HIDUPNYA cukup pasrah, tidak ada keluhan jauh sekali penyesalan. Baginya mengabdikan diri pada seni tetap diteruskan. Walaupun berat dugaannya, kini Abdul Wafaf Abdul Ghani, artis tanah air tersohor menderita masalah buang pinggang sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani rawatan cuci darah (hemodialisis). Bertambah parah, Abdul Wafaf turut mengalami masalah penglihatan apabila matanya semakin kabur. Sedangkan tangannya ingin terus berkarya dek minat terhadap seni yang tidak pernah mati. Penggiat seni kontemporari khat seperti Abdul Wafaf ini sememangnya seorang yang sangat hebat berkarya. Entah sudah beratus karya telah dihasilkan termasuk bagi karya untuk judul Basmallah (Dengan Nama Allah) sahaja telah dihasilkan sebanyak 800 buah. Di samping menjadi koleksi peribadi, karya-karya Abdul Wafaf dikatakan telah jauh berada di serata galeri dan muzium di banyak tempat di dunia ini untuk menjadi tatapan umum dan peminat seni. "Saya berkarya sebagai satu ibadah dan kecintaan saya terhadap Allah. Allah yang sukakan kecantikan dan diberinya saya bakat dan kemahiran maka saya kembalikan semua itu agar kita semua juga semakin mendekati-Nya walaupun atas nama seni!," kata Abdul Wafaf. Bakat sahaja mungkin tidak memadai kerana beliau mahu mendapatkan keberkatan dari Allah maka seni yang dihasilkan mesti melalui proses yang suci dan bersih. "Setiap kali saya berkarya, saya mesti dalam keadaan berwuduk, mengarah kiblat dan sambil berzikir terhadap-Nya. Penggunaan air untuk melukis saya pastikan sama ada menggunakan air zam zam ataupun air dari bacaan surah Yasin," ujarnya lagi. Hasilnya, karya seni Abdul Wafaf memang luar biasa indahnya. Jika yang dihasilkannya hanyalah tulisan-tulisan khat tetapi ia cukup berbeza indahnya berbanding tulisan khat yang lazimnya dibingkaikan dan digantung pada dinding. Dengan tajuk 'Fatihah Untuk Ibu' karya Shamsuddin Muhammad menyebabkan ramai tersentak. Namun mereka semua mengagumi daya kreatif dan imaginasi tinggi si pelukis. "Saya tidak mempunyai niat lain ketika menghasilkan karya ini semata-mata dedikasi saya sebagai seorang anak terhadap ibu tercinta. Gambaran ibu saya bersama-sama ayat-ayat dari surah al-Fatihah ini seolah-olah surah itu sentiasa dibacakan buat ibu dan buat penemannya di alam roh itu," katanya. harmoni Lukisan kanvas menggunakan cat akrilik karya Shamsuddin ini begitu harmoni apabila paduan latar rona coklat dengan tulisan khat putih yang sekali gus mencetuskan pandangan yang nostalgik terutama mengenangkan zaman seorang anak dibesarkan oleh ibu tercinta. Jika Shamsuddin berkarya sebagai mengenangkan si ibu tercinta sementara seorang lagi artis terkemuka negara Osman Akhbar mengabadikan zaman lampau yang penuh kenangan di atas lakaran kanvas lukisan bertajuk 'Pedoman' yang benar-benar sarat dengan pelbagai pengajaran. Namun ramai yang memuji daripada aspek kemahiran Osman yang melukiskan kitab al- Quran yang beralaskan kayu rehal itu seolah-olah 'hidup'. Beliau sendiri mengakui cabaran lukisan ini apabila beliau terpaksa memastikan tulisan ayat-ayat pada halaman kitab al-Quran yang dibuka itu adalah seperti kedudukan yang sebenar. "Saya perlu mengukur dengan tepat termasuk menulis ayat-ayat tersebut dengan kedudukan yang serong menuju ke tengah muka surat tersebut," katanya. Segala-galanya dari lukisan itu adalah juga untuk mengangkat keagungan elemen-elemen kebudayaan Melayu dan Islam yang kebanyakannya mungkin telah luput dek telan zaman. Penggunaan tikar yang dianyam daripada mengkuang yang menjadi alas lantai papan sebuah rumah tradisional Melayu ini dan elemen seperti sejadah, telekung, kopiah putih, rantai tasbih dan sebagainya dari lukisan itu benar-benar mewakili sebuah budaya Melayu berteraskan Islam. "Sengaja saya menciptakan satu sudut atau ruang Kemelayuan pada lukisan ini kerana tidak dinafikan pada ruang seperti itu kita tidak sahaja menimba kasih sayang. "Malah kita juga pernah dirotan