MADINAH Al-Munawwarah merupakan kota suci kedua Islam selepas Makkah Al-Mukarramah. Terletak di sebelah utara kota Makkah. Ia berada di atas ketinggian 625 meter dari paras laut. Batas Tanah suci Madinah adalah di antara Jabal 'Iyr di sebelah selatan dan Jabal Thawr di sebelah utara. Jaraknya lebih kurang 16 kilometer. Di sebelah timur dan barat disempadani dengan dua batuan hitam dipanggil Harrah Syarqiah dan Harrah Gharbiyah. Sejarah Madinah Kota Madinah pada asalnya dikenali dengan nama Kota Yathrib sempena orang yang membuka kota ini iatu Yathrib ibnu Ubayl Ibnu 'Iwadh berketurunan dari Nabi Nuh a.s. melalui anaknya Sam ibnu Nuh. Selepas itu 'Amalek Bani Imlak telah membuka penempatan dan ladang. Dari sebuah penempatan kecil, Yathrib berkembang menjadi sebuah kota dan didiami oleh dua bangsa utama iaitu Yahudi dan Arab. Bangsa Yahudi terdiri dari tiga puak utama Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Mereka menguasai ekonomi kota Yathrib ini. Sementara itu, bangsa Arab pula terdiri dari suku Aus dan Khazraj. Mereka selalu bertelagah sesama sendiri sehingga kedatangan hamba Allah yang Mulia ke kota mereka. Hijrah Rasulullah SAW Ketika Rasulullah sampai di Quba' sebuah tempat di selatan Madinah baginda berhenti di rumah Kalthum Ibnu Hidam dan baginda membangunkan Masjid di sana. Masjid ini kemudiannya diberi nama Masjid Qubba' dan ia merupakan masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah berkampung di sana selama tiga hari, baginda kemudiannya bertolak ke Madinah. Kebetulan hijrah baginda SAW itu pada hari Jumaat. Apabila masuk waktu zuhur Rasulullah solat di suatu tempat dan terbinanya masjid yang dikenali sebagai Masjid Jumuah. Apabila Rasulullah tiba di Kota Madinah dengan menunggang untanya, orang ramai berebut-rebut memegang tali untanya. Namun baginda dengan penuh adab sopan dan diplomasi meminta mereka membiarkan unta tunggangannya bergerak bebas dan memilih tempat perhentiannya sendiri. Baginda telah berhenti di atas sebidang tanah tempat mengeringkan buah tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim peliharaan As'ad ibnu Zurarah. Anak yatim itu bernama Sahlun Ibnu Amru dan Suhaiyl ibnu Amru. As'ad ibnu Zurarah telah memberikan tanah tersebut sebagai hibah (hadiah) kepada Rasulullah SAW tetapi baginda menolaknya. Baginda membeli tanah tersebut dengan harga 10 dinar dan dibayar oleh Abu Bakar al-Siddiq. Rasulullah kemudiannya menjadi tetamu Abu Ayyub Khalid ibnu Zayd al-Ansari. Rumahnya terletak betul-betul di hadapan tanah tersebut. Hampir setahun Rasulullah menetap di sana. Masjid Nabawi Pembinaan Masjid Nabawi bermula pada hari kedua ketibaan Rasulullah SAW di kota Madinah. Pada asalnya terdapat pohon tamar dan pohon-pohon qharqad yang berduri dan perkuburan bukan orang Islam di tanah tersebut. Setelah kawasan tersebut dibersihkan dan perkuburan lama dipindahkan, baginda SAW bersama sahabat-sahabat baginda memulakan pembinaan masjid meliputi kawasan seluas kira-kira 850.5 meter persegi dan 2.9 meter tinggi. Dindingnya adalah dari campuran batu dan tanah. Tiangnya dari batang-batang tamar dan atapnya dari pelepah tamar manakala lantainya dari tanah liat. Ia juga tidak mempunyai mihrab dan mimbar pada permulaan pembinaannya. Ziarah Madinah Ziarah Madinah boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama