USIANYA baru mencecah tujuh tahun namun dia sudah biasa dihukum duduk di luar rumah hingga ke jam 4 pagi gara-gara tidak menghafal tajwid. Segalanya lantaran ketegasan arwah ayahnya, Syed Mohd Badiuzzaman Syed Lope Al-Yahya yang dipanggilnya 'walid' dalam mencorakkan laluan untuk dirinya dan abangnya bergelar qari serta qariah pada usia cukup muda. "Kami dua beradik memang tak berani membantah. Walid cukup tegas dalam soal mengaji dan solat. Jika dia ada di rumah, kami sekeluarga harus solat berjemaah manakala saya dan abang perlu mengaji selama sejam setengah setiap kali selepas waktu solat. "Bagi kami dua beradik, pulang dari sekolah, kehidupan seterusnya hanya untuk ibu dan walid," katanya.
Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.myUSIANYA baru mencecah tujuh tahun namun dia sudah biasa dihukum duduk di luar rumah hingga ke jam 4 pagi gara-gara tidak menghafal tajwid.
Jika kanak-kanak lazimnya mengaji sehari sekali, dia harus menatap al-Quran setiap waktu solat, lima kali sehari.
Saat rakan sebaya yang lain rancak berkejaran di luar rumah saban petang, dia pula sekadar mampu memerhati dari sebalik jendela.
Zaman kanak-kanak buat juara tilawah antarabangsa, Sharifah Khasif Syed Mohd Badiuzzaman yang cukup berbeza barangkali juga jarang mewarnai kehidupan kanak-kanak zaman ini.
Mula mengaji pada usia empat tahun, Sharifah Khasif mendekati bidang tilawah al-Quran pada usia tujuh tahun lagi ketika menyertai pertandingan tilawah al-Quran kebangsaan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Selepas mula bergelar juara pada usia kecil itu, dia kemudian dihantar ayahnya yang berkhidmat sebagai juruteknik di TNB untuk berguru bagi mendalami pengajaran tujuh jenis taranum manakala kejuaraan tilawah TNB berkenaan terus menjadi miliknya selama 10 tahun berturut-turut.
Untuk pertandingan tilawah peringkat kebangsaan pula, dia pernah mencatat rekod sebagai qariah termuda yang menyertai pertandingan berkenaan ketika usianya 18 tahun.
Setiap kali pertandingan, ayahnya yang meninggal dunia pada 3 Ramadan tahun lalu, harus ada bersama, begitu juga ibu dan abangnya.
"Ketika arwah masih ada, gandingannya dan abang memang saya harapkan untuk memantapkan bacaan setiap kali menyertai pertandingan. Apabila mendapat ayat untuk dibaca dalam satu-satu pertandingan, lazimnya saya merujuk kepada abang dulu untuk mendapatkan idea.
"Abang menjadi tempat rujukan saya untuk taranum manakala walid pula untuk bab berkaitan tajwid," katanya.
Tidak hanya menuruti kecenderungan ayahnya dalam bidang pengajian al-Quran, Sharifah Khasif turut mempamerkan kebolehan lain, seiring dengan minat dan kecenderungan ayahnya.
"Jika walid minat sukan, saya pun begitu juga. Malah, minatnya dalam bidang muzik pun membuatkan kami turut cenderung ke arah muzik.
"Walid memang tegas, tetapi dia sangat penyayang. Biarpun kami kurang berkawan kerana sentiasa perlu mengikuti rutin mengaji, kami mewah dengan kebendaan," katanya yang pernah menjadi kapten dan pemain tengah hoki pasukan sekolahnya selain bergelar tokoh pelajar.
Mungkin ramai beranggapan latar belakangnya dalam bidang pengajian al-Quran membolehkannya menguasai bahasa Arab dengan baik namun bagi Sharifah Khasif, bahasa itu dipelajari tanpa sebarang pendidikan formal.
Sejak di sekolah menengah, dia sudah boleh berbahasa Arab yang hanya dipelajari daripada ayahnya.
Sejak setahun ini pula, dia rajin ke negara Timur Tengah untuk menziarahi rakan dan saudara-mara di Yaman. Latar kehidupan masyarakat di sana juga membuatkan hatinya kini terpaut untuk sering tampil berjubah.
Dia pernah berjanji pada diri sendiri tidak mahu berumahtangga selagi tidak bergelar johan tilawah peringkat antarabangsa.
Mengakui belum berpunya, ciri lelaki pilihannya haruslah 'cantik' (ada rupa), cerdik mengatur kehidupan, setiap dan terdidik dari sudut agama.
"Namun, manusia hanya mampu mentadbir sedangkan yang mentakdirkan kehidupan kita hanya Allah.
"Selepas mengerjakan umrah, saya pernah terfikir untuk tinggal di Madinah beberapa bulan bagi mendalami al-Quran dan bahasa Arab namun apabila dipertimbangkan perkara itu sedalamnya, saya fikir kehadiran saya di negara ini lebih penting meskipun di sana, ruang untuk belajar dan menjadi tenaga pengajar terbuka luas.
"Saya sedar banyak yang mampu saya lakukan untuk anak muda di Malaysia khususnya bagi mewarisi ilmu taranum, suara dan fasohah (sebutan)," katanya.
Pernah digelar ustazah, Sharifah Khasif menyifatkan panggilan sedemikian mendorongnya untuk terus mencari ilmu agama apatah lagi dia meletakkan kedudukan ustazah di kalangan golongan berilmu luas.
"Lagipun sejak akhir-akhir ini, saya mula diundang untuk memberi ceramah agama. Asalnya saya hanya dijemput untuk mengaji, tetapi pada masa sama, ramai yang mula bertanyakan hal agama.
"Bagi saya, lebih banyak kita menimba ilmu pengetahuan, terasa lebih banyak perkara lagi yang perlu dipelajari," katanya.
Sudah terdidik dengan al-Quran sejak usia masih mentah, dia akui tidak mungkin dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa al-Quran di sisi.
"Al-Quran membentuk tubuh kita untuk sentiasa berzikir dengan kalam Allah. Apabila mendengar orang mengaji, saya jadi bersemangat. Jika dulu disuruh-suruh, kini tiada siapa yang memaksa, tetapi kita membina sendiri laluan kehidupan yang kita ingini.
"Apabila membaca al-Quran, ia meningkatkan ketakwaan diri kepada Allah namun jika mengaji itu disertai dengan sifat mazmumah (sifat tercela), al-Quran itu pula tidak akan lekat dengan diri kita," katanya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-