PORT-AU-PRINCE 9 Feb. - Seorang lelaki berjaya diselamatkan dari celah runtuhan sebuah pasar di ibu negara Haiti ini semalam, empat minggu selepas dia didapati hilang dalam bencana gempa bumi yang melanda negara pulau di Laut Caribbean ini. Pasukan penyelamat menyatakan mangsa yang hanya dikenali dengan nama pertamanya, Evans, 28, dilihat dalam keadaan keliru ketika memberitahu ada orang yang memberinya air semasa dia terperangkap. Evans ditemui di pasar Croix Bossal, tempat dia berniaga nasi dan ahli keluarganya memberitahu mangsa telah hilang sejak bencana gempa bumi melanda pada 12 Januari lalu. Rakaman yang diambil sejurus selepas dia dimasukkan ke dalam hospital lapangan menunjukkan seorang lelaki kurus kering yang memakai kemeja bercorak dam. "Saya ingat dia sudah mati, tapi Tuhan menyelamatkan nyawanya," kata ibu mangsa kepadaCNN. Saintis sebelum ini menyatakan mereka yang terperangkap lebih daripada 10 hari memerlukan kombinasi 'ajaib' seperti tidak cedera, akses kepada air dan udara namun beberapa mangsa gempa Haiti menunjukkan perkara sebaliknya. Sementara itu, penduduk Haiti bersyukur kerana tiada hujan lebat turun sejak bencana alam itu melanda, namun keadaan tidak akan kekal sedemikian kerana musim hujan di Haiti selalunya meragut nyawa walaupun pada tahun yang baik. Port-au-Prince kini berdepan ancaman hujan musim bunga yang pasti menyebabkan tanah runtuh dan mencetuskan masalah kesihatan di khemah penempatan sementara dengan lebih 500,000 penghuni. Hujan mulai turun di beberapa kawasan namun Port-au-Prince yang merupakan kawasan utama bencana hanya mengalami hujan pada waktu tengah hari. Hujan setiap hari diramalkan pada penghujung bulan ini dengan musim taufan bermula pada Jun. Petugas kini sibuk memindahkan mangsa dari kawasan banjir selain cuba membersihkan gaung, terusan dan dasar sungai supaya penempatan sementara mangsa gempa tidak menjadi tempat membiaknya penyakit. "Terdapat kebimbangan berhubung kesihatan. Risiko yang wujud adalah besar dan sukar untuk memikirkan pelbagai perkara yang mungkin berlaku," kata jurutera dari pejabat Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa di Haiti, Mario Nicoleau. Kerajaan Haiti menyatakan ia memerlukan lebih banyak wang atau khemah sekiranya perpindahan penduduk mahu dilakukan. - AGENSI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-