KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kira-kira 2,220 permohonan daripada 3,335 pemohon kalangan kaum India untuk mendapatkan kewarganegaraan dan taraf penduduk tetap Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian dalam Negeri. Permohonan itu diluluskan memandangkan pemohon menunjukkan taat setia mereka kepada negara ini, dan ada di antara mereka yang telah pun menunggu selama bertahun-tahun untuk menjadi rakyat Malaysia, katanya pada majlis jamuan malam anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini malam tadi. Najib berkata mereka juga telah bekerja keras untuk mencari rezeki di negara ini dan oleh itu, mereka banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Beliau turut menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mempercepatkan proses meluluskan permohonan yang tertunggak oleh kaum India bagi mendapatkan status penduduk tetap dan warga negara. "Saya telah meminta kementerian supaya meneliti masalah yang mempunyai kaitan dengan permohonan mendapatkan kewarganegaraan bagi penduduk tetap dan masalah lewat pendaftaran yang dihadapai oleh kaum India," jelasnya. Beliau berkata kementerian berkenaan perlu menyelesaikan keskes tertunggak, dan perlu sentiasa mengumumkan keputusan yang dibuat berhubung perkara itu dari semasa ke semasa. BERNAMA
Battery Reconditioning
6 years ago