SUKHAIMI KASWAN, 51, merupakan seorang guru sebelum meletak jawatan dan beralih arah dalam bidang penyiaran pada tahun 1996 lalu. Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor kini menjadi seorang pengarah di sebuah syarikat penerbitan drama dan dokumentari iaitu Q-PLEX Communication Sdn. Bhd. yang beralamat di Taman Seri Manja, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Itu kisah kerjayanya yang terkini, namun pengalaman menjadi penerbit eksekutif sebuah dokumentari mengenai Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Kejar, Hutan Belum Banding, Perak amat mengujakan beliau. Gambaran suku Orang Asli itu ialah mereka berkulit hitam, berambut kerinting halus, hidung pesek dan bermata bulat serta memberi nama kepada ahli keluarga yang diilhamkan daripada alam sekitar seperti pisang, keledek dan teratai. Bahasa atau dialek yang digunakan ialah bahasa Asli Utara, selain kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Unik sekali, menurut Sukhaimi, rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus yang sekali gus memberi pengalaman baru kepada pengarah terbaik Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009 ini. "Pengalaman menghasilkan dokumentari pada awal tahun lepas (2008) ini memerlukan saya dan enam orang krew lain menaiki bot sejauh 60 kilometer. "Kemudian kami perlu meredah hutan sepanjang 30 kilometer lagi untuk sampai ke perkampungan mereka bersama seorang pakar alih bahasa kerana mereka tidak percayakan orang luar," ujarnya membuka bicara. Sukhaimi mengambil masa tiga bulan membuat kajian akademik mengenai Orang Asli Jahai tidak menafikan kaum itu masih mengamalkan kehidupan primitif. "Sebahagian kecil daripada mereka iaitu dalam lingkungan 100 orang masih hidup secara primitif mengikut sejarah nenek moyang mereka dahulu walaupun sebahagian besar mereka kini hidup dalam suasana moden. "Bukan tidak ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Orang Asli (JHEOA) untuk berpindah dan rumah yang selesa cuma mereka lebih selesa dengan situasi yang diamalkan sekarang. "Tetapi pihak Jabatan Kesihatan Perak dan JHEOA akan datang ke perkampungan mereka sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk menyelia tahap kesihatan dan kebajikan," ujarnya. Malangnya kata Sukhaimi, Orang Asli Jahai kurang mahir dari aspek ekonomi. "Mereka bergantung kepada ekonomi sara diri dengan menanam ubi keledek dan mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu, tongkat Ali, kayu gaharu yang dijual kepada peraih sebagai punca pendapatan. "Tetapi dari segi urusniaga mereka sering tertipu dan terkeliru. Not kertas RM50 dianggap kecil berbanding not RM1 sebanyak 10 keping hanya kerana kuantitinya tidak banyak. Selain itu, Sukhaimi juga meneliti rutin harian mereka yang mandi menggunakan air tasik tanpa menggunakan sabun serta menggosok gigi menggunakan arang. Bagi menambah sumber makanan, Orang Asli Jahai ini mencari madu dan menangkap haiwan seperti kera dan babi. "Walaupun terdapat binatang buas seperti harimau dan gajah, hubungan mereka dan haiwan buas begitu aman tanpa wujud 'persengketaan'," jelas Sukhaimi. Wanita cari pasangan Sukhaimi memberitahu, Orang Asli ini terkenal dengan keunikan amalan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga. "Sebenarnya, wanita yang mencari pasangan mereka. Kriteria suami pilihan pula terpulang kepada keinginan wanita terbabit seperti kuat, peramah dan sebagainya. Tetapi wanita yang bersuami mempunyai kuasa untuk bertukar suami. "Walaupun sudah berkahwin, wanita yang tidak lagi menyukai suaminya boleh menceraikan pasangannya itu bagi mencari yang lain. Kesian suami itu," ujar Sukhaimi sambil ketawa. Salah satu adat rasmi yang diamalkan Orang Asli Jahai ialah pasangan suami isteri diharamkan bertegur sapa dan bercakap dengan mertua dalam posisi dekat selain mempunyai orang tengah sebagai penghubung komunikasi. "Dikatakan amalan ini dilakukan untuk menolak bala. Wanita berperanan menjadi ketua institusi keluarga biarpun suami sendiri yang mencari rezeki. Isteri pula membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan mengangkut air dengan buluh. "Calon suami pula perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima berkahwin, antaranya perlu mencari madu lebah tanpa disengat lebah. "Ada juga calon yang perlu mengambil bunga di dalam hutan sebagai syarat selain tidak boleh bermalam bersama isteri untuk tempoh yang ditetapkan bomoh," katanya. Peranan Tok Batin Kalau berlaku kematian atau wabak penyakit, Orang Asli ini mengadaptasi dengan mengamalkan kehidupan nomad dan berpindah-randah. Mayat mereka yang mati akan diletakkan dalam sebuah pondok bertingkat dan tidak dikebumikan. Bahagian atas untuk mayat orang tua manakala mayat kanak-kanak di bahagian bawah. Roh si mati dipercayai dapat melindungi mereka yang masih hidup. "Mereka juga akan berpindah jika berlaku pertambahan bilangan dalam komuniti. Begitu juga jika terjadi perbalahan kecil kerana keperluan makanan. "Lazimnya, Tok Batin atau ketua kaum akan bertindak sebagai penyelesai masalah sekiranya timbul perbalahan," ujar Sukhaimi. Walaupun hanya dua bulan menetap di perkampungan Orang Asli ini, Sukhaimi yang sudah 'jatuh hati' dengan keringkasan kehidupan mereka mahu persekitaran tersebut kekal sebegitu. "Cuma bagi anak kecil, mereka perlu diberikan peluang pendidikan sewajarnya demi meningkatkan taraf hidup mereka pada masa kan datang. Jika peluang itu ada, Orang Asli juga boleh berjaya," ujarnya.Calon suami masyarakat Orang Asli Jahai perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima untuk berkahwin, antaranya perlu mendapatkan madu lebah tanpa disengat lebah.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
October
(82)
- Jemaah haji berisiko tinggi sebar H1N1
- Suri rumah ditahan kerana mengedar dadah
- Lebih 2,000 permohonan kaum India untuk menjadi wa...
- Awas puting bayi!
- Mantera cinta tak jadi
- Perjalanan hebat tetamu Allah
- Serah tubuh takut didakwa
- Tamak mengundang mudarat
- Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"
- Melahirkan anak cerdas
- Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Balasan di dalam Neraka
- Suri rumah dera anak tiri dipenjara 20 bulan
- Karadzic mahu hapus umat Islam
- Senario penyakit jantung di Malaysia
- Janda Datuk tuntut tunggakan banglo, kereta mewah
- Orang amanah makamnya tinggi
- Berkarya gambar kebesaran Allah
- Kejadian pelik petanda dunia akhir zaman
- Zakat menyuntik semangat
- Anak lelaki Abdul Kahar diberkas kerana sebar ajar...
- ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun
- Setahun setengah bulan madu di lautan
- Minum arak petanda tragedi ummah
- Rahsia kemewahan Linda
- Anak haram bercambah
- Kepentingan berkasih sayang
- Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid
- Isteri berhak ceraikan suami
- Wanita dibunuh atas katil
- Janji sebelum berpoligami
- Susun strategi ceburi perniagaan konsep Islam
- Buka tender pendaftaran TAX 1 hingga TAX 9999
- Polis tahan seorang lagi cucu mangsa bunuh
- Di akhir zaman nanti
- Azimat Buat Lelaki
- Bulan Madu Kedua’ kukuh rumah tangga
- Warga emas kena tetak
- Kaedah Mirena - Teknik merancang keluarga
- Perang rebut pembeli kereta
- Sarapan pagi demi pesakit strok
- Saintis ramal berlaku gempa lebih dahsyat
- PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI PETROLEUM DI INSTITUT LA...
- Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma...
- Pedang samurai bongkar jenayah
- Fatimah ibu mithali
- JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN (MPK)...
- Pengemis raih RM20,000 sebulan -Presma dakwa ada s...
- Sukarnya mencari calon sesuai
- Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1 juta
- JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (K...
- Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 b...
- Walid' dalam hidup Sharifah
- Aktif seks punca kanser
- Bapa maut ekori anak gadis
- Berdoa untuk kasih sayang
- Burung pipit bantu padamkan api
- Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
- 'Nikmat' bersalin normal
- Membentuk peribadi anak
- `Rasul Melayu' janji betulkan akidah pengikut
- Tetak isteri tuntut fasakh
- Juara Kenyir Cup bawa pulang RM15,000
- Malang berganda
- Ziarah Madinah
- Ilmu benteng ajaran sesat
- RM10,000 menanti pemancing
- Tawa dan tangis Ahmad Busu
- Durrah anak yang baik
- Empat generasi Tok Mok Yoh
- Penjahit butang ke pemilik butik
- Isteri cedera parah ditetak suami kerana tuntut fa...
- Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
- Luasnya syurga!
- 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat
- Raya atau pesta?
- Islam agama sejagat
- Kak Nor gigih berusaha untuk berdikari
- Muslim yang terpelihara
- Gadis belasah peragut
- Duit raya, ikhlas atau terpaksa?
-
▼
October
(82)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-