kerana guru yang mengajar mengaji tidak puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak muridnya!" kata Osman. Nama-nama seperti Abdul Wafaf, Shamsuddin dan Ahmad Khalid adalah segelintir yang mewakili banyak lagi nama besar dalam seni kontemporari Khat atau bagi pihak Galeri R A Fine Arts memberikan istilah 'Khatat Nuansa Khat Seni Moden' ketika mempamerkan hasil-hasil karya sedemikian rupa di premis mereka di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Nama-nama seperti Syed Ahmad Jamal (Datuk), Shaarifah Zuriah Al Jeffri, Yusuf Bakar, Aris Atan, Mohammad Din Mohammad, Monair Nazir, Maamor Jantan dan ramai lagi merupakan mereka yang tahu menjadikan bakat dan karya seni untuk mencambahkan lagi rasa kecintaan terhadap Allah. Kreativiti dalam bidang seni lukis yang mereka tonjolkan memberikan lagi sudut-sudut keunikan dan keindahan Islam dan sekali gus kasih terhadap Allah semakin mendalam. Ia tidak semata-mata mengeksploitasikan bakat sekadar untuk mencuba pada sudut-sudut seni yang berlainan. Menurut pemilik atau Pengarah Galeri R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, lazimnya orang ramai atau peminat seni melihat hasil seni lukisan berunsur dan bercirikan Islam dalam bentuk yang agak tradisional. ciri-ciri keislaman "Kini dengan mengekalkan ciri-ciri keislaman itu terutama pada tulisan-tulisan khat, tinggal lagi kini ramai pelukis telah keluar dari corak yang tradisional kepada lanskap-lanskap baru yang lebih moden dan kontemporari. "Sama ada dari karyawan lama mahupun baru, masing-masing cuba memberi nafas baru pada setiap karya yang dihasilkan supaya ia setanding dengan karya-karya seni berunsurkan kontemporari yang lain," jelasnya. Peluang berkarya seperti ini perlu digalakkan kata Raja Ahmad Aminullah terutama bagi golongan pengkarya muda yang mungkin masih tercari-cari medium seni yang sesuai untuk mereka terus berkarya. "Jika sambutan diberi kepada penghasilan karya kontemporari Islam seperti ini maka kita akan mempunyai lebih ramai anak muda yang berkecimpung dalam dunia seni yang dapat diterima oleh semua pihak terutama agama itu sendiri. "Perkembangan seperti ini harus mendapat galakan kerana seni tidak pernah terpisah dari manusia sebagaimana ia ada peranan yang penting dalam membina tamadun manusia," katanya. Beliau mengutip kata-kata tokoh Islam terkemuka Pak Hamka yang menyebut, "pembinaan tamadun itu tidak cukup dengan hanya pembinaan kota-kota batu tetapi harus diisi jiwa-jiwa yang ada itu". Walaupun Islam secara tegas mengharamkan objek-objek hidup termasuk manusia dan haiwan menjadi subjek dalam lukisan namun Raja Ahmad Aminuddin percaya perkara itu telah jelas di kalangan para pengkarya. "Pengharaman adalah jelas jika lukisan benda-benda hidup itu untuk tujuan penyembahan dan pemujaan kerana itu membawa syirik Allah. "Sedangkan jika objek itu dilukiskan pada satu dimensi sahaja atau tidak sepenuhnya tiga dimensi di tambah lagi untuk tujuan pendidikan dan mengangkat pelbagai falsafah agama itu sendiri saya rasa seni kontemporari Islam mampu menjadi medium dakwah yang paling berkesan," katanya. Ini kerana kata Raja Ahmad Aminullah, mereka yang dapat melihat atau menafsirkan sesuatu di sebalik yang tersurat seperti lukisan sering memberi kesan kepada minda dan rohani seseorang itu. Bagi karya seni lukis Islam yang bertunjangkan khat, malah khat yang lebih 'berani' atau lari daripada kebiasaan, beliau yakin masih lagi terpelihara dari segala peraturan dan hukum penulisan apatah lagi yang membabitkan ayat-ayat suci al-Quran. "Khat dalam bahasa Arab bererti garis. Tapi dalam pengertian khusus ia difahami sebagai tulisan yang baik dan indah (alkitabul jamilah). "Jadi kita mesti memberikan pelbagai manifestasi baru terhadap khat, agar tulisan yang seindah itu mampu meletakkan martabat Islam pada kedudukan yang paling tinggi pada kaca mata dan minda manusia," katanya.Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-