LINDA Onn, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni dan penyiaran negara. Wanita tinggi lampai berambut perang ini mula mencipta nama sebagai deejay di radio Era dan kini semakin dikenali melalui radio popular Sinar FM. Sebelum kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang pelakon lelaki berkecai di tengah jalan, nama Linda sering menjadi percakapan bukan sahaja kerana popularitinya sebagai deejay tetapi apa yang lebih nyata ialah kemewahan hidupnya. Bayangkan dengan tugasnya sebagai deejay tentu ramai yang tertanya-tanya daripada mana kemewahan itu mampu dimilikki? Sejak itu, pelbagai gosip timbul kononnya segala apa yang dimilikki deejay yang pernah membintangi filem Gila Bola ini ditaja oleh seseorang. Malah Hits pernah menerima beberapa panggilan daripada mereka yang tidak menyenangi akan kemewahan hidup Linda dengan mendakwa kononnya Linda ditaja oleh VVIP atau orang kenamaan. Dan baru-baru ini ketika diundang oleh Linda untuk menghadiri majlis rumah terbuka di banglo baru miliknya yang bernilai berjuta ringgit, Linda tidak terkejut ketika diajukan persoalan itu. "Saya tidak pernah ditaja oleh sesiapa. Semua yang saya miliki adalah hasil titik peluh saya sendiri." Itu tegas penyampai radio popular Sinar FM, Linda Onn saat diajukan persoalan mengenai dakwaan dan kata-kata sesetengah pihak terhadap kekayaan yang dimilikinya. Masakan tidak, Linda ketika ini bukan hanya mampu berbangga dengan memilikki enam rangkaian restoran asam pedas serta nasi ayam malah kereta serta rumah mewah. Dan, dakwaan itu bertambah kuat sementelah Linda kini sudah pun membeli sebuah banglo mewah di Bukit Indah, Ampang, Selangor yang dikatakan bernilai RM2.3 juta. Banglo yang terletak di kawasan eksklusif itu memiliki enam bilik tidur dengan hiasan dalaman yang cukup anggun. Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan serta apa sahaja kata orang, Linda menjelaskan bahawa segala kekayaan yang menyelimutinya bukanlah atas tajaan sesiapa. "Orang boleh nampak dan menilai apa yang saya lakukan selama ini. "Saya buka restoran yang kini sudah ada enam buah dan bekerja sebagai penyampai radio serta hos beberpa siri program," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman barunya di Bukit Indah, baru-baru ini. Selain keluarga dan saudara-mara, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis serta warga kerja Sinar FM. Kata Linda, kemampuannya untuk semua kemewahan itu adalah kurniaan Allah kerana usaha kerasnya membangunkan enam buah restoran di sekitar ibu negara, Ampang, Cheras serta Shah Alam. "Daripada perniagaanlah, saya dapat membeli apa sahaja yang diinginkan. "Tidak perlu ditaja dan sehingga kini pun, saya memang tidak pernah ditaja untuk mendapatkan semua ini," jelas Linda. Kepuasan Linda Ujar penyampai radio berbadan tinggi lampai ini, banglo mewah di Bukit Indah yang hiasan dalamannya berkonsepkan merah dan hitam merupakan ciri-ciri rumah idamannya sejak kecil lagi. Katanya, dia sendiri tidak berniat untuk membeli rumah tersebut tetapi memandangkan ia menepati impian dan melihatkan kemampuannya, ia akhirnya dibeli dengan segala urusan termasuk menetapkan konsep, pemilihan perabot dan hiasan dalaman ditentukan olehnya. "Saya berpuas hati 100 peratus kerana segala-galanya adalah atas kehendak saya sendiri. Berbulan-bulan saya merancang untuk memilih konsep. "Warna merah dan hitam adalah warna kegemaran saya. Untuk perabot dan hiasan dalaman, semua saya cari yang murah-murah. Sebab itu, saya terpaksa ke sana sini untuk mencari tempat yang menjual barangan hiasan termurah," ujar bekas penyampai radio Era ini. Ditanya tentang rumahnya di Jalan Ampang, Linda berkata, rumah tersebut masih didiami olehnya sekeluarga. "Rumah di Bukit Indah ini pun baru sahaja dua hari saya menetap di sini. Buat masa sekarang, saya belum memikirkan untuk menetap di rumah yang mana satu," katanya. Selesa bersendirian Sementara itu, peluang bertemu Linda tidak dilepaskan untuk bertanya tentang masa depan hidupnya termasuk soal berumah tangga. Pastinya, Linda akan 'digeruni' oleh lelaki untuk didekati memandangkan dia sudah memiliki segala-galanya. Menurut Linda, dirinya masih belum berpunya namun mengakui selesa hidup bersendiri. "Saya selesa begini. Tidak ada tekanan dan tidak terkongkong. Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi tiada calon. "Kalau ada yang takut hendak mendekati saya, biarlah. Sebenarnya, saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja," tegasnya yang bakal mencecah usia 32 tahun pada November ini. Linda sebelum ini menjadi sebutan 'carta' dunia hiburan tanah air lantaran kes 'perang mulut' antaranya dengan seorang pelakon lelaki popular yang juga bekas kekasihnya. Tidak lagi bersama Sehati Berdansa Dalam pada itu, baru-baru ini Linda diumumkan tidak lagi akan menjadi hos bagi program realiti Sehati Berdansa. Walaupun begitu, Linda sedikitpun tidak berasa terkilan atas perkara tersebut. Sebagai pengubat duka, Linda melahirkan rasa puasnya apabila diberi kepercayaan untuk menjadi hos bagi program Ritma Muzik Aktif di saluran Muzik Aktif (saluran 180, Astro). Menerusi program terbabit, Linda mengendalikan dua segmen iaitu Gemersik 60-an dan Rentak 70-an. "Saya banyak belajar tentang lagu-lagu lama sepanjang bertugas di Sinar FM. Segalanya saya gunakan sewaktu mengendalikan program di Ritma Muzik Aktif. "Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman tetapi tidak tahu bila ia akan ke udara. "Kiranya program terbaru ini sebagai pengubat duka sebab tidak dapat jadi hos Sehati Berdansa," kata Linda dalam nada gurau.Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-