Perhimpunan empat generasi Allahyarham Tok Mok Yoh di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan, berjaya mengumpul 520 daripada 600 orang ahli keturunannya. TIADA yang lebih menggembirakan selain dapat berkumpul bersama keluarga ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Lebih-lebih lagi tatkala menyarungkan baju baru yang cantik dan menghidangkan lauk-pauk yang jarang ditemui pada hari-hari biasa. Namun, jika perhimpunan itu melibatkan sehingga 520 ahli keluarga, pastinya ia sesuatu yang jauh lebih istimewa. Pada 3 Syawal lalu, ahli keluarga Allahyarham Tok Mok Yoh atau Sapiah Abdullah, yang terdiri daripada empat generasi telah mengambil kesempatan pulang ke kampung dan berkumpul beramai-ramai di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Bertempat di depan stesen kereta api Bukit Panau, lokasi berkumpul itu merupakan kediaman anak sulung Tok Mok Yoh iaitu Salleh Ismail. Sembelih lembu Acara yang dimulakan seawal pukul 7 pagi itu dimulakan dengan acara menyembelih lembu dalam kalangan ahli keluarga lelaki dan memasak daging lembu itu dalam kalangan kaum keluarga wanita. Susulan daripada itu, mereka turut mengunjungi kubur kaum keluarga yang kebanyakannya disemadikan di tanah perkuburan berdekatan. "Mak Da terharu, gembira sangat kerana dapat jumpa semua ahli keluarga tahun ini. Dalam ramai-ramai ini semuanya keluarga, tak ada orang lain," ujar Cik Limah Deraman, 71, salah seorang daripada empat orang terakhir generasi tertua keturunan Tok Mok Yoh. Ahli keluarga termuda berusia enam bulan. Ibu kepada tujuh orang anak itu juga berkata, keturunan Tok Mok Yoh bermula daripada enam adik-beradik yang berpindah dari Salor, Pasir Mas ke Bukit Panau. Sehingga hari ini keluarga besar itu dapat ditemui di kedua-dua daerah tersebut. Acara yang julung-julung kalinya diadakan itu kata cucu Tok Mok Yoh, Ruzelan Romli, 48, dirancang sejak Aidiladha tahun lalu. "Kami berpendapat, sekiranya kami tidak melakukannya pada tahun ini tiada siapa yang akan melakukannya dan akhirnya ikatan kekeluargaan akan dilupakan begitu saja. "Melalui perhimpunan ini, yang tidak pernah berjumpa pun dapat berjumpa. Ada yang tinggal di Siam. Ada juga yang bersekolah di sekolah yang sama tetapi tidak sedar mereka sebenarnya bersaudara," ujar Ruzelan yang dikenali sebagai Ayah Nik dalam keluarga. Menurut pengerusi jawatankuasa penganjuran hari keluarga itu, Mat Hasan Mohamood, 54, sambutan hari keluarga itu di luar jangkaan. "Keluarga kami setakat ini terdiri daripada kira-kira 600 orang. Jangkaan kami hanya 200 orang saja yang akan hadir pada tahun pertama ini. Sebaliknya, seramai 520 orang yang datang. Jadi ia sudah jauh melebihi sasaran," kata cucu Tok Mok Yah. Dokumentasi Satu langkah sistematik yang diusahakan jawatankuasa itu termasuklah membukukan salasilah keluarga mereka. "Dalam salasilah itu kami turut menyenaraikan maklumat berupa umur, alamat rumah, nombor telefon, pekerjaan dan sebagainya untuk membolehkan perhubungan kekeluargaan ini dapat terus disambung," tambah Mat Hasan. Acara itu juga katanya, memudahkan kerja-kerja pembancian dijalankan. "Ada ahli keluarga yang lebih susah, ada juga yang lebih senang. Apabila sudah kenal semua ahli keluarga, lebih mudah bantuan dapat disalurkan kepada yang lebih memerlukan," ujar pengusaha buah naga di Alor Pasir, Tanah Merah itu. Susulan daripada penganjuran itu, beliau dan ahli jawatankuasa yang lain mendapati cara terbaik untuk mengadakan hari keluarga seperti itu akan diadakan setiap dua tahun. "Kami sedar ada yang berkahwin dengan orang luar (bukan Kelantan). Jadi dengan mengadakannya setiap dua tahun dapat mengelakkan mana-mana ahli keluarga terlepas peluang bertemu sanak saudara di sini," kongsinya. Antara lain program lanjutan daripada perhimpunan itu termasuklah menubuhkan koperasi keluarga dan tabung kebajikan.Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-