RENUNGAN matanya sahaja sudah menimbulkan rasa terancam dan gerun. Itu belum lagi mendengar ngaumannya. Peluang mendekatinya, walau dihalang tabir besi, masih boleh membuatkan seseorang menghela nafas sesak dan jantung berdegup kencang. Dikhabarkan, setiap langkah dan gerak geri diatur makhluk ini diiringi kepekaan deria yang tiada bandingan. Kalau begitu, bukankah ia mendengar rentak jantung kita yang berasa takut akan kehadirannya? Namun, sifat itu tidak sepenuhnya diwakili spesies harimau Siberia (Panthera tigris altaica) yang berada dalam jagaan di Tiger Valley, Lost World of Tambun, Ipoh, Perak ini. Di sebalik karektor ganas lima ekor harimau itu, ia menyembunyikan sifat yang bertentangan. "Subspesies harimau paling besar ini sebenarnya mudah tersinggung apabila tidak dibelai dengan penuh kasih sayang. Ia amat manja," kata penjaga harimau terbabit, S. Kamalanathan, 38. Sebagai penjaga, kesemua harimau yang terdapat di Tiger Valley itu sudah Kamalanathan anggap seperti anak sendiri. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengamalkan sikap pilih kasih dalam penjagaan, sekurang-kurangnya tidak ditunjukkan di hadapan 'kucing-kucing besar' itu. "Harimau merupakan haiwan yang amat sensitif dan mempunyai sifat cemburu serta mudah merajuk apabila tidak diberi perhatian," katanya yang mesra dengan panggilan Nathan. Manja, sensitif, cemburu, dahagakan kasih sayang dan mudah tersinggung? Apakah benar semua yang dicakapkan itu berkenaan harimau? Memang suatu ironi. Nathan memberitahu, Tiger Valley memiliki tiga ekor harimau Siberia jantan manakala selebihnya adalah harimau betina. Masing-masing mempunyai nama tersendiri iaitu Sultan berusia 16 tahun seberat 320 kilogram (kg); Putera (enam tahun, 280 kg); dan Jazz (empat tahun, 300 kg). Dua ekor lagi ialah Azian yang berusia enam tahun dan seberat 280 kg, manakala Raima, 14 tahun, 260 kg. Mamalia bereputasi ganas itu dilatih Nathan mengikut karektor masing-masing. Sultan misalnya, merupakan harimau dominan dan bertindak sebagai 'bapa' kepada yang lain. Ia kelihatan seperti mengasari harimau lain walhal ia sebenarnya mengajar cara mempertahankan diri. Putera pula mempunyai keegoan yang tinggi disebabkan ia merupakan anak harimau pertama yang dilahirkan di Tiger Valley sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia. Ia bersikap manja dan gemar mengusik Nathan. Kalau tiba waktu tidur pula, Putera suka meragam. "Jazz pula dianggap macam cahaya mata sendiri kerana saya yang menjaganya sejak ia dilahirkan. Memandangkan usianya, ia lebih aktif dan suka berlari berbanding yang lain," kata lelaki bujang ini. Melihat gelagat Azian yang bersahaja dan tidak segan di hadapan lensa kamera, seseorang pengunjung akan segera melabelnya persis bintang popular. Ya, memang hakikatnya, harimau itulah yang telah 'berlakon' sebagai harimau jelmaan dalam filem Waris Jari Hantusedikit masa lalu. Perhatian kepada Azian itu mungkin membuatkan si Raima berasa cemburu. Dengan badan yang besar, Raima tidak mahu kalah menonjolkan diri sebagai harimau betina yang aktif dan pintar menunjukkan pelbagai kemahiran dalam pertunjukan. Melatih 'anak' Nathan mula diperkenalkan dengan ilmu penjagaan harimau sejak tahun 2006 secara sambilan. Tanpa disangka, dia semakin berminat untuk memahami naluri haiwan karnivor itu lantaran sudah biasa mendekatinya setiap hari. Walaupun pernah terpaksa melupakan 'teman-teman' sepermainannya itu buat seketika kerana mengejar tugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nathan telah dipanggil semula oleh majikan lamanya pada 2008 untuk menjadi penjaga harimau sepenuh masa. "Secara amnya, saya perlu memastikan harimau-harimau berada dalam keadaan sihat, cergas dan selesa. Semuanya perlu dibelai kasih sayang selain dilatih agar berdisiplin," ujarnya yang banyak menimba ilmu melalui Internet dan daripada penjaga harimau Zoo Negara dan Zoo Taiping, Perak. Bagi pelatih harimau sepertinya, tiada kepuasan dapat digambarkan apabila anak didiknya itu mempercayainya lalu patuh kepada arahan asas seperti duduk, melompat, dan tidak bercakaran antara satu sama lain. "Harimau kalau berada di hutan, ia mengetahui cara menjaga diri sendiri tetapi apabila ia tidak tinggal di habitat asalnya, kita yang perlu menjaganya dengan baik," terangnya yang senang menyentuh, mengusap dan mencium haiwan itu. Bercakap soal diet, setiap harimau di Tiger Valley mempunyai sukatan makanan sendiri mengikut berat badan. Sebanyak empat hingga enam kilogram daging segar pelbagai jenis perlu disediakan sehari bagi setiap harimau. "Pemberian daging lembu, ayam atau kambing perlu mengikut jadual tetapi akan berlaku perubahan jika haiwan tersebut sakit," jelas Nathan. Bagi bekalan daging beku pula, dia perlu menunggu selama enam jam supaya ia lembut dan darah dapat mengalir sebelum dicampakkan sebagai habuan perut kelima-lima harimau tersebut. "Darah akan membekalkan vitamin. Sama juga pentingnya dengan pemberian makanan lain seperti satu sudu vitamin tambahan, protein, telur serta minyak kod," katanya yang menerima kedatangan pihak Jabatan Haiwan Perak setiap tiga bulan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap harimau jagaannya. Pernah digigit Memang banyak memori yang Nathan bina bersama lima sang belang kesayangannya itu. Daripada situasi memujuk waktu dimandikan, meredakan harimau yang agresif, hinggalah kepada pengalaman bermalam di sebelah kandang untuk menjaga perkembangan harimau yang sedang sakit. Namun, ada satu peristiwa yang hampir-hampir membuatkan Nathan berfikir semula sama ada benar itu adalah skop kerjanya. Bukan kisah terkena cakar atau digigit manja, tetapi kakinya pernah disalah erti sebagai makanan lazat. "Pengalaman itu masih segar dalam ingatan. Semasa kejadian, saya baru lepas memotong daging untuk diberikan kepada harimau-harimau itu. Atas kelalaian sendiri, saya tidak sedar terdapat secebis daging yang terlekat pada betis. "Umum tahu betapa haiwan ini mempunyai deria hidu yang hebat. Pada masa itu, ada seekor harimau sedang sakit dan saya perlu membawanya ke bilik rawatan. Ketika mengiringinya, saya mendapati ia mengekori rapat. Tanpa diduga, ia menerkam dan membaham betis saya," imbasnya. Selama satu setengah bulan, Nathan berehat untuk membolehkan kecederaan kakinya pulih. Gigitan harimau itu sangat kuat hinggakan giginya menembusi isi daging betisnya. Meskipun sepanjang tempoh itu dia menanggung sakit, lelaki ini tidak pernah berputus asa atau lemah semangat. Kini, sudah empat tahun Nathan setia pada tugasnya. Dalam banyak-banyak perkara, isu paling utama baginya adalah aspek keselamatan. Bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk setiap pengunjung yang melawat ke tempat itu. "Satu-satunya ketakutan saya adalah kalau saya terlupa untuk mengunci kandang dengan baik. Bayangkanlah kalau itu terjadi. Saya bukan melepaskan bulldozer, tetapi haiwan liar yang mengancam nyawa!" Katanya berseloroh. Kalau harimau-harimau itu berjaya dilatih untuk menjadi bintang di mata pengunjung, Nathan juga menerima banyak pengajaran bernilai. Daripada haiwan itu, dia telah belajar tentang keyakinan diri untuk mengendalikan perasaan takut dan was-was. "Pengalaman menjaga harimau ini juga telah menjadikan saya seorang yang sabar, berdisiplin dan pengasih selain membuatkan saya lebih bersedia menghadapi masalah dan mencari penyelesaiannya," jelas Nathan bangga.Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-