MEGA: Apakah punca berkembangnya ajaran sesat dalam masyarakat? AZLAN: Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik kita meninjau dan meneliti punca-punca berkembang dan menularnya ajaran sesat dalam masyarakat. Sebagai tamsilan jika penyakit yang menimpa seseorang pesakit gagal dikesan oleh doktor pada peringkat awal, sudah pasti nyawa pesakit berada dalam bahaya. Setiap penyakit ada sebab dan puncanya walaupun kadang-kadang tiada ubatnya. Dalam konteks menyelamatkan pesakit daripada bahaya penyakit yang menimpa, maka seseorang doktor mestilah bijak mengesan dan menangani punca penyakit tersebut. Ini samalah juga dengan ajaran sesat dalam masyarakat. Punca utama yang menyumbang kepada suburnya ajaran sesat antaranya disebabkan oleh kejahilan individu atau masyarakat terhadap ilmu agama. Oleh kerana latar belakang seseorang individu itu tiada asas kuat atau pun kurang pengetahuan serta didikan agamanya, maka mereka lebih suka mencari dan mendampingi guru-guru agama yang boleh memberikan mereka jalan mudah untuk tidak melaksanakan tanggungjawab agama. Contohnya seperti ibadat solat dan puasa yang tidak perlu dipraktikkan, cuma guna niat semata-mata. Ini jelas bertentangan dengan syariat Islam yang mewajibkan setiap muslim mukalaf menunaikan kewajipan solat lima waktu sehari semalam. Jika seseorang individu berilmu dan beramal dengan agamanya mana mungkin secara mudah boleh terpengaruh atau terpedaya dengan dakwaan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai nabi dan 'Rasul Melayu'. Beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa JAIS dalam bulan Ramadan di rumah sewanya setelah sekian lama menghilangkan diri. Di Selangor, Abdul Kahar Ahmad iaitu bekas buruh Zoo Negara telah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu'. Betapa cetek dan kurangnya ilmu beliau sehingga sanggup menggunakan logik akal berhujah bahawa bagaimana boleh beriman dengan nabi Muhammad SAW sedangkan kita tidak pernah bertemu dan melihatnya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Maka tiada lagi nabi selepasku." Melalui hadis ini, amat jelas kepada kita bahawa jika ada pihak yang mendakwa diri mereka nabi selepas baginda, sebenarnya itu hanyalah dakwaan palsu dan tidak berasas sama sekali. Yang menghairankan ajaran sesat ini mudah mendapat pengikut. Bagaimana mereka melakukannya? AZLAN: Jawapannya agak mudah iaitu setiap yang menyeru ke arah kebaikan dan kebenaran pasti ada pengikut dan pendokongnya. Begitu juga dengan kebatilan, pasti ada pelopor dan pengikutnya. Andai kata ilmu dijadikan sebagai wadah penimbang, sudah tentu kita tidak mudah terpedaya dan tertarik dengan ajaran salah. Justeru Rasulullah SAW telah mengingatkan kepada umatnya tentang keutamaan dan kepentingan menuntut ilmu. Banyak hadis baginda yang menyuruh umatnya rajin mempelajari ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama. Hanya dengan berpegangkan agama dapat menyelamatkan seseorang muslim daripada tersesat dan disesatkan. Dalam usaha membaiki diri dan kembali ke pangkal jalan setelah melakukan kesilapan dan dosa kemungkaran, ramai juga individu yang terjebak dengan guru dan kumpulan ajaran sesat. Pada awalnya mereka menyangka bahawa setelah lama tenggelam dalam arus dosa, maka mereka telah insaf dan ingin mengisi jiwa mereka dengan pengisian rohani. Tetapi malangnya oleh kerana tiada asas agama yang kuat, maka ajakan dan pujukan rakan-rakan telah membawa mereka bertambah jauh daripada kebenaran. Pada zaman Saidina Ali karramallahu wajhah (k.r), telah lahir satu golongan yang dipanggil Rafidiyyah yang dipelopori oleh Abdullah Bin Saba' mendakwa Saidina Ali k.r. sebagai tuhan. Akibat taksub yang keterlaluan dan membabi-buta ini berjaya mempengaruhi beberapa orang pengikut yang terlalu 'mendewakan' Saidina Ali. Satu tindakan drastik telah diambil oleh Saidina Ali untuk membasmi golongan sesat ini iaitu hukuman bakar telah dijatuhkan. Biarpun hukuman tersebut tiada thabit dengan nas al-Quran dan al-hadis, namun hasil ijtihad beliau sendiri, maka dengan menurut kaedah Siasah Syar'iyyah, beliau telah pun melaksanakan hukuman tersebut. Bagaimana pula dengan golongan batiniyyah? AZLAN: Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Al-Munqiz Min al-Dhalal, telah menjelaskan bahawa golongan Batiniyyah telah muncul pada abad ke 2 hijrah iaitu pada zaman pemerintahan khalifah al-Makmun. Sebenarnya golongan batiniyyah berpunca daripada ajaran Majusi dan diketuai oleh Abdullah Bin Mainun al-Qaddah. Beliau berpura-pura memeluk Islam. Pada hakikatnya beliau seorang Yahudi. Golongan ini tidak berpegang kepada syariat zahir tetapi lebih kepada takwil kebatinan. Contohnya, ibadat solat menurut mereka tidak perlu kerana menyusahkan serta membazirkan masa. Mereka juga menafikan terjadinya kiamat kerana bagi fahaman mereka adalah mustahil Allah ciptakan alam dunia yang indah ini dan kemudian merosakkannya pula. Arak dan judi tidak haram bagi mereka kerana arak berasal daripada buah anggur yang pada asalnya adalah halal. Pada dasarnya mereka menakwilkan ayat-ayat al-Quran menurut kehendak hawa nafsu dan selera sendiri. