KEADAAN di sekeliling Suci Refikawulan Sari tunggang-langgang dengan sisa runtuhan bangunan. Dia terpaksa merangkak di sebalik besi dan debu bagi mencari ruang yang membolehkan dia bernafas. Terhimpit selama 48 jam, kakinya tersepit antara bongkah konkrit dan satu-satunya cara untuk melawan kesakitan adalah dengan memikirkan tentang bayi lelakinya yang berusia 14 bulan. "Saya beritahu diri saya, saya perlu terus hidup. Saya ingin lihat anak saya membesar menjadi insan berguna,'' kata ibu dan guru berusia 25 tahun itu. Suci, merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang berjaya ditarik keluar daripada sisa runtuhan Sekolah Pragoya di Padang selepas bangunan itu roboh berikutan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegar Padang pada 30 September lalu. Turut selamat adalah seorang pelajarnya, Ratna Kurnia Sari, 20. Suci dan Ratna sangat bertuah kerana mereka terselamat dalam bencana alam yang sering menggegar Indonesia, tidak seperti 704 mangsa lain yang disahkan maut. Gempa kuat yang berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang itu turut mengakibatkan lebih 4,000 mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Sehari sebelumnya, satu gempa berukuran 8.0 skala Richter mencetuskan tsunami setinggi 7.5 meter di Samoa, American Samoa dan Tonga di Kepulauan Pasifik yang mengorbankan 177 nyawa. Dunia beberapa hari kemudian terus digegarkan dengan beberapa siri gempa termasuk di Mexico beberapa hari selepas itu yang berukuran 5.6 pada skala Richter, diikuti di Taiwan serta Filipina masing-masing dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter dan 6.5 skala Richter pada 4 Oktober lalu. Fiji turut digegarkan pada 3 Oktober dengan kekuatan 5.9 skala Richter dan bumi California sehari sebelum itu menerima gegaran dengan kekuatan 4.7 pada skala Richter. Bagaimanapun, menurut pakar geologi, gempa bumi di Indonesia tidak mempengaruhi gegaran yang melanda negara-negara di Pasifik Selatan. Melihatkan kepada skala gempa serta bencana itu yang sering menggegar negara jiran Indonesia, timbul persoalan mungkinkah akan berlaku gempa lebih besar yang menyamai kejadian pada 2004 yang turut mencetuskan tsunami dan mengakibatkan lebih 220,000 mangsa terbunuh di negara-negara sekitar Lautan Hindi, terutama di Acheh, Indonesia? Saintis sebelum ini pernah mengeluarkan amaran bahawa Padang merupakan satu lokasi yang berpotensi berlaku gempa ekoran kedudukannya yang berhampiran garis sesar dan selepas gempa pada 30 September lalu, saintis meramalkan, satu gempa lebih besar mungkin akan menggegar Padang lagi. Pakar geologi Institut Teknologi California, Kerry Sieh memberitahu bahawa Padang terletak antara dua garisan sesar yang tinggi dengan aktiviti seismik. Saintis menyatakan bahawa gempa besar di wilayah itu berlaku disebabkan geseran plat Indo-Australia dan plat tektonik Eurasia yang bergerak menghala satu sama lain pada kadar sehingga enam sentimeter setiap tahun. Berikutan tekanan ke atas garis sesar di Padang, satu gempa besar dengan kekuatan lebih 8.8 pada skala Richter disertai tsunami setinggi lima meter diramal berlaku di lokasi yang sama pada masa depan. Kemungkinan berlakunya bencana itu diletakkan pada kadar 100 peratus. Walaupun tarikh gempa itu tidak dapat dijangka, yang pasti gempa lebih besar pastinya akan menyebabkan jumlah korban dan kerosakan yang lebih tinggi. Perkara itu diakui pakar geologi Danny Hilman Natawidjaja daripada Institut Sains Indonesia yang menyatakan bahawa tekanan yang sedang membina di garis sesar ekoran siri gegaran boleh mencetuskan gempa lebih kuat jika dibandingkan dengan yang menggegar Padang pada 30 September lalu. Beliau yang mengkaji garis sesar Mentawai berhampiran Sumatera selama 12 tahun percaya gempa yang bakal berlaku itu 30 kali lebih besar berbanding yang menggegar di Padang baru-baru ini. Biarpun penyelidikan sains tidak dapat menentukan bilakah gempa itu akan berlaku, saintis berpendapat ia boleh terjadi pada bila-bila masa, mungkin esok, beberapa bulan atau tahun lagi, tetapi agak mengejutkan jika ia tidak berlaku dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Berdasarkan kerosakan serta kemusnahan berskala besar akibat gempa di Padang, pihak berkuasa wilayah itu dilihat jelas tidak bersedia menghadapi bencana berkenaan yang mengakibatkan lebih 180,000 bangunan runtuh. Indonesia yang menempatkan hampir 150 gunung berapi daratan dan dasar laut juga maklum negaranya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik sering berhadapan bencana gempa, namun usaha bagi meminimumkan impak akibat gempa itu tidak dilakukan republik tersebut. Misalnya, pakar geologi meramalkan Gunung Merapi antara sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta, dijangka meletus pada bila-bila masa. Kali terakhir Gunung Merapi meletus ialah pada Mei 2006 dan letusan itu memberi impak besar apabila 5,000 penduduk sekitar dipindahkan. Biarpun pakar-pakar geologi mendesak kerajaan menyediakan peruntukan bagi membina bangunan yang tahan dengan impak gempa serta membesarkan jalan raya di Padang bagi memudahkan penduduk menyelamatkan diri semasa bencana berlaku, kerajaan seolah-olah tidak memandang perkara itu sebagai penting. Apakah kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mempunyai persepsi bahawa adalah tidak berbaloi untuk membuat pelaburan besar bagi membina fasiliti dan bangunan-bangunan yang tahan impak gempa kerana ramalan gempa bumi yang dibuat biasanya tidak tepat dan berubah-ubah. Bukan sahaja gempa, Indonesia terutamanya di Sumatera Barat boleh dianggap sebagai pusat bencana di rantau Asia Tenggara kerana ia turut menempatkan beratus-ratus gunung berapi di samping kejadian tanah runtuh yang selalu berlaku. Dengan mengambil kira wilayah itu sebagai pusat bencana, kerajaan seharusnya memberi tumpuan lebih terutama dalam memastikan kesejahteraan serta melindungi rakyatnya daripada bencana alam. Namun apakah punca kerajaan enggan berbuat demikian? Mungkinkah masalah jenayah rasuah yang sering diperkatakan di Indonesia merencatkan usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan khas untuk rakyat dalam menghadapi bencana? Selain faktor kegagalan menyalurkan peruntukan oleh kerajaan untuk membina bangunan atau rumah yang lebih tahan gegaran, kerosakan serta kematian yang besar akibat gempa juga harus diletakkan kepada sistem amaran gempa yang gagal memberi amaran kepada penduduk supaya bersiap sedia menghadapi bencana tersebut. Selepas tsunami 2004 yang mengorbankan 168,000 mangsa di Indonesia sahaja, sistem amaran bencana nampaknya lebih menumpukan kepada ramalan tsunami dan bukannya jangkaan kemungkinan berlakunya gempa. Mungkin terlepas pandang, seharusnya tumpuan sama diberikan kepada ramalan gempa dan letupan gunung berapi kerana ia boleh mencetuskan tsunami selain boleh membawa kepada krisis kemanusiaan akibat bencana seperti krisis kekurangan bekalan makanan atau penyebaran penyakit berjangkit.Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-