Selama ini mungkin ramai yang menganggap berniaga di pasar tani sebagai pekerjaan kelas kedua, sedangkan hakikatnya ia menjanjikan pendapatan yang lumayan dan tidak terhad. ADA pendapat menyatakan menggenggam segulung ijazah belum tentu menjamin peluang pekerjaan kepada seseorang kelak. Berbalik kepada realiti yang berlaku hari ini, ternyata pendapat itu ada kebenarannya kerana lambakan graduan yang dihasilkan setiap tahun daripada pelbagai universiti menyebabkan persaingan mendapatkan pekerjaan menjadi semakin sengit dan mencabar. Justeru, bidang ilmu keusahawanan merupakan alternatif terbaik kepada golongan ini untuk mempersiapkan diri sekiranya tidak mendapat pekerjaan yang diimpikan. Bagi mereka yang sudah bekerjaya pula, ia boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Melihat kepada permasalahan yang berlaku, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bekerjasama dalam pelaksanaan sebuah program yang dikenali sebagai Pasar Tani Siswazah. Bertujuan untuk melahirkan lebih ramai graduan menceburi bidang perniagaan pada masa hadapan, pasar tani ini telah memulakan operasinya yang pertama pada 31 Januari yang lalu di Taman Bullion Mewah, Batu Muda, Selayang. Seramai 42 pelajar dan graduan daripada beberapa universiti tempatan seperti UniKL, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih untuk menyertai program itu dengan menjual pelbagai produk seperti makanan dan berasaskan industri kecil dan sederhana tempatan. Ubah persepsi Pengarah Kanan (Pembangunan Usahawan) FAMA, Abd. Wahid Mat Radzi berkata, pelaksanaan Pasar Tani Siswazah yang julung-julung kali diadakan di negara ini bertujuan mengubah persepsi pelajar dan graduan dalam bidang perniagaan. "Selama ini mungkin ramai yang menganggap berniaga di pasar tani sebagai pekerjaan kelas kedua, sedangkan hakikatnya ia mampu menjanjikan pendapatan yang lumayan dan tidak terhad jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. "Pada masa yang sama, mereka akan lebih berdikari dan mampu mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada corak 'makan gaji' semata-mata selepas menamatkan pengajian. Dengan ilmu yang telah dipelajari, mereka boleh mempraktikkannya untuk menghasilkan produk-produk baru yang sesuai atau mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya. Tambah Abd. Wahid, konsep sedemikian akan diperluaskan di seluruh negara pada masa hadapan dengan tumpuannya di kawasan yang berdekatan dengan universiti atau kolej. "Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang tinggi kerana caj yang dikenakan hanyalah RM580 untuk peralatan seperti kanopi, alas meja, apron, topi dan baju T serta RM7 untuk caj tapak perniagaan. "Konsep yang diperkenalkan di pasar tani ini ialah 50-50, iaitu gabungan antara golongan siswazah bersama-sama peniaga biasa yang mempunyai pengalaman berniaga di pasar-pasar tani lain sebelum ini," ujarnya. Abd. Wahid menjelaskan, pelajar yang terpilih menyertai program itu perlu menjalani kursus sehari yang disediakan FAMA berhubung etika dan tatacara perniagaan yang betul. "Jika mereka menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi, dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi kita akan hantar mereka menjalani kursus tahap kedua yang akan diadakan di Institut Latihan FAMA di Port Dickson. Mereka akan diberi mentor iaitu para usahawan pasar tani yang telah berjaya bagi mempelajari tip-tip dan panduan menguruskan perniagaan. "Malah FAMA juga akan membantu mereka untuk mencari modal dan mengembangkan perniagaan sehingga ke tahap yang lebih tinggi seperti konsep karavan atau pasar mini pada masa hadapan," katanya. Katanya, daripada 17,250 peserta pasar tani di seluruh negara, seramai 2,000 daripadanya merupakan graduan yang menjalankan perniagaan secara tetap dan sampingan. "Pada tahun ini, kita menyasarkan seramai 250 graduan dapat dilahirkan melalui konsep yang dilaksanakan," katanya. Peluang berniaga Sementara itu, seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan rangkaian UniKL, Khairiah Othman, 27, berkata beliau berbangga kerana mendapat peluang berniaga sekali gus meluaskan pengalaman dalam bidang berkenaan. Beliau yang berniaga bersama abangnya, Zulhelmi Othman, 32, memilih untuk berniaga sayur-sayuran yang ditanam di kawasan seluas 0.98 hektar di kawasan rumahnya di Kampung Lonek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. "Produk-produk seperti cili api, serai, daun kunyit, pucuk paku ini mempunyai permintaan pasaran yang tinggi di kalangan warga kota. "Walaupun agak penat kerana terpaksa bangun seawal 2 pagi untuk menyiapkan bahan-bahan perniagaan dan berulang alik ke sini, namun ia hilang selepas melihat hasil jualan yang agak memberangsangkan," katanya yang sudah bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Ujarnya, konsep yang dilaksanakan itu agak menarik kerana kesemua mereka berpeluang berniaga bersama-sama peserta lain yang telah lama berniaga di pasar tani sebelum ini. "Setidak-tidaknya kami boleh mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada mereka bagaimana kaedah untuk berniaga dengan baik di samping cara terbaik memenangi hati pelanggan," katanya. Menyahut cabaran Sementara itu, Nik Mohd. Faizal Nik Mamat, 24, dan rakannya, Mohamad Hadi Zainal, 23, menyahut cabaran berniaga di situ walaupun timbul perasaan gementar pada mulanya kerana kekurangan pengalaman. Sebagai permulaan, kedua-duanya memilih perniagaan air soya dan taufu fa yang dilihat mempunyai penggemarnya tersendiri tanpa mengira kaum dan usia. "Buat masa ini, bahan-bahan jualan, kami dapatkan daripada peniaga soya di sekitar Batu Caves. Pada masa akan datang, kami bertekad untuk mempelajari dan membuatnya sendiri kerana cara itu lebih menguntungkan," kata Nik Mohd. Faizal pelajar tahun dua ijazah sarjana muda kejuruteraan rekaan produk itu. Jelasnya, perniagaan yang dijalankan tidak mengganggu tumpuannya terhadap pengajian kerana ia dilakukan pada hujung minggu di samping mendapat restu keluarga. "Pada mulanya, ramai yang tidak percaya akan hasrat saya untuk berniaga di pasar tani malah, tidak kurang yang beranggapan usaha tersebut tidak akan ke mana-mana. "Namun syukurlah, walaupun baru dua minggu berniaga, namun ia sudah menampakkan hasil. Ternyata pengalaman saya bekerja di sebuah pasar raya dan kedai serbaneka suatu ketika dahulu banyak membantu dalam berinteraksi dengan pelanggan," ujarnya. Kata Nik Mohd. Faizal lagi, apa yang penting ramai antara rakan-rakan serumahnya yang turut mula menunjukkan minat untuk menceburi perniagaan ini pada masa akan datang. "Keuntungan yang diperoleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan membayar sewa rumah lantas kami tidak terlalu berharap dengan wang pinjaman atau bantuan keluarga semata-mata," ujarnya. Pelajar tahun dua ijazah sarjana muda kejuruteraan pembuatan UIAM, Wardatul Fatin Mohd. Noor, 22, pula memberitahu walaupun mempunyai pengalaman berniaga di tapak pesta konvokesyen sebelum ini, namun ia agak berbeza berbanding di pasar tani. "Dulu selalunya pelanggan saya merupakan pelajar universiti sahaja, tetapi di sini saya bertemu dengan pelanggan daripada pelbagai lapisan usia. "Selain kena pandai berhadapan dengan kerenah pelanggan, saya juga perlu mengetahui selok-belok perniagaan seperti teknik menguruskan akaun, promosi dan sebagainya iaitu pengalaman yang tidak boleh diperoleh dalam bilik kuliah semata-mata," katanya.Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-