TIGA puluh atau 40 tahun dulu ketika perkhidmatan kesihatan belum begitu meluas proses bersalin atau melahirkan bayi di rumah merupakan situasi biasa di kalangan masyarakat. Proses kelahiran secara normal di rumah berlaku tanpa peralatan-peralatan canggih sekadar kehadiran bantuan 'mak bidan' dan jururawat desa (jika ada). Seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dalam dunia perubatan, sebahagian besar proses kelahiran berlaku di hospital dengan bantuan para doktor dan jururawat serta peralatan-peralatan moden. Malah sesetengah bakal ibu memilih untuk bersalin secara pembedahan atau menikmati kecanggihan ubat-ubatan dengan fungsi untuk mengurangkan sakit bersalin. Sebab itu bakal ibu zaman ini sudah terlalu biasa dengan istilah-istilah seperti ceaserean, induce, epidural, vasektomy, etonox dan pelbagai lagi teknik rawatan bagi membantu memudahkan proses bersalin. Sedangkan kaedah bersalin secara normal pula hanya relevan di hospital-hospital kerajaan (jika tiada komplikasi yang melibatkan nyawa ibu atau bayi). "Bersalin adalah satu proses semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap wanita yang mengandung. "Tidak ada mana-mana wanita mengandung yang akan kekal mengandung selama hayat mereka, cukup tempoh anak akan keluar melalui saluran peranakan ibu sebagai satu tindak balas semula jadi sistem tubuh mereka," ujar Nadine Ghows, pengasas The Gentle Birthing Group (GBG), sebuah kumpulan sokongan untuk ibu-ibu yang memilih untuk bersalin secara normal. Kini menurut Nadine, di negara-negara Eropah bersalin normal di rumah menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu di sana. Malah kebanyakan daripada mereka juga berminat memilih kaedah bersalin normal di dalam air untuk menambah pengalaman melahirkan anak. "Ada di kalangan wanita yang mula mempersoalkan tentang penggunaan ubat-ubatan ketika proses bersalin. "Kelahiran normal bukan sahaja memberikan satu kelahiran yang tanpa sebarang intervensi malah ia memberi si ibu membuat keputusan sendiri untuk melalui proses bersalin yang mereka mahu. "Kita perlu didik minda kaum ibu bahawa setiap penggunaan ubat-ubat kimia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan. "Sebagai contoh, seorang ibu yang mengambil gas etonox untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin mungkin tidak mengetahui gas tersebut boleh sampai kepada bayi mereka dan sedikit sebanyak memberi kesan pada bayi. Antaranya bayi mungkin akan lambat bertindak balas terhadap penyusuan dan beberapa masalah lain lagi yang masih dalam kajian. "Jika kandungan tidak mempunyai apa-apa komplikasi, pilihan terbaik ialah bersalin secara normal tanpa sebarang intervensi," jelasnya yang ditemui di kediaman ibunya yang terletak di Subang, Selangor, baru-baru ini. GBG baru saja ditubuhkan oleh kumpulan ibu yang mahu dan memilih untuk melahirkan bayi mereka secara normal tanpa sebarang tekanan untuk menggunakan kaedah intervensi yang tidak begitu diperlukan. Kumpulan sokongan itu juga seboleh-bolehnya memberikan galakan dan sokongan terbaik kepada si ibu yang mahukan kelahiran bayi mereka secara normal. "Ketika mengandungkan anak sulong saya ini, saya berkesempatan bertemu dengan ramai kenalan, keluarga dan wanita biasa yang berkongsi pengalaman melahirkan bayi. "Selain itu saya juga banyak membaca bahan bacaan tentang kelahiran, belajar senaman dan menghadiri kelas pranatal dan terapi alternatif seperti akupuntur," jelasnya yang melahirkan anaknya, Sarah Ayesah Shafie, ketika berada di Australia dua tahun lalu. Hasil daripada bertukar-tukar pandangan dan pembacaannya Nadine mendapat kesimpulan sendiri bahawa sokongan, penjagaan dan galakan yang diterima oleh bakal ibu daripada kenalan dan keluarga menjadi penentu sama ada kelahiran yang bakal berlaku secara normal atau sebaliknya. Malah katanya, ramai wanita yang mampu bersalin normal memilih untuk bersalin di rumah melalui nasihat dan pengawasan pegawai perubatan. "Jika ibu memilih untuk bersalin di rumah dengan kaedah bersalin di dalam air, dia perlu memaklumkan kepada hospital berdekatan agar langkah serta peraturan sepatutnya akan dapat diikuti. "Lazimnya ibu akan diawasi oleh seorang doktor dan jururawat dan mengikut pengalaman mereka yang pernah melahirkan anak di dalam air, proses kelahiran tersebut kurang sakit berbanding kelahiran biasa," jelasnya lagi. Kelahiran dalam air di Malaysia Nadine percaya memang terdapat ramai wanita di Malaysia yang bersalin secara normal dan tidak kurang juga yang berminat mencuba kaedah bersalin di dalam air. "Sehingga kini terdapat dua hospital di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kelahiran di dalam air iaitu di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Island Hospital Penang," ujarnya yang kini sedang mendalami bidang pendidikan kelahiran bayi. Begitupun di negara ini, kaedah bersalin di dalam air masih belum dipraktikkan dengan meluas. "Terdapat banyak jenis kolam untuk bersalin dengan pelbagai saiz dijual dengan meluas di pasaran Britain. Kolam tersebut juga ada dijual di Internet serta farmasi tertentu di Malaysia," katanya. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang GBG bolehlah menghantar soalan dan kemusykilan anda kepada alamat e-mel: mygentlebirth@gmail.comOleh NOOR FAZRINA KAMAL
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-