SHAH ALAM: Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad, hari ini membuat akujanji kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa dia akan membetulkan akidah semua pengikutnya apabila selesai menjalani hukuman "Saya juga memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu Khususnya Sultan Selangor atas keterlanjuran dan pendapat yang batil yang saya lakukan serta menghina agama Islam yang maha suci. Saya juga memohon maaf kepada Majlis Agama Islam Selangor dan pihak Jabatan Mufti serta Majlis Fatwa," katanya.
yang bakal dikenakan terhadapnya kelak.
Abdul Kahar, 59, juga memberitahu mahkamah bahawa dia bertaubat nasuha
dan berjanji akan menghabiskan sisa umurnya untuk menjadi seorang Islam yang soleh berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah.
Pengakuan secara bertulis yang ditandatangani Abdul Kahar itu dibacakan oleh peguam syarie Azmi Rais ketika mengemukakan rayuan tambahan agar dia dikenakan hukuman yang ringan.-Bernama
Battery Reconditioning
6 years ago