Mega: Membaca isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Kedua Audit Negara itu pastinya melibatkan soal akhlak, moral dan integriti. Boleh Dr. jelaskan ketiga-tiganya? DR. AMINI: Akhlak adalah sumber tindak tanduk manusia yang membawa ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat menuju keredaan Allah SWT. Untuk mencapai hakikat ini, ilmu akhlak perlu dipelajari dan dipraktikkan. Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin merumuskan, sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota sehingga tidak ada sesuatu melainkan sesuai dengan sifat itu. Moral mengikut Kamus Dewan pula didefinisi sebagai ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang berasakan atau yang diukur daripada segi baik atau buruk sesuatu akhlak. Moral dikatakan subjektif sifatnya kerana ia berbeza dalam sesuatu budaya atau tamadun. Integriti pula adalah nilai pegangan, maruah, etika baik dalam melaksanakan sesuatu yang sahih dan benar. Ia juga berkait rapat dengan kejujuran, kebolehpercayaan, keadilan, kawalan diri, nilai moral positif, kekuatan akidah dan rohani. Islam tidak melarang umatnya mencari kekayaan. Tetapi apa pula hukumnya bagi mereka yang mencari kekayaan melalui cara yang salah? DR. AMINI: Memang benar Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan. Sebabnya kita perlu kepada wang untuk menyempurnakan ibadat seperti haji dan zakat. Waima untuk solat pun kita memerlukan pakaian yang menutupi aurat sebagai syarat sah solat. Pendek kata, tanpa wang sukar bagi kita melaksanakan ibadat tersebut dengan sempurna. Tanpa wang juga hidup kita akan menjadi gundah-gulana, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar besar dan kota metropolitan seperti di Kuala Lumpur. Cuma dalam Islam, mencari kekayaan itu mestilah berpaksikan kepada jalan yang halal. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...(an-Nisa': 29) Ini bermakna, Islam meletakkan sifat amanah dan integriti kepada umatnya. Dalam al-Quran ada banyak ayat suci yang menuntut setiap Muslim bersifat amanah. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu sentiasa Maha Mendengar lagi sentiasa Maha Melihat.(al-Nisa': ayat 58) Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bahawa sifat amanah itu bertunjang di hati sanubari manusia, kemudian al-Quran diturunkan maka hatinya yang bertunjangkan amanah itu akan mempelajari al-Quran dan al-Sunnah. (riwayat Muslim) Umum mengetahui bahawa rasuah itu haram tetapi ia semacam amat sukar dielak. Tetapi bila disebut babi itu haram, umat Islam boleh mematuhinya. Di mana silapnya? DR. AMINI: Dalam hal ini, kita perlu memberi tumpuan kepada mendidik. Ia perlu dilakukan di peringkat kanak-kanak lagi. Jika boleh di peringkat prasekolah dan diteruskan ke sekolah rendah dan menengah. Pemahaman tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap ekonomi dan sosial masyarakat perlu disebar melalui subjek sivik dan moral. Barulah masyarakat boleh melihat pengharaman rasuah itu sama dengan Islam mengharamkan umatnya makan babi. Dengan lain perkataan, kita perlu menggubal kurikulum tentang bahaya rasuah ini supaya memberi kesedaran kepada generasi akan datang tentang bahaya perbuatan tersebut. Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, ia boleh dibincangkan menerusi subjek Kenegaraan Malaysia. Tumpuan perlu diberi kepada soal integriti dan amanah yang dikaitkan dengan unsur-unsur patriotisme. Islam tidak membenarkan matlamat menghalalkan cara. Kita tidak mahu budaya Robin Hood yang merompak untuk didermakan kepada orang miskin dan memerlukan. Kita juga perlu ingat sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Setiap daging yang tumbuh daripada benda haram, maka nerakalah yang layak baginya". Saya juga mencadangkan supaya SPRM diberi kuasa yang lebih tinggi seperti Suruhanjaya Diraja bagi memastikan usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, ada baiknya kita menubuhkan Institut Etika Perniagaan sebagai mana yang ada di United Kingdom. Ini boleh membantu dalam meningkatkan integriti di kalangan para peniaga kita. Ada yang berpendapat, kalau tidak bagi rasuah susah hendak dapat projek, kontrak dan sebagainya. Apakah yang sepatutnya menjadi pegangan orang beriman dalam hal ini? DR. AMINI: Orang beriman mesti terima qada dan qadar Allah. Pada masa yang sama, perlu bersaing dengan cara yang sihat. Bukannya amalkan tumbuk rusuk atau under counter. Sebaliknya, jika mempunyai maklumat tentang perlakuan rasuah hendaklah kita melaporkannya kepada pihak berkuasa terutama SPRM. Lagipun, bukan hanya melalui tender atau projek, kita boleh mencari kekayaan. Ada lagi cabang lain dalam ekonomi termasuklah pertanian dan perladangan. Mereka yang diberi kuasa dan amanah pula hendaklah berlaku adil dan telus dalam menjalankan tugas. Sebabnya, amalan kronisme akan merosakkan ekonomi negara. Bagi mereka yang terpaksa 'berjuang' mempertahankan sifat amanah dan integriti walaupun mempunyai peluang menerima habuan atau rasuah, mereka ini berada pada makam yang tinggi di sisi agama. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2) Ramai yang jadikan orang lebih kaya sebagai perbandingan dalam bab kemewahan menyebabkan kita sering berlumba-lumba cuba mengatasi satu sama lain. Benarkah demikian? DR. AMINI: Kalau berlumba-lumba dan bersaing secara sihat dan halal, itu bagus dan digalakkan oleh Islam. Tetapi kalau berlumba-lumba kejar kekayaan melalui cara rasuah maka nantikanlah balasannya iaitu neraka Allah kelak. Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kehidupan dari (kenikmatan) duniawi...(al-Qasas: 77) Sebaiknya, kita perlu tawaduk (merendah diri) sama ada jika kita diberi kekayaan ataupun jika kita diuji dengan kesusahan. Dalam Islam, bukan banyaknya rezeki yang menjadi keutamaan tetapi keberkatan rezeki itu walaupun sedikit. Boleh Dr. jelaskan? DR. AMINI: Kadang-kadang kita tidak dapat lihat kesan keberkatan rezeki itu sekarang. Tetapi masa anak cucu kita akan datang. Keberkatan rezeki adalah penting kerana dengannya kita akan sentiasa dicukupkan oleh Allah dari segi keperluan. Keberkatan juga boleh berlaku dalam bentuk kejayaan anak-anak dalam pelajaran serta dihindari daripada bala dan musibah dalam hidup. Kalau kita lihat sumpahan Allah, ia boleh kena pada aset atau harta, diri, keluarga atau anak cucu kita di masa depan.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-