PEMILIK butik Ms. Read, Helen Read pernah bergelumang dengan timbunan butang baju pada suatu ketika dahulu. Bekerja menjahit butang baju di rumah, beliau melakukannya ketika anak sulungnya, Benjamin tidur di buaian. Setiap hari, beliau bertungkus-lumus menjahit butang blaus yang dihantar kepadanya dalam satu beg penuh. Helen melakukan kerja itu semasa menjadi rakan kongsi bersama dua rakannya yang menjalankan perniagaan pakaian, Q-Corporation. Episod sejarah awal itu bagai sudah membuktikan akan minatnya terhadap bisnes dan kecekalan Helen. Meskipun dilahirkan dalam keluarga berada, Helen sanggup bekerja sebagai penjahit butang. Helen sedar, itulah caranya untuk beliau berdiri di atas kaki sendiri setelah berhenti kerja sebagai ketua unit pengemas bilik di sebuah hotel. "Walaupun bayarannya tidak lumayan, namun setiap sen yang diterima tetap memberi kepuasan," ujar Helen tanpa berselindung ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Wanita berambut pendek yang ceria itu terserlah karismanya sebagai usahawan. Berwawasan Pemilik merangkap Pengarah Urusan Ms. Read, butik terkenal bagi pakaian untuk wanita bersaiz besar itu nyata seorang yang berwawasan tinggi. Setelah menjadi pemilik penuh perniagaan Q-Corporation pada 1984 apabila dua rakannya melepaskan pegangan syarikat, ujian terus membadainya. Namun, beliau tetap tabah. Meskipun berdepan jatuh bangun akibat kemelesetan ekonomi yang dialami negara sekitar tahun 1990-an, wanita itu tetap membayangkan masa depan yang cerah. "Pada waktu itu, banyak perkara yang perlu saya tempuhi tanpa bantuan pihak luar. Ayah saya turut mengalami kerugian besar sebanyak RM7 juta apabila nilai saham-saham yang dibelinya jatuh merudum," ujarnya sambil menundukkan kepala menyembunyikan matanya yang mula berkaca. Keadaan itu turut mendesak adik-beradik Helen yang belajar di luar negara, kembali ke Malaysia dan mencari pekerjaan. Pinjaman Kerana masalah ekonomi juga, Helen bimbang besar kemungkinan pinjaman kewangannya dari sebuah bank tempatan terputus separuh jalan, sekali gus bisnesnya hampir terkubur. Namun, kerana kesungguhannya untuk meneruskan perniagaan, beliau mengambil langkah proaktif dengan mengirim sepucuk surat kepada pihak bank mengenai status perniagaannya. Berkat kegigihan dan berfikiran positif disusuli perbincangan secara bersemuka untuk meyakinkan pihak bank, Helen akhirnya mampu meluaskan rangkaian syarikatnya. Sebagai seorang anak, ibu dan kakak, Helen terus bekerja keras siang dan malam bagi mengatur strategi bisnes yang lebih mantap. Pada tahun 1997, Helen memberanikan diri mendaftarkan nama butik Ms. Read yang menjadi pusat penjualan pakaian-pakaian keluarannya. Hari ini, penat lelahnya berbayar apabila beliau bergelar usahawan yang cukup berjaya dengan pembukaan 16 buah butik Ms. Read. Dua buah butik lagi dijangka menjadi realiti sebelum hujung tahun ini. Jenama pakaian yang mementingkan kualiti itu turut mendapat perhatian di Singapura, Australia dan Amerika Syarikat (AS). "Tahun depan, kami mungkin akan membawa jenama Ms. Read ke Indonesia, selain mempelbagaikan lagi stail dan gabungan trend yang lebih moden," ujar wanita yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter itu. Helen yang giat melakukan kerja-kerja amal di dalam dan luar negara mengakui bahawa kepakarannya dalam industri yang diceburi itu bertitik-tolak daripada pengetahuan dan pengalaman melaksanakan tugas sebagai suri rumah. "Bayangkan daya fokus dan kemahiran serba boleh yang dimiliki