DALAM kita miniti kehidupan sehari, dari soal membuat keputusan mahupun bersuara kita sering terlepas pandang soal pokok dalam menyatakan sesuatu. Kita seolah fokus dan terlalu obses dalam mempercayai setiap tindakan kita adalah benar tanpa mengambil kira pandangan lain. Di antara kontradiksi yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar mencetus suatu paradigma yang menyumbang kepada perspektif yang ingin saya rungkaikan. Keputusan Pemuda Pas yang menggesa pembatalan konsert Beyonce juga saya kira suatu arahan yang tidak bermatlamat. Adakah cuma ini sahaja jalan yang difikir releven untuk menyingkirkan pengaruh negatif dinegara kita ini? Bagaimanakah pula konsert artis tempatan kita, adakah mereka berpakaian jauh lebih baik dari Beyonce? Jangan salah faham, saya juga bukan menyokong acara tersebut, tapi sekadar memberi pandangan. Mungkin ramai yang memberi rasional bahawasanya pengamalan agama perlu pendekatan yang holistik, tetapi yang pasti bukan dalam keadaan yang drastik sebegini. Tarbiah Nabi juga pada para sahabat juga dengan kaedah berperingkat. Tuhan faham limitasi manusia dalam membuat perubahan lantas tidak menurunkan perintah agama secara keseluruhan contohnya pembentukan iman, perintah solat, larangan meminum arak dan sebagainya. Tetapi kita pula makhluk ciptaan memilih tarbiah yang drastik sedangkan kita sendiri dapat jangkakan penolakkan bakal berlaku. Memang sesungguhnya fundemental dalam Islam tidak mengkompromi dalam soal urusan akidah dan hukum hakam, namun realitinya kita sedar negara kita sendiri telah tersasar jauh dari konsep sebagai negara islam, jadi perlu ada hikmah dalam setiap keputusan diambil. Saya bukan ingin menggalakkan taqiyya, tetapi terkadang dengan menggunakkan kaedah prinsip lesser evil itu perlu. Mungkin kita dapat cadangkan kepada kerajaan, jika artis tersebut ingin membuat persembahan, beri mereka kod etika pemakaian dalam membuat persembahan dan pastikan garis panduan itu juga perlu ditetapkan kepada semua artis dinegara ini dan barulah tiada sebarang kontradiksi dan pertikaian akan berlaku. Kita tidak mahu anak muda dan rakyat membenci serta mereka lari jauh dari kita dan akhirnya sukar untuk kita mendekati mereka kerana hati mereka telah tertutup untuk melakukan perubahan kerana tiada ruang persefahaman. Yang pasti saya selaku anak muda memang menginginkan perubahan tetapi bukan dalam suasana yang begini, saya juga faham manusia itu adalah mahluk yang paling fleksibel namun walaubagaiman pun mereka juga memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan sesuatu yang baru. Naif bila kita fikirkan dengan perkataan dan perbuatan kita dapat mengubah seseorang sedangkan perubahan itu sendiri adalah dengan izin Tuhan. http://www.demokrazi.com/2009/09/dakwah-berkesan-dengan-fahami-jiwa.html
Battery Reconditioning
6 years ago