KUALA LUMPUR: Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar. "Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi. Tapi terpulang kepada mereka. Kalau ada jugak pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam. Raja Nong Chik menasihatkan pemilik dan penduduk Kampung Baru supaya menerima cadangan kerajaan itu kerana ia membawa manfaat kepada mereka. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain. Najib juga turut berjanji kepada penduduk Kampung Baru bahawa kebajikan mereka akan dipelihara. Raja Nong Chik berkat,a beliau akan menyediakan kertas Kabinet mengenai pembangunan semula Kampung Baru dalam masa terdekat, dan jika jemaah menteri bersetuju beliau akan mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung itu sebelum melaksanakannya. "Apabila berdialog dengan penduduk, mereka akan bagi maklum balas dan kita akan mengubah apa-apa yang perlu," kata beliau. Terdahulu dalam ucapannya Raja Nong Chik berkata pertandingan debat di universiti perlu diteruskan kerana ia adalah satu daripada platform untuk melahirkan pemimpin negara pada masa hadapan. Pertandingan anjuran Universiti Malaya yang disertai 12 universiti itu menyaksikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjuarai pertandingan manakala Universiti Multimedia, Cyberjaya mendapat tempat kedua. - BERNAMA
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-