Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid



BAYI lelaki yang ditinggalkan di sebuah wakaf
berhadapan Masjid Telipot, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kariah Masjid Telipot di sini semalam terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki yang sedang menangis kerana lapar dan kesejukan dibiarkan di sebuah wakaf di kawasan masjid itu.

Bayi malang yang dibungkus dengan kain tudung itu ditemui pukul 8 pagi oleh sepasang suami isteri.

Semasa ditemui, bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan kebiruan-biruan akibat sejuk diletakkan di lantai wakaf tersebut.