dengan reda dan sabar.UMAIMAH binti Khalaf adalah seorang srikandi yang penyabar. Dia adalah isteri seorang pahlawan Islam yang bernama Khalid bin Said bin al-Ash. Umaimah dan suaminya adalah pasangan suami isteri yang sama padan. Mereka sanggup melalui pelbagai rintangan hidup. Sudah dan senang, Umaimah tetap bersama suami tercinta.
Satu lagi masalah, suami tidak rapat dengan anak kerana ada saja hal yang membuatkan suami menjadi marah dan menengking anak tanpa sebab. Bayangkan, apa akan jadi pada anak kami, jika perkahwinan ini runtuh sekali lagi? Kalaulah ia terjadi, sudah tentu, kami tidak boleh bersatu kembali sebagai suami isteri kerana sudah tiga kali dilafazkan, nauzubillah. Bila pulang dari kerja, mukanya tidak pernah hendak senyum. Dia selalu mempamerkan wajah yang serius seolah-olah saya dan anak menjadi beban kepada dirinya. Dia tak pernah memanjakan anak. Malah dia akan marahkan saya sekiranya saya memanjakan anak. Sewaktu anak berusia setahun, suami telah menampar anak gara-gara anak menangis di waktu pagi.
Tidak hairanlah, talak perkara paling ditakuti kerana implikasinya sangat besar dalam sebuah perhubungan, bukan saja jiwa dan emosi isteri parah tetapi anak-anak juga akan menerima risikonya. Minggu ini, kita berkongsi luahan hati seorang isteri mengenai sikap panas baran suaminya. Dalam tempoh tiga tahun berkahwin, sudah dua kali talak dijatuhkan.
Hal-hal ini, membuatkan dia risau tambahan pula suaminya panas baran. Bukan saja panas baran tetapi suami juga tidak mesra dengan anak walaupun anak masih lagi kecil. Sebagai isteri, dia inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga tetapi dia tidak menikmatinya kerana suami yang begitu dingin.
Sebenarnya sudah lama saya memendamkan isi hati tetapi kali ini saya ingin berkongsi kisah hidup di dalam ruangan yang paling saya sukai ini, Ya Tuhan. Biarlah saya perkenalkan diri sebelum bercerita tentang masalah dihadapi. Saya berasal dari Pantai Timur, berusia 20-an dan mempunyai seorang anak yang masih kecil. Apa yang ingin diluahkan ini bukanlah ingin mengaibkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi satu perasaan yang sudah lama disimpan dan kini ia sudah semakin menekan emosi dan tidak tertanggung lagi.
Saya berkahwin dalam usia yang cukup muda. Saya dan suami sama baya. Kini sudah tiga tahun kami berkahwin tetapi sudah dua kali bercerai. Kalau di fikir, usia perkahwinan kami masih muda tetapi dalam tempoh itu, sudah dua kali talak dijatuhkan. Untuk makluman, saya amat menyayangi suami yang mana kami berkenalan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Suami seorang lelaki yang baik, cuma kadang-kala sikap panas barannya membuatkan hubungan ini bergetar.
Dahulu sewaktu pertama kali kami bercerai, saya tidak boleh melupakan dirinya. Setiap malam saya asyik teringat kepadanya tetapi setelah kami rujuk kembali, saya seolah-olah benci dan tawar hati kepadanya. Saya cuba untuk memahami keadaan suami tapi caranya membuatkan seolah-olah seperti kami tidak pernah ada masalah. Suami juga seperti tidak ikhlas untuk rujuk kembali.
Saya tidak tahu kenapa suami jadi begitu. Suami pernah berkata, dia akan membahagiakan
saya dan anak tapi sampai sekarang saya masih belum merasai kebahagiaan seperti yang dia janjikan. Kadang-kadang saya terfikir, kehidupan ini tidak pernah adil kepada saya. Saya selalu diuji dengan ujian yang berat sehingga kadang-kadang saya berputus asa untuk meneruskan hidup.