dapat menyeimbangkan tanggungjawab domestik dan kerjaya dalam satu masa. "Sungguhpun begitu, tahap profesionalisme dan disiplin yang dimiliki membantu saya mengurus dan membahagikan masa dengan produktif," ujar Helen yang berpendidikan dalam bidang pengurusan hotel. Jenama Menyentuh tentang segmen perniagaannya yang mengeluarkan pakaian wanita bersaiz besar, Helen berkata, ia menjadi kenyataan apabila sebuah pusat beli-belah terkenal menghubungi dan memberikan ruang khas kepadanya bagi mempamerkan koleksi pakaian jenama sendiri. Helen cuma mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa wanita bersaiz besar masih boleh kelihatan menarik sekiranya bijak memilih fesyen pakaian. "Wanita secara amnya dilahirkan dalam variasi bentuk badan. Sebagai seorang wanita, saya memahami keinginan memiliki baju yang menepati cita rasa. "Apatah lagi ramai wanita di semua peringkat usia, menganggap diri mereka tidak mencapai standard kecantikan yang diletakkan oleh masyarakat. Mereka juga gagal mengamati bahawa kecantikan adalah sesuatu yang bersifat subjektif," katanya sambil memberitahu Ms. Read menawarkan pakaian bersaiz besar iaitu dari 12 hingga 22. Helen menegaskan: "Bukan pakaian sahaja yang menyuntik personaliti dalam diri seseorang secara keseluruhannya." Diperbaharui hampir setiap bulan, Ms. Read dibahagikan kepada tiga koleksi utama iaitu sut formal untuk ke pejabat, kasual dan pakaian ke majlis keramaian. Malah, idea itu turut dipanjangkan kepada baju tidur yang diperkenalkan baru-baru ini. Dengan dua orang pereka fesyen tetap dan terus bertambah, Helen dan suaminya, Edmund Read yakin untuk kekal berdaya saing pada tahun-tahun akan datang. Kejayaan Setelah mengerah keringat selama 23 tahun dalam bidang tekstil, kejayaan itu dikongsi bersama tiga orang anaknya iaitu Benjamin Yong, 32, Benedict Read, 31, dan Kristy Yong, 27. Mengadakan perjumpaan berkala dengan kakitangan di ibu pejabat, Helen tidak berminat untuk banyak bercakap. Sebaliknya, dia lebih suka membahagikan tugas atas dasar kepercayaan. Selain mereka pakaian bersaiz besar, satu lagi hobi yang sangat digemarinya adalah memasak. Malah, minatnya itu dikongsi bersama orang ramai melalui laman sesawang www.msread.com.my. "Tetapi, saya tidak berapa pandai menyediakan masakan Cina. Saya cuma tahu masak kari ayam dan beberapa juadah antarabangsa. Sekarang, saya sedang belajar menyediakan laksa Johor, laksa Singapura dan mi nyonya," kata Helen yng lebih rela pergi ke restoran untuk menikmati masakan India dan Melayu. Bukan sekadar bercerita tentang masakan, laman sesawang itu turut dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah seperti tip-tip yang berguna untuk kaum wanita yang dimuat turun dari semasa ke semasa. Helen memberitahu, peluang untuk melancong ke luar negara bersama keluarga atau kakitangan dimanfaatkan untuk mengenali budaya, masakan dan trend fesyen akan datang. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, Benjamin kini mengikut jejak ibunya untuk bergelar seorang usahawan berjaya. Benjamin melakukannya menerusi pembukaan kafe Delicious dan butik Dude & The Duchess sejak beberapa tahun lalu. Mungkinkah Ms. Read akan menawarkan produk-produk fesyen lain atau rangkaian pakaian wanita bersaiz normal? "Tidak. Perkara itu tidak terlintas di fikiran," jawabnya ringkas.Helen Read, usahawan wanita yang terkenal dengan himpunan fesyen bersaiz besar menceritakan bahawa hobinya kini adalah memasak.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-