ziarah dalam dan kedua ziarah luar. Ziarah Dalam Kebiasaannya jemaah haji yang tiba di Madinah akan bermukim di sana lebih kurang lapan hari. Pada pagi hari pertama jemaah haji tiba, mereka akan dibawa ziarah dalam. Jemaah haji akan ditunjukkan Babus (pintu) Salam. Bagi Jemaah lelaki mereka akan masuk melalui Babus Salam kemudian terus ke ruang solat untuk solat tahiyatul masjid. Setelah solat jemaah haji akan ditunjukkan rawdah iaitu kawasan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW: "Taman di antara taman-taman syurga". Jika berkesempatan jemaah akan dapat masuk untuk solat dan berdoa di dalamnya. Jika terlalu ramai jemaah haji hendaklah terus menuju Babul Baqi'. Selepas melalui mihrab, di sebelah kiri terdapat ruang yang telah dikepung dengan dinding dan jaring besi yang berukir. Di tengah-tengahnya terdapat tiga lubang yang besar sekali seakan-akan permukaan hajar aswad. Setentang dengan tempat inilah Rasulullah dimakamkan. Di sebelah baginda kemudiannya kubur Saidina Abu Bakar dan diikuti Saidina Umar. Setelah memberi salam dan membaca doa jemaah haji hendaklah terus keluar ke Babul Baqi'. Di luar masjid, setentang dengan Babul Baqi' terletak perkuburan bagi'. Jika berkesempatan jemaah haji lelaki bolehlah menziarahi perkuburan ini. Perkuburan Baqi' biasanya dibuka di antara selepas subuh sehingga jam 8.30 pagi dan selepas asar sahaja. Bagi jemaah haji wanita mereka akan dibawa ke hadapan Babus Salam sahaja. Kemudian mereka akan dibawa di hadapan Masjid Nabawi. Di sana jemaah haji wanita akan ditunjukkan Qubbatul Khadra' (kubah hijau). Di bawah kubah hijau itulah Rasulullah SAW bersemadi. Jemaah wanita hanya memberi salam kepada Rasulullah dan dua orang sahabatnya dari kawasan berkenaan kemudian mengadap kiblat untuk membaca doa. Jemaah haji wanita kemudian ditunjukkan perkuburan Baqi' dari luar. Setelah membaca doa untuk ahlul Baqi' mereka kemudiannya memasuki masjid melalui Babul Ali atau pintu bernombor 29. Sebelum ke rawdah jemaah haji terpaksa menunggu giliran untuk memasuki kawasan rawdah secara kumpulan. Kebiasaannya jemaah haji wanita dibenarkan masuk ke kawasan rawdah mengikut kumpulan benua. Ziarah luar Pada pagi keesokannya jemaah haji akan dibawa ziarah luar. Jemaah haji akan dibawa melawat kawasan yang bersejarah. Masjid Quba' Masjid Quba' terletak di perkampungan Bani Amru ibnu Auf iaitu kira-kira tiga kilometer (km) ke selatan dari Kota Madinah. Rasulullah tiba di Quba' pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M. Masjid in dibina di atas sebidang tanah tempat pengeringan tamar milik Kulthum ibnu Hadam. Ia dinamakan Masjid Quba' sempena nama sebuah perigi yang berada di tempat tersebut. Setelah selesai pembinaan masjid Rasulullah bersama sahabat solat berjemaah secara terbuka berkiblatkan Baitul Maqdis. Masjid ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Allah SWT merakamkan di dalam surah al-Taubah ayat 108 tentang kelebihan bersolat di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya... Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang keluar dari rumahnya kemudian sampai di Masjid Quba' dan bersembahyang di dalamnya baginya ganjaran pahala seperti menunaikan umrah". (riwayat Nasa'iy dan ibn Majah).Oleh MOHD. RAZALI ZAKARIA
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-