Tolonglah puan, saya sudah buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Hari-hari saya menangis mengenangkan nasib diri dan anak yang malang.
SHAH ALAM - Pasangan kekasih yang mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam kereta Mei lalu menjadi individu pertama dihukum sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Tertuduh lelaki yang berusia 29 tahun dan pasangannya, 24, masing-masing bekerja di syarikat swasta dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan dan sebatan enam kali.
Hukuman itu dijatuhkan selepas mereka mengaku salah atas tuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah bersama pasangan bukan muhrim pada jam 7.15 malam, 16 Mei lalu di dalam kereta Proton Iswara di tempat letak kereta Kompleks PKNS, di sini.
Fakta kes menyatakan, ketika ditemui kedua tertuduh hanya berpakaian dalam.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor nombor 9, 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun, sebatan enam kali atau dua daripadanya.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohammad khalid Shaee @ Shaii membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman sebatan sehingga tamat proses rayuan dan memerintahkan rayuan difailkan dalam masa 14 hari bermula semalam.
Permohonan itu dimaklumkan peguam syarie Shahida Elias yang mewakili kedua tertuduh yang telah membayar denda pada 16 September iaitu pada hari hukuman dijatuhkan.
“Tertuduh lelaki mohon penggantungan terhadap hukuman sebat berdasarkan Seksyen 141 enakmen yang sama. Permohonan telah dimasukkan dan afidavit juga diikrarkan hari ini (semalam). Begitu juga dengan pasangannya yang juga telah membayar denda,” katanya.
Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor Shafezan Rusli tidak membantah permohonan itu.
“Sekiranya permohonan dibenarkan, kami memohon kedua tertuduh dijamin oleh dua penjamin, iaitu seorang penjamin merupakan kakitangan kerajaan gred A dan seorang penjamin ialah ahli keluarga,” katanya.
Mohammad Khalid membenarkan permohonan itu dan memerintahkan tertuduh mengemukakan dua penjamin, termasuk seorang kakitangan kerajaan gred A.
Beliau juga menasihatkan tertuduh untuk segera berkahwin yang mana berdasarkan rayuan tertuduh sebelum ini, mereka menyatakan akan bertunang selepas raya dan akan berkahwin pada 20 Februari 2010.
Mohammad Khalid juga menerangkan kepada kedua tertuduh bahawa mereka perlu dimasukkan ke penjara bagi membolehkan hukuman sebat dijalankan meskipun hukuman itu tidak dijatuhkan, sekiranya rayuan ditolak.
Ini sejajar dengan Seksyen 125(4) enakmen sama yang menyatakan: dalam hal pesalah itu dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja nekad menyerang seorang buruh dengan topi keledar dan menikam paha lelaki terbabit menggunakan sebilah pisau sehingga cedera dalam satu kejadian di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, kelmarin.
Suspek yang baru berusia 18 tahun dikatakan bertindak demikian kerana tidak merestui hubungan cinta yang terjalin antara mangsa dengan ibunya.
Berikutan kejadian itu, mangsa berasal daripada Baling, Kedah dan menetap di Kemaman dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk dirawat sebagai pesakit luar selain menerima tiga jahitan pada bahagian dahi serta dua jahitan di paha kanan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa berada di kawasan perumahan Akasia bersembang bersama rakannya.
“Tiba-tiba suspek datang terus menarik tangan mangsa dan memukulnya dengan tangan serta topi keledar sehingga dahi mangsa cedera.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengeluarkan sebilah pisau dan menikam paha kanan mangsa sebelum melarikan diri, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui semalam.
Manoharan berkata, suspek yang tinggal di Kampung Bukit Kuang dilaporkan tidak suka mangsa menjalinkan hubungan mesra dengan ibunya berusia 46 tahun sehingga remaja terbabit bertindak sedemikian rupa.
Malah katanya, suspek sebelum ini pernah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak berhubung dengan ibunya.
“Mangsa berusia 40 tahun membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 8.55 malam dan kita sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.