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya' Ulum al-Din menjelaskan: "Siapa berkata mengenai ilmu kebatinan yang bertentangan dengan ilmu lahir (syariat), maka dia lebih dekat kepada kekufuran daripada keimanan." Kata Imam al-Ghazali lagi: "Siapa yang menyangka dirinya beserta Allah, sedangkan tanpa melakukan amalan solat atau minum arak, maka hukuman bunuh wajar dikenakan ke atasnya". Ilmu batin adalah penyempurna ilmu lahir. Tanpa ilmu (jahil) menyebabkan pengamal ilmu batin meremehkan dan menganggap ilmu syariat sebagai kulit dan ilmu batin yang mereka amalkan sebagai isinya. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah menghina syariat Allah. Jika mereka sengaja bertindak demikian, maka hukumnya kufur atau murtad. Abu Yazid al-Bustami menyatakan: "Jika kamu lihat seseorang sanggup melakukan perkara luar biasa seperti terbang di udara, maka jangan kamu mudah tertipu jika mereka tidak menjaga batas-batas syariat Allah SWT". Imam Qusyairy dalam kitabnya Risalat al-Qusairiyyah menegaskan: "Setiap syariat yang tidak dikuatkan dengan hakikat, maka tidak akan diterima. Manakala setiap hakikat tanpa dihubungkan dengan syariat, maka tidak berhasil. Maksudnya syariat dan hakikat adalah saling melengkapkan di antara satu sama lain". Apakah pula syarat-syarat menjadi guru mursyid (pembimbing rohani)? AZLAN: Sheikh Amin al-Kurdi dalam kitabnya: Tanwir al-Qulub menggariskan beberapa syarat untuk menjadi guru mursyid (pembimbing rohani). Antaranya: lMesti alim dalam ilmu fikah dan tauhid. lMesti menjaga adab tutur kata, tingkahlaku dan bersih daripada unsur-unsur hawa nafsu. lTidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan atau kekayaan daripada muridnya. lSentiasa menasihati murid dengan perkara kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. lTidak menekan murid dengan melakukan perkara di luar kemampuan. Pada dasarnya mereka yang tidak mempunyai sheikh atau guru pembimbing khusus dalam ilmu kerohanian, maka gurunya adalah syaitan. Dari Thauban r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Akan muncul di kalangan umatku golongan dajal pendusta yang jumlah mereka hampir 30 orang yang mendakwa menjadi nabi dan aku adalah penutup segala nabi, tiada nabi lagi sesudahku. (riwayat Muslim) Ajaran sesat bukan baru. Malah pada zaman sahabat pun sudah ada yang mengaku menjadi nabi. Jadi, apa penyelesaian ke atas isu ini? AZLAN: Pernah berlaku selepas kewafatan nabi SAW, seorang yang bernama Musailamah al-Kazzab mendakwa dirinya nabi serta beliau mendakwa memiliki beberapa kelebihan cuba memperdayakan khalayak. Malah lebih dahsyat daripada itu wujudnya fahaman ajaran sesat yang mendakwa tidak perlu sembahyang kerana kita tidak pernah melihat Tuhan sembahyang. Sebenarnya banyak lagi fahaman-fahaman ajaran sesat yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Berikutnya al-Aswad al-Unsiy dan Sujah al-Kahinah turut berdusta sebagai nabi. Pada zaman Tabiin pula, muncul Mokhtar al-Thaqafi mendakwa nabi. Zaman seterusnya muncul di Iran seorang lelaki yang bernama Hussin Ali Mirza Abbas mendakwa nabi. Di Sudan, Mahmud Muhammad Taha mendakwa sebagai nabi. Maka tidak hairanlah di Malaysia muncul Abdul Kahar Ahmad turut mendakwa menjadi 'Rasul Melayu'. Arifin Muhamad (Ayah Pin) turut mendakwa sebagai ketua kerajaan langit dan ketua segala agama. Sekadar menyebut beberapa nama pembawa dan penyeleweng ajaran sesat. Maka sudah sampai masanya kita bertindak tegas dan drastik ke atas ketua dan pengikut ajaran sesat. Jika zaman Saidina Ali k.r. dahulu, beliau sanggup membakar golongan ajaran sesat. Maka kita secara rasional wajar memikirkan suatu cara atau jalan yang mampu membasmi penyebaran ajaran sesat hingga ke peringkat akar umbinya. Di antara tindakan yang sesuai untuk membasmi ajaran sesat adalah memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya ajaran sesat, sama ada melalui khutbah-khutbah Jumaat, hebahan maklumat melalui radio, televisyen, internet dan sebagainya. Di samping itu hukuman berat perlu dikenakan kepada penyebar ajaran sesat beserta pengikut mereka. Mereka patut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau dijatuhkan hukuman 100 sebatan dan dihukum penjara di antara 5-10 tahun. Pada zaman sahabat nabi SAW dan zaman tabien, penyebar ajaran sesat dijatuhi hukum mati kerana merosak dan menyesatkan akidah masyarakat Islam. Semua bentuk hukuman yang dicadangkan di atas, perlu kepada pindaan peruntukan enakmen setiap negeri yang perlu dibawa dan dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan persetujuan anggota dewan, kecuali ISA tidak perlu dibahaskan di DUN.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-