RM10,000 menanti pemancing



JERTIH - Balai Bomba dan Penyelamat Jertih menjemput kaki pancing untuk menyertai pertandingan memancing di Pesta Pancing Amal 2009 bagi merebut pelbagai hadiah hebat bernilai lebih RM10,000 di Dataran Kuala Besut, pada 10 Oktober ini.

Pengerusi Persatuan Sukan dan Kebajikan Anggota Bomba Jertih, Azmi Salleh berkata, pertandingan julung kali itu adalah anjuran persatuan tersebut yang terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jertih.

Menurutnya, kaki pancing di negeri ini berpeluang menyertai pertandi-ngan yang menawarkan hadiah wang tunai, selain cabutan bertuah.

“Pertandingan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari berhampiran Dataran Kuala Besut manakala pendaftaran dibuka mulai sekarang sehingga pagi hari pertandingan,” katanya yang juga Ketua Balai Bomba berkenaan.

Azmi berkata, peme-nang tempat pertama akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM4,000; kedua, RM2,000 ketiga, RM1,000, keempat, RM500; kelima, RM400; keenam, RM300; ketujuh RM250; kelapan RM200; kesembilan RM150 dan kesepuluh, RM100.

Sementara itu hadiah utama bagi cabutan ber-tuah ialah sebuah motosikal, 20 hamper dan bara-ngan lain.

“Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah RM50,00 untuk satu joran dan bila-ngannya tidak terhad, malah peserta akan memperoleh rebat RM10 sekiranya mendaftar talian Celcom yang ditawarkan secara percuma di gerai dikhaskan pada hari pertandi-ngan,” katanya.

Menurutnya, program bersama masyarakat itu diadakan bagi mengumpul dana persatuan.:

Katanya, pemenang akan ditentukan berdasarkan ikan terberat manakala umpan yang dibenarkan ialah anak ikan, udang, cacing, ulat dan dedak.

Kaki pancing yang berminat dan ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Hazmal di 019 9883284, Azihan (0199535511) atau Zuhar di 0139715667.

Sementara itu, Sinar Harian dilantik sebagai media rasmi pertandingan memancing berkenaan.