Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut secara sepenuh masa di KIST.


Jawatan 1: PEMANDU BAS

Kelayakan:
a) Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan,
b) Mempunyai Lesen E Penuh,
c) Mempunyai PSV Penuh,
d) Pengalaman memandu sekurang-kurangnya dua tahun,
e) Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun,
f) Sihat tubuh badan,
g) Sopan santun,
h) Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan,


Jawatan 2: MEKANIK

Kelayakan:
a) Sijil IKM Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan,
b) Pengalaman membaiki kenderaan sekurang-kurangnya dua tahun,
c) Berumur 20 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun,
d) Sihat tubuh badan,
e) Sopan santun,
f) Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan,


Jawatan 3: PENGAWAL KESELAMATAN

Kelayakan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan,
b) Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun,
c) Sihat tubuh badan,
d) Sopan santun,
e) Sanggup bekerja (syif) lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan,
f) Keutamaan diberi kepada bekas anggota polis atau tentera yang telah disahkan jawatan serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Jawatan 4: EKSEKUTIF KIST PRINTING

Kelayakan:
a) Diploma Multimedia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan dan setaraf dengannya,
b) Pengkhususan dalam bidang grafik/web/fotografi
c) Mahir dalam menghasilkan Laman Web dan Persembahan Korporat
d) Sihat tubuh badan,
e) Graduan yang baru tamat belajar, digalakkan untuk mengisi kekosongan jawatan.
f) Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan



Perhatian kepada pemohon :

a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu
- Pejabat KIST Graduate Intake di setiap negeri

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah
RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

d) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana anak
syarikat KIST GROUP OF COMPANIES.

e) Tarikh tutup permohonan adalah 15 Oktober 2009.

f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group of Companies
Lot 4276, Mukim Tanggul & Lot 6739, Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu
Tel : 09 – 681 7323 Faks : 09 – 681 3323