Sementara itu, Timbalan Ketua Pendakwaan Datuk Nordin Hassan berkata, lebih 20 orang saksi pendakwaan dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan sodomi Anwar mulai esok. Beliau berkata, tidak kurang daripada 26 saksi dijangka memberi keterangan. Antara lain, katanya, mereka yang akan dipanggil sebagai saksi ialah tiga orang doktor kerajaan, dua pakar kimia, seorang doktor swasta dan lima saksi yang mempunyai kaitan dengan Kondominium Desa Damansara. Anwar, 63, tidak mengaku bersalah mensodomi bekas pegawai khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Sumber-sumber memberitahu The Star, Mohd Saiful sendiri berkemungkinan besar akan turut dipanggil sebagai saksi pada hari pertama perbicaraan.
Battery Reconditioning
6